Felixia Yeap menyelamatkan blog aku | AKU PENGEMBARA

Thursday, February 27, 2014

Felixia Yeap menyelamatkan blog aku

Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga urusan pendaftaran untuk sesi pembelajaran kali ini. Minggu buzy akhirnya berjaya aku rentasi dan tempuhi dengan sempurna. Seriously buzy sangat time pendaftaran sebelum ini sehinggakan masa blogwalking pun sedikit terbantut.

Disebabkan kesibukan itulah jugalah masa untuk aku bermesra dan berkasih sayang dengan blog Aku Pengembara ini begitu terhad. Tetapi apa yang lebih merisaukan, bolehkah trafik aku maintain 500 uv setiap hari dikala kesibukan semakin mesra alam dengan aku ketika itu?

Felixia Yeap

Berbekalkan semangat yang bersisa, kerisauan itu akhirnya berjaya juga diatasi dengan wujudnya Felixia Yeap dalam blog ini. Bukan Felixia yang comel itu yang masuk, tetapi entri pasal beliau. Ada dua entri yang aku tulis mengenai Felixia sebelum ini dan kedua-dua artikel itu menjadi carian hangat pada minggu ini sekaligus dapat cover trafik dikala aku sedang sibuk. Alhamdulillah!

Atas dasar itulah yang menyebabkan aku menyifatkan Felixia merupakan penyelamat blog aku. Tak sangka ramai juga yang cari pasal budak Felixia ini mengatasi kisah sedih aku kembali ke kampus. Cis! Aku buat entri tu dengan penuh perasaan entri Felixia juga yang orang cari. Haha :D

Baiklah, di bawah ini aku selitkan dua hasil tulisan mengenai Felixia yang membantu menaikkan trafik blog ini:

Mengenali siapa pemilik nama Felixia Yeap
Telemovie lakonan Felixia Yeap nikah kita bercinta 27 februari

Felixia menjadi senarai teratas tumpuan pembaca minggu ini

Aku sebenarnya jarang menulis pasal entri keyword ini. Entri yang terbaru pasal analisis keyword meletop itu pun aku tulis pada mei 2013 yang sudah agak lama. Kali ini aku muncul lagi dengan entri keyword tanpa desakan sesiapa dan bukan juga disebabkan terpengaruh dengan keyword kalakar blog Pondok kecil itu. Ia lebih kepada menzahirkan rasa terima kasih kepada pemilik nama Felixia Yeap disebabkan entri mengenai beliau, page view blog ini meningkat tanpa diduga walaupun aku sedang buzy.

Keyword Felixia dalan blog Aniq Bukhary a.k.a Aku pengembara

Nampak tak aura Felixia di situ. Minggu ini keyword daripada Felixia mendominasi blog Aku pengembara. Hanya keyword Along Spoon, kata cinta untuk suami isteri dan dialog lawak yang berjaya membelah dominasi Felixia. Hebat kan..

Apa-apa pun, syukur pada Allah dan terima kasih kepada Felixia Yeap kerana menjadi penyelamat menerusi keyword-keyword meletop. Jutaan terima kasih tak terhingga juga aku tujukan khas kepada pembaca setia yang tak jemu-jemu membaca blog AKU PENGEMBARA ini. Tidak ketinggalan juga kepada silent reader yang sedang khusyuk membaca depan lap top tu. Kunjungan anda amatlah dihargai. :)

Akhir kata daripada penulis, tell me if I am wrong, catch me when I am fall dan jumpa lagi dilembaran yang akan datang. Wassalam.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

14 comments:

  1. Wah-wah...boleh tahan traffic tu ekk..jeles saya..hehe..patutla tersedak tadi..ada orang petik nama pondok kecil..haha..terima kasih bro..tak apa..saya tahu orang susah nak terpengaruh dengan pondok kecil..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Tapi Pondok kecil lagi gempak... :D

      Delete
  2. Alhamdulillah...semoga lebih maju jaya...

    ReplyDelete
  3. hebat... haha, mama baru kenal dia sebab tengok iklan kat tv, teringatkan aniq pernah buat entri pasal dia...

    ReplyDelete
  4. wahhh..memang penyelamat lah ni Aniq, Felicia... alah, blog aniq ni femes... ndakda N3 baru pun org tetap datang...hehe

    ReplyDelete
  5. wah...top 5 dan no.9 keyword tu berkaitam dengan Felixia Yeap.

    ReplyDelete
  6. Penangan Felixia sampai sekarang masih lagi hebat.

    ReplyDelete
  7. wah.. hebat tu aniq.. memang jadi penyelamat tu..

    ReplyDelete
  8. kirim salam kat felixia yeap tu eh. hahaha. aku salu gak usha fb page dia. fuh cantik tu.

    ReplyDelete
  9. mujurlah ada felixia kan...hehe

    masa tengah busy dan tak dapat layan blog, keyword memang sangat membantu :)

    ReplyDelete
  10. wahhh nampaknya banyak carian tentnag felixia kan

    ReplyDelete
  11. Boleh tambah satu entri lagi lepas ni. Baru mantap.

    ReplyDelete