Antara study dan family? | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, February 25, 2014

Antara study dan family?

Beberapa hari ini, aku begitu sibuk untuk semester baru ini. Minggu pendaftaranlah katakan. Macam-macam benda kena buat di samping bermacam-macam perasaan jugalah yang timbul. Gembira, semangat, sedih dan berat hati semua sekali masuk dalam satu pakej. :)

Gembira sebab dapat jumpa member selepas sekian lama tak jumpa. Sebulan lebih cuti mahu tak excited jumpa?

Semangat
sebab nak cipta satu kejutan untuk semester baru ini. Semester baru semangat baru. Semoga kali ini menjadilah semua perancangan.

Sedih sebab kediaman lama aku kat Desaria Villa tu tinggal aku dan beberapa orang saja yang tinggal. Pelajar lain dah tak stay situ. Serius sedih!

Berat hati
pula disebabkan terpaksa meninggalkan keluarga untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan ini.

Aku yang dulu bukan yang sekarang :)

Walaupun aku sudah biasa berjauhan dengan family sebelum ini tapi setiap kali sahaja masuk semester baru, mesti perasaan ini akan wujud. Namun dalam berat hati itu pun, langkah ini aku gagahi juga kerana perjuangan ini mesti diteruskan.

Salam sayang tak terhingga buat mak ayah di kampung. Family termasuk abang dan kakak yang turut banyak membantu, rakan-rakan seperjuangan, pembaca-pembaca setia yang tak jemu-jemu membaca, seterusnya para pembaca yang tak sengaja terbaca perkongsian dari blog AKU PENGEMBARA ini. ^_^

Rasanya cukup di sini sahaja dulu bebelan di petang hari ini. Aku tahu mesti anda yang menyampah mendengar ceritaku ini kan? :) Tapi apa boleh buat, aku terpaksa tulis juga mengenainya biar satu dunia tahu yang aku sedang bersedih.. Huhu :D

Akhir kata daripada insan kerdil ini, tell me if I am wrong, catch me when I am fall. Assalamualaikum

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

16 comments:

  1. xpe aniq..kejar cita-cita dlu...lepas ni bahagiakan keluarga aniq ye...mungkin itu harapan ayah dan ibu aniq...

    ReplyDelete
  2. ehehe betul2 sy setuju...kejar cita2 dulu sbb keluarga tu xkemana.rindu tu biasa lah.siapa yang tak rindu kan?semua org rindu...lebih2 lg kat awek kat kampung tu kan kan kan...hehehe

    ReplyDelete
  3. samalah ..acik nie nak masuk sem baru.. rasa apa yang aniq rasa

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam singgah petang Aniq...teruskan perjuangan demi mengejar cita2...InsyAllah dengan kejayaan yang di perolehi nanti dapat mengembiarkan dan membuat keluarga rasa bangga dengan Aniq..

    ReplyDelete
  5. Kalau macam saya dah biasa study jauh since sekolah. Cuma ada masa2 tertentu rasa nak sangat balik rumah. Tapi sejak beberapa bulan 'menetap' kat rumah ni, mesti sedih bila nak sambung belajar nanti...

    ReplyDelete
  6. tak pe awak lakukan benda yang baik bukan jahatkan . . and if one day u succes ur family n parents must be proud of u . . so jangan sedih2 tao . . cuti nanti balik la kampung hilangkan rindu tu tak pon hari2 call fmily . . hehehe :p

    ReplyDelete
  7. Awat ramai yang sedih ekk sekarang ni..hahaha..rilek bro..anggap ia satu dugaan yang pasti akan ada hikmahnya...perubahan itu perlu..tak kan nak duduk takuk lama sampai bila-bila..kan bro??hehe

    ReplyDelete
  8. Biasalah tu, saya pun pernah alami dulu. hehe

    ReplyDelete
  9. kira masih home sick lah ni kan Aniq..walaupun sudah sem berapa..biasalah lah tu. kak dulu begitu juga... bila mo masuk sem baru jak perasaan tu bercampur baur... semua ada...huhu..
    sabar ya.. mmg banyak cabaran sebelum berjaya....chaiyok2 ya...:)

    ReplyDelete
  10. akak doakan semoga semua perancangan aniq untuk semester ini berjaya dicapai.. terpaksa bekorban perasaan demi mendapatkan segulung ijazah, semoga dipermudahkan oleh Allah segalanya.. kalau rindukan family di sabah, call la mereka..

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan & segalanya berjalan lancar... semoga aniq terus berjaya... aamiin..

    ReplyDelete
  12. tadi masa tengah komen, internet pula buat hal. Tak tahulah komen tu masuk ke tidak.

    ReplyDelete
  13. jangan sedih-sedih. Pasti famili aniq pun sentiasa mendoakan aniq dan nak tengok aniq berjaya. So make them proud of you :)

    ReplyDelete
  14. Selamat kembali belajar bro... hidup mesti diteruskan demi masa depan anda dan ibubapa serta adik2 di rumah. Semoga anda berjaya dgn cita-cita anda... Aniq Bukhary.

    ReplyDelete