Siapa Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada | AKU PENGEMBARA

Monday, May 15, 2017

Siapa Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada

Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada, atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada telah disahkan sebagai ketua jurulatih seperti yang dinyatakan di website rasmi Football Association of Malaysia (FAM).
Digelar sebagai 'The Professor' disebabkan kaedah pengurusan yang bijak, Vingada memulakan kerjaya kejurulatihan beliau sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal Bawah-20. Bersama Queiroz, mereka telah membawa Portugal ke arah kejayaan bermula dari bawah iaitu Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1989 dan 1991.
Selepas kejayaan Queiroz sebagai ketua jurulatih, Vingada konsisten membawa pasukan Portugal Bawah-20 mara ke separuh akhir acara utama seperti Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1995 dan Sukan Olimpik pada tahun 1996.
Kredit gambar: Football Association of Malaysia

DI rantau Asia, beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014).
Pengalaman kejurulatihan di peringkat kelab pula beliau pernah membimbing kelab Zamalek FC dari Mesir dan Seoul FC dari Korea Selatan menjuarai liga dan piala tempatan semasa bersama kelab-kelab tersebut. Kelayakan beliau yang mengagumkan juga termasuk seperti pernah menjadi jurulatih untuk pasukan gergasi Iran, Persepolis FC dan kelab dari Liga Super China, Dalian Shide FC. Kerjaya terakhir beliau adalah di India sewaktu mengendalikan kelab NorthEast United FC ke tangga kelima (sekadar di bawah kelayakan untuk kejuaraan 'playoff') Liga Super India.

Vingada, 64 tahun, dikenali sebagai seorang jurulatih yang mengamalkan corak kejurulatihan yang serius dan disertakan dengan cara beliau yang tegas dan dominan merupakan faktor utama beliau dipilih sebagai pilihan terbaik untuk menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.
Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk memulakan tugasannya secara rasmi sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia dan memulakan kerjasama dengan para pemain.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

No comments:

Post a Comment