Waktu yang paling sesuai ping blog | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, April 8, 2014

Waktu yang paling sesuai ping blog

Waktu yang paling sesuai ping blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Teratak Aniq Bukhary yang dirindui dan disayangi. Pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu berkaitan waktu yang sesuai dan yang tak sesuai untuk ping entri blog. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat kita.

Sebelum itu diingatkan, perkongsian ini dibuat mengikut pandangan dan pengalaman peribadi. Pendapat blogger lain mungkin berbeza-beza namun saya tetap juga kongsikan kepada semua apa yang saya tahu dan faham mengenai ping blog.

Baiklah, di bawah ini gambaran statistik nuffnang blog ini yang saya ambil pada pukul 11.41 malam semalam mengikut jam:

Bahagian yang berada dalam kotak merah itu merupakan waktu kemuncak.

Apa yang anda faham melalui statistik di atas? Pengunjung mempunyai kecenderungan pada waktu-waktu tertentu. Membuat entri mungkin boleh pada bila-bila masa tetapi waktu yang sesuai untuk ping entri anda itu yang perlu diberi perhatian agar apa yang anda kongsikan itu dapat menarik seberapa banyak trafik masuk ke blog anda. Lihat waktu-wakti di bawah:

1.00am - 8.00am (sangat tak sesuai)
Waktu ini memang tak sesuai untuk post entri kerana traffik pada waktu ini bergerak sangat-sangat perlahan. kebanyakan pengguna alam maya pada waktu ini sedang lena dibuai mimpi indah di atas katil yang empuk. Apabila matahari menunjukkan sinar dalam pukul 7.00 mereka akan breakfast, hantar anak sekolah, pergi ke tempat-tempat kerja atau pun ke kuliah. So, cuba elakkan untuk update entri pada waktu ini.

10.00am-3.00pm (sangat sesuai)
Waktu yang saya istilahkan sebagai waktu emas. Waktu kemuncak dimana menerusi pengamatan saya, waktu ini memang ramai pengguna internet yang sedang online. Bagi yang dekat office, sambil-sambil buat kerja, sambil buka blog cari maklumat-maklumat berkaitan. Oleh itu, gunakan peluang pada waktu emas ini untuk melonjakkan jumlah traffik pada masa ini. Rajin-rajinkanlah diri untuk ping entry di laman sosial seperti facebook dan tempat-tempat ping yang lain.

4.00pm - 8.00pm (tak sesuai)
Waktu petang memasuki malam ini merupakan waktu yang sangat tak sesuai. Pada waktu inilah ramai yang pergi mandi, ada yang pergi surau dan waktu ini jugalah  ada yang keluar makan. So, elakkan update pada waktu ini bagi mengelakkan entri anda orang tak perasan.

9.00pm -12.00am (Sangat sesuai)
Waktu yang sesuai bagi pengguna laman sosial. Pada masa inilah pengguna-pengguna internet akan meluangkan masa dihadapan laptop masing-masing. Oleh itu, pilihlah waktu-waktu yang sesuai untuk mengetengahkan hasil tulisan-tulisan anda.

Sekian terima kasih dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

28 comments:

  1. bagus ni.. hana pun sambil keja sambil post entri.ngeee

    ReplyDelete
  2. oohhh ada jugak masa-masanya mo ping blog ya aniq...haha.. baru kak tau ni..TQ berkongsi ilmu aniq...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat dan pandangan Aniq jak kak.. :)

      Delete
  3. great tips, bro. tq for sharing. tapi saya pulak update ndak kira masa..ikut bila time free..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun ble.. xda hal.. Tp orang cakap, waktu2 tu la yg afdhal promote blog.. Hehe

      Delete
  4. salam. nice tips..thanks share :)
    menabung colgate ^^

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsikan info..emm biasanya saya buat ikut ada masa...

    ReplyDelete
  6. NICE SHARING. TQ ANIQ :))

    ReplyDelete
  7. T kasih atas perkongsian tips Aniq.. mmg bermanfaat.. :)

    ReplyDelete
  8. Ecececeeeh. Bagus bagusss. Noted! hehe

    ReplyDelete
  9. terbaik aniq.. :) leh praktis.. tunggu entry malam nanti pulak.. haha

    ReplyDelete
  10. waaa... bagus.. bagus..nanti sa test mlm ni pulak.. :D

    ReplyDelete
  11. thanks sharing bro..hehehee,..mantap lah

    ReplyDelete
  12. terima kasih di atas perkongsian ini aniq.. akak akan ikut tips ni.. :D

    ReplyDelete
  13. terima kasih berkongsi tips ni..puteri ping entri terbaru kat G+ je. Siap entri terus ping...tempat lain jarang ping..hehe

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum...aniq,

    Terima kasih atas info nie... bagus2 boleh guna...

    mselim3

    ReplyDelete
  15. Terima kasih sebab kongsikan info yang sangat bermanfaat gini :)

    ReplyDelete
  16. perkongsian yang bermanfaat. Tq Aniq :)

    ReplyDelete
  17. Betol2... saya setuju. Selalunya masa ni lah ramai baca blog

    ReplyDelete
  18. setuju sangat dengan perkongsian admin ini...semoga menjadi panduan kepada semua...ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  19. nice sharing...saya pun kebiasaanya post pada waktu2 yang di kongsikan.

    ReplyDelete