Telemovie lakonan Felixia Yeap 'nikah kita bercinta' di tayangkan 27 februari ini | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, February 13, 2014

Telemovie lakonan Felixia Yeap 'nikah kita bercinta' di tayangkan 27 februari ini

Setelah sekian lama peminat tertunggu-tunggu, akhirnya gadis comel Felixia Yeap pun mengumumkan tarikh tayangan telemovie pertamanya. Pengumuman ini dimaklumkan sendiri oleh Felixia Yeap menerusi fan page facebook mliknya semalam.

Telemovie lakonannya yang bertajuk 'nikah kita bercinta' akan menemui anda pada 27 februari ini di astro ria pada pukul 10 malam. Turut membintangi telemovie arahan Azmir Affandi ini termasuklah Azlee Khairi, Indah AF2013, Taiyuddin Bakar dan beberapa lagi artis berbakat lain.

Felixia Yeap watak utama telemovie 'nikah kita bercinta'.

"Telemovie pertama dalam hidup saya...

Terima kasih kak Roy yang banyak bersabar dan membantu saya mendalami watak saya sebagai Nur Sherina, terumatamanya babak menangis saya.

Terima kasih Kertas Ungu Production Sdn Bhd dan Encik Azmir yang menyempurnakan telemovie ini dengan begitu baik dan penuh dedikasi sekali.

Terima kasih Azlee Khairi yang seringkali membantu menghafal skrip bersama saya dan sentiasa sabar bila saya terlupa skrip atau tergagap.

Terima kasih kepada semua kru yang membantu menjayakan telemovie ini. Terima kasih Neng Geulis Hijab untuk semua hijab cantik yang ditaja.

Nantikan telemovie ini di Astro Ria, 27hb Februari pada 10pm. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya di sini saya bersyukur teramat sangat dengan semua ini.

Banyak lagi yang saya perlu belajar dalam bidang lakonan dan semoga ada lagi peluang untuk saya mengasah bakat lakonan saya di telemovie atau drama yang seterusnya.."

Antara petikan daripada kenyataan Felixia Yeap dalam facebooknya. Bagi peminat setia Felixia, sila take note ini dan jangan terlepas pula untuk menyaksikan lakonan pertama bekas model terkenal ini.

Felixia Yeap yang pernah saya tulis sebelum ini..

Apa-apa pun, semoga Felixia Yeap terus sukses dalam karier beliau. Lepas ni mohon Pierre Andre pula ambil Felixia berlakon dan saya harap Pierre Andre baca tulisan saya ini. Huhu :D

Video promo Nikah kita bercinta

Bagi yang mungkin tidak mengenali siapa gadis cantik Felixia Yeap ini, bolehlah rujuk lembaran lepas yang saya pernah tulis sebelum ini. [SINI]

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

25 comments:

  1. Subhanallah...cantik sungguh.
    Apapun, semoga berjaya buat beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Tapi kalau nak tahu Felixia nie x islam lg, tapi minat fesyen berhijab.. Menarikkan? :)

      Delete
    2. Yup...sangat menarik. Untungnya kalau sesiapa dapat bimbing dia ke arah Islam. She got the good package but not complete yet.

      Delete
  2. tak sabar nk tgk crite nie..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa.. Sejak dia tampil dengan imej berhijab dalam rancangan TV Al-Hijrah dulu, admin dah mula minat dengan budak Felixia nie serta mengikuti setiap perkembangannya.. Huhu :D

      Delete
  3. tak sabar nk tgk dia berlakonn. hehehe

    ReplyDelete
  4. suka tengok dia.. cantik sgt bila pakai cmtu

    ReplyDelete
  5. Mesti ramai tak sabar tengok lakonan dia kan...orang cantik..

    ReplyDelete
  6. Mudah2an terbuka hati nya utk memeluk Islam.. moga Allah memberi hidayah..
    tak tengok telemovie nya nti..:)

    ReplyDelete
  7. Oh! Felixia rupanya wtak utamanya...x perasan plak itu dia...ok la tu.

    ReplyDelete
  8. wahh.. dah berlakon kat telemovie felixia yap ni..

    ReplyDelete
  9. Confirm ramai yg nak tengok ni.. mudah2an beliau terus berjaya.. :)

    ReplyDelete
  10. Ya Allah...tomeinya dia... ala...

    ReplyDelete
  11. ohh dah berlakon telemovie pula yer...mesti ramai yang akan tonton nanti :)

    ReplyDelete
  12. wah2xx...tjuk cite mcm best...nanti blhlah tgk..:DDD

    ReplyDelete
  13. cantik sangat dia ni..lagi² berhijab..

    ReplyDelete
  14. dah berlakon plak..rezeki dia makin murah nampaknya.

    ReplyDelete
  15. Oh that might be a good movie to watch ^^

    ReplyDelete

  16. Hye, saya suka baca blog awak, harap awak boleh singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  17. semoga felixia terus success di dalam kariernya.. tak dapat menonton teleovie itu sebab akak tiada astro..

    ReplyDelete
  18. Macam best, kat astro ape ye nanti? Ermm... cantik betul felixia ni, semoga bertambah lagi umat nabi muhammad :'D

    ReplyDelete
  19. knp mcm xpenah kenal pun Felixia Yeap ni?ehehe..tp cantik..=)

    ReplyDelete
  20. Wahhhh bikin movie pulak ekk..bagsu2..ada ketika saya tengok nanti,,hehe..

    ReplyDelete