Pemenang world press photo of the year 2014 | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Monday, February 17, 2014

Pemenang world press photo of the year 2014

Berikut merupakan senarai gambar yang dipilih memenangi world press photo of the year 2014 dengan kategori masing-masing. Di bawah ini saya senaraikan gambar-gambar yang dihasilkan oleh pemenang untuk tatapan anda juga sebagai rujukan untuk photographer muda seperti saya. Jom layan.


Sara Naomi Lewkowicz, dari Amerika Syarikat merakam foto ini secara tidak sengaja dimana lelaki yang bernama Shane telah bertindak mengugut untuk memukul Maggie di dapur atau Maggie dibelasah.

Foto seekor cimpanzi yang berumur lima tahun ini dirakam dengan aksinya begitu ingin tahu dengan alatan kamera yang diletakkan dihadapannya.

Foto seekor binatang Kugar meniti laluan di Taman Griffith Park di Los Angeles diambil menggunakan kamera yang sengaja diletakkan di tempat untuk melihat habitat haiwan tersebut.

Andrzej Grygiel dari Poland merakamkan saat-saat seorang peserta acara luncur 'slalom' yang jatuh ketika membuat lompatan.

John Stanmeyer, dari Amerika Syarikat merakamkan gambar sekumpulan migran Afrika di bandar Djibouti sedang mencari isyarat telefon dari negara jiran, Somalia.

Goran Tomasevic dari Serbia merakamkan seorang pemberontak Syria yang sedang berlindung dari puing-puing batu sebuah tembok setelah ianya dibom oleh kereta kebal tentera Syria.

Philippe Lopez, dari Perancis merakamkan perarakan agama dari warga Leyte di Filipina yang terselmat dari Taufan Hayyan yang mebadai wilayah tersebut.

William Daniels, dari Perancis pula merakamkan foto dimana peserta demonstrasi di Republik Afrika Tengah yang mahukan perletakan jawatan Presiden Sementara negara itu, Martineau Bria.

Carla Kogelman, dari Belanda pula merakam foto dua adik-beradik, Hannah dan Alena yang tinggal di kawasan luar bandar Merkenbrechts, Austria.

Markus Schreiber dari Jerman pula merakam foto ini dimana kekecewaan seorang wanita di Pretoria, Afrika Selatan yang gagal mendapat akses untuk upacara penghormatan terakhir mendiang Nelson Mandela.

Alessandro Penso dari Itali pula merakamakan sebuah pusat kecemasan pelarian di sebuah sekolah yang terbiar di Sofia, Bulgaria yang dibuka kepada warganya yang melarat disebabkan faktor ekonomi.

Julius Schrank dari Jerman merakamkan foto Pejuang Kachin Merdeka di Myanmar sedang berpesta dan bergembira pada satu majlis pengebumian rakan seperjuangan mereka yang terkorban.

Peter Holgersson dari Sweden pula merakamkan foto seorang atlit Sweden Nadja Casadei yang sedang bersiap sedia untuk bertarung dalam acara heptathlon meskipun beliau disahkan mengidap kanser.

Brent Stirton dari Afrika Selatan berjaya merakamkan foto lima kanak-kanak albino yang buta di Bengal Barat, India dan foto ini juga memenangi hadiah dalam World Press Photo.

P/s: Jika ada orang tanya apa itu fotografi, inilah sebenarnya jawapannya. Macam mana satu gambar yang dihasilkan itu memberi emosi kepada sesiapa yang melihatnya dan ternyata dalam senarai pemenang ini ada ciri-ciri tersebut. Bukan senang nak jadi photographer macam yang pernah saya ceritakan sebelum ini. [SINI]

Pautan 1, Pautan 2

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

17 comments:

  1. wahhh cantik-cantik gambarnya mmg layak menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Acik.. gambar yang cantuk dan memberi emosi kepada yg melihatnya.. :)

      Delete
  2. setiap gambar semestinya mempunyai nilainya yang tersendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju kak.. tapi bukan senang nak dapat snap gambar macam tu.. :)

      Delete
  3. nk capture the best moment tu payah...btw, nice pic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang payah.. saya selaku photographer dapat merasakan sendiri kepayahan untuk mendapatkan shoot yg menarik.. It's not easy.. :)

      Delete
  4. gempak giler.. memang layak mereka menang

    jom singgah http://syokbah.com

    ReplyDelete
  5. gambar macam buat kita nak tenong lama, perhatian pada setiap sudut. memang hebatlah.

    ReplyDelete
  6. memang payah ni..tapi menjadi..tahniah..

    ReplyDelete
  7. sekeping gambar ibarat sebuah cerita..ada kisahnya yang tersendiri dan ada emosi di dalamnya :)

    ReplyDelete
  8. Gambar yg terselit pelbagai kisah & teladan.. gambar2 yg ada nilai tersendiri. mmg cantik...

    ReplyDelete
  9. Wahhhh!!! memang terbaik la.. suka tngok..unik!

    ReplyDelete
  10. thanks Aniq atas perkongsian ni.

    ReplyDelete
  11. Perghhh bukan senang nak ambil gambar yang bermakna macam ni..hehe

    ReplyDelete
  12. Wah! Tengok gambar-gambar macam ni, tertarik juga dan berminat nak terlibat dengan fotografi. Cuma tak beberapa ada kemudahannya. :)

    ReplyDelete
  13. Nice pic kan Aniq... semua nya ada makna tersendiri...sedih & gembira...

    ReplyDelete