AKU PENGEMBARA


Tuesday, March 17, 2015

Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2015 (April)

Belum pun jendela perpindahan april dibuka, sudah ada kejutan demi kejutan daripada beberapa pasukan dengan menandatangani pemain berstatus bintang. Satu perkhabaran gembira buat peminat bola sepak tempatan. Di bawah ini saya senaraikan pemain-pemain yang bakal berhijrah untuk jendela april ini berdasarkan sumber yang admin sendiri research bagi memenuhi permintaan anda.

Johor DT telah pun menandatangani Pato untuk perpindahan april ini

JOHOR DARUL TAKZIM
Patito Rodriguez (Santos) Signed
Al Haji Kamara (Pemain kebangsaan Sierra Lione)

PAHANG
Omar Abdulrahman (Pemain kebangsaan UAE)

SARAWAK
Boby Gonzalez (Perak)

TERANGGANU
Issey Nakajima (Pemain kebangsaan Canada)
Norsharul Idlan Talaha (ATM) Signed

SABAH
Joel Chianese (Import Australia) Signed

Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru. Sekian.

Last update: 9.20am, 11 april 2015

Thursday, March 5, 2015

Bersangka baik pada-Nya

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang kurang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.

Saturday, February 7, 2015

Pertemuan singkat ini

Pertemuan semusim ini..
seperti ketentuannya...
kita dipertemukan...

Pertemuan semusim ini...
memori indah kita lakar bersama...
suka duka tawa ria dikongsi...

Kini pertemuan semusim ini
kian berlalu seperti kehendaknya
setiap pertemuan adanya perpisahan..
Hantar mak balik Sabah :(