|
Kakak comel yang ada dekat Nilai 3.. |
Nilai 3 merupakan syurga bagi kaum wanita kerana di situlah terletaknya pasar borong terbesar dengan limpahan pakaian yang pasti membuatkan makcik-makcik dan kakak-kakak rambang mata. Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Pasar Borong Terbesar ini bersama keluarga serta kakak yang baru sahaja sampai dari Sabah.
Selain pakaian, di sini juga turut menjual barangan aksesori perkahwinan,
perabot, pakaian, cenderahati, kraftangan, perabot, perhiasan rumah,
perhiasan lampu, aksesori kereta dan barangan tekstil.Harga yang ditawarkan cukup murah dan sangat berpatutan.
|
Pinggan mangkuk yang dijual dengan harga murah. 1kg = Rm10. |
Untuk pengetahuan, Pasar Borong Nilai 3 merupakan pusat sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong. Terletak di Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus Pasar Borong Nilai 3 boleh dikunjungi melalui susur keluar di laluan Lebuh Raya Utara - Selatan (ambil susur keluar ke Nilai / Pajam / KLIA). Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km, dari KLIA 25 km, dan dari Tol Nilai hanya 7 km.
Pasar Borong yang berkeluasan 165 hektar dan mempunyai 750 buah kedai ini mula diperkenalkan pada disember tahun 2001. Pada mulanya ia diwujudkan untuk mempromosikan barangan daripada negara China di mana pada ketika itu pasaran negara China mula diperkenalkan kepada dunia.
|
Astana Mayang Sari yang menawarkan kelengkapan perkahwinan. |
Pasar Borong Nilai 3 berjaya menarik perhatian ramai pelancong khususnya daripada Kuala Lumpur dan Seremban untuk datang membeli belah di situ. Ia juga menerima kunjungan para pelancong yang terdiri daripada dalam luar negeri terutamanya ketika musim cuti sekolah dan cuti pada hujung minggu.
Mengikut data daripada Tourism Malaysia Negeri Sembilan pada tahun 2001, bilangan pengunjung yang berkunjung berjaya mencecah 10, 000 orang sehari dan angka tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menarik bukan?
Beberapa hari selepas itu, kami meluangkan masa pula ke Klang sebelum akak kembali pulang ke Sabah. Namun apa yang menarik, semasa berada di GM Klang saya ternampak satu banting bertulis 'dari Nilai 3'. Banting berwarna kuning itu cukup menarik perhatian saya..
|
Nampak apa yang admin nampak? |
Saya terfikir, "Waahh.. hebat juga Nilai 3 ni". Memang betullah Nilai 3
merupakan syurga bagi kaum wanita disebabkan harga yang begitu murah. Lagi gambar-gambar menarik sekitar Pasar Borong terbesar Malaysia..
|
Harimau yang terdapat di laluan masuk. Awas! |
|
Kedai aksesori kereta yg terselit dalam banyak2 kedai kain |
|
Surau turut disediakan bagi kegunaan pengunjung |
|
Antara barangan yang dijual dengan harga murah. |
|
Tangkap gambar sementara menunggu. |
|
Anak-anak buah yang turut serta. |
|
Macam biasa jangan ditanya mana admin. Out of frame :) |
Jika anda menginginkan barangan berkualiti dengan harga yang murah, Nilai 3 inilah tempatnya. Memang tak rugi berkunjung ke Pasar Borong terbesar di Malaysia ini. Bagi isteri-isteri tu pula, kalau dah datang tempat ni, jangan tak nak balek pula. Tak pasal-pasal kena rotan dengan encik hubby. hehe. Apa-apa pun, semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.
Pautan 1
Pautan 2
TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH
Emm boleh berbulu mata bini saya nanti kalau ke sini,,haha
ReplyDeleteHehe.. memang barang2 murah kat Nilai nie bro. jangan kata pompuan, saya lelaki nie pun terkesan jg dengan barang2 murah kat sini... :)
DeleteBetul2.. setuju.. penat saya klu ke sana huhu.. :D
ReplyDeleteTau xpe. Sanggup tunggu luar daripada masuk kedai kain.. haha :D
Deletehehe.. betul2.. kalau pergi sana rasa nak borong je smua..
ReplyDeleteKena bawa lori lepas nie kalau datang Nilai 3.. haha :D
Deletesyurga shopping bah ni aniq.. kak pun pernah pigi sini... beberapa kali jg lah..mmg rambang mata. .mcm semua mo di beli..haha
ReplyDeleteBanyak kain kan kak.. perhiasan2 rumah jangan cakap la.. ngam diangkut bawak balek Sabah.. :D
DeleteKedai RM 2, haha
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah pagi dik...bestnya kalau dapat pegi Nilai 3..nak borong semua barang yang ada kat situ..hehe...
ReplyDeletehah memang . pernah pergi sini dulu masa tahun 6 . memg syurga shopping , hihi
ReplyDeletepernah pergi sini. tp susah nak cari toilet . 50 sen pula tu
ReplyDeletekalau orang perempuan ronda sini 2 jam macam 20minit je rasa...heeee
ReplyDeletetak pernah jejak lagi kak kathy ni aniq..
ReplyDeletewahhhh...Huda belum pernah sampai lg...nak g lah sekali :)
ReplyDeletememang syurga shopping..haha, kalau puteri pergi sana, puteri suka masuk kedai yang jual barangan untuk hiasan perkahwinan sebab nak cari barangan untuk buat kraf :)
ReplyDeleteMenarik tajuknya....hehehe... bila dah kawin nanti xnak bawa isteri ksini la...hahahaha
ReplyDeletesyurga shopping... suka2.. :)
ReplyDeleteAritu masa akak saya kawen, beli barang2 kat sini jugak. Sampai malam pun tak balik2 lagi. Heaven sangat. Hahaha
ReplyDeletemeski murah tapi barangnya lumayan bagus
ReplyDeletejangan lihat harga tapi kualitas
ReplyDeleteThank you for sharing.. berhati2 ketika melintas jalan kat area Nilai 3 nie. Sebab ramai org shopping sambil menaiki kereta, tak perasan org tengah melintas. Bawa kereta slow2..
ReplyDeleteSaya nak share cara menurunkan berat badan
keren ko
ReplyDeletekeren abis gan
ReplyDeleteSemalam kami pergi Nilai 3 wife pun nak mencari bantal dan tilam kekabu. Walaupun ada order bantal kekabu online 11street masih tak cukup bila tetamu datang. Beli tilam kekabu queen RM 50, bantal kekabu 4 biji RM40, tilam baby RM 30 dan tikar gulung abis RM 50.00, jumlah RM 170. Berbaloi jugak semua dapat kat 1 kedai je. Abang ipar beli tilam kekabu single tebal RM 50 dan bantal kekabu 2 biji RM 20. Yang penting boleh tawar menawar memang menguntungkan. Kami beli kat Harun Carpet Enterprise.
ReplyDeleteharganya terjangkau
ReplyDeleteNk addres kedai tu spe ade
ReplyDeleteKalau dr KL guna taxi ke nilai 3 agak2 brapa lame perjalanan? Cas taxi mahal x?
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian infonya Saya ambil infonya sahaja.lain lain tiada
ReplyDeleteHammer Of Thor
ReplyDeleteObat Peninggi Badan
Grow Up Usa
Obat Penggemuk Badan
Kianpi Pil Ginseng
Obat Pelangsing Badan
Fatlos Beauty
Fruit Plant
Emilay Whitening