AKU PENGEMBARA: Siapa saya


Siapa saya

Nama diberi Rizan bin Abdul Ali. Lebih dikenali dengan nama pena Aniq Bukhary dalam kalangan rakan-rakan sejak bergiat aktif dalam dunia karya kreatif bermula tahun 2007. Dilahirkan dari perut ibu pada 30 april 1991 dalam situasi genting yang menyaksikan pembedahan selama beberapa jam sebelum dilahirkan di Hospital Besar Tawau (menurut mak). Merupakan anak ke-7 daripada lapan beradik yang comel-comel.


Berasal daripada Tawau Sabah dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa yang bergelar peneroka FELDA.

Mendapat pendidikan awal di bumi Umas-Umas, Tawau dari sekolah rendah sehinggalah memasuki alam sekolah menengah. Kemudian memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing disebabkan minat yang mendalam dalam bidang multimedia merangkumi fotografi, videografi dan design.


Favourite
Suka makan burger dan yang sewaktu dengannya seperti banjo, roti john dan lain-lain. Hobi blogging, membaca dan mengembara tempat orang. Gemar minum jus epal dan susu kambing kampung (paket hijau tu) bagi minuman panas. Masakan kegemaran masakan yang berwarna merah tak kira masak sos, masak cili atau pun sambal yang penting masakan itu pedas dan berwarna merah.

Meminati dan respect dengan filem KL Gangster arahan Shamsul Yusuf dan filem Titanic arahan James Cameroon bagi filem antarabangsa.


Mula berkecimpung dalam dunia blog sejak julai 2011 ketika baru menjejakkan kaki ke universiti. Bermula dengan artikel copy paste dan kini mengorak langkah dengan menulis artikel 'killer content' yang memerlukan research mendalam untuk sesuatu artikel.

Pernah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 contest ilmu blogspot anjuran blogger berpengalaman Hasrul Hassan dan ia lebih kepada satu pengiktirafan buat saya sepanjang bergelar blogger.


Updated: 17 jun 2016

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

No comments:

Post a Comment