Facebook look back aku 4 minit? | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, February 6, 2014

Facebook look back aku 4 minit?

A look back

Aku yakin, rata-rata pengguna facebook sudah mencuba aplication facebook 'look back' yang mengimbau kembali kenangan lama itu. Ramai member facebook yang dah share dekat wall masing-masing tetapi aku masih belum lagi berbuat demikian.. (formalnya ayat) :)

Bukan tak nak share tetapi dalam tu Mark Zukerbeg pilih gambar zaman-zaman nakal aku so tak sesuai untuk tatapan umum. Ada satu part saja yang aku print screen. Nak tengok gambar tu rujuk [sini].

Tetapi jangan risau. Untuk tidak menghampakan anda, video tersebut aku gantikan dengan satu video 'look back' tetapi ia lebih membawa makna yang mendalam.. Nak tengok? Jom!

Buat apa nak malu tak pandai speaking B.I?...

Video ini merupakan 'look back' presentation pertama time awal-awal masuk universiti dulu. Lecturer suruh present tentang satu barang yang ada pada kita dan ceritakan pasal benda itu. Oh no! Aku tak prepare apa pun tiba-tiba ada presentation menguji kemahiran berkomunikasi dalam B.I.

Aku merupakan pelajar yang ke-13 membuat pembentangan dan time itu jugalah aku buat skrip. Gugup wei first time present dengan pronoun sesion hancur, grammar tunggang tebalik, ayat tak tersusun. Risau juga depan tu kaku tak dapat cakap. Tapi yang aku pelik, dalam keadaan aku gemuruh tu satu kelas boleh gelak plak. Oh no! Pelik bin ajaib.

Nak pandai speaking english, jangan pernah jemu untuk practice dan practice walaupun tak fasih. Malu? buat apa nak malu, sebaliknya kita harus berbangga sebenarnya kita telah pandai bertutur dan memahami bahasa asing walaupun sedikit. Mereka yang harus malu dengan kita. Kita tahu bahasa mereka, mereka langsung tak tahu bahasa kita. Nampak?

Limkokwing student july intake 2011

Saya dilahirkan dari kalangan keluarga yang dari kecil lagi menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan harian. Mak ayah orang susah tak tahu bahasa inggeris tetapi menyedari betapa pentingnya ilmu itu, mak ayah bersusah payah menghantar anaknya ini ke sekolah agar dapat bersaing macam anak orang lain.

Mak, ayah.. Sekarang saya dah boleh speaking english di hadapan puluhan student lain. Lecturer pun suka cara saya present. Walaupun ayat terabur tetapi lecturer puji sebab saya berani dan berjaya menarik perhatian audience mengenai apa yang saya nak ceritakan. Hasil daripada itu saya dapat A dalam subjek english semester 1, 2011.

Terima kasih mak, terima kasih ayah atas susah payah kalian.. :(

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

18 comments:

  1. Mula-mula tu memang lah susah tapi lama-lama nanti kalau kita kuat belajar BI nanti mase bercakap pun kita nak speaking je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu yana.. sokong. macam saya kat sekolah menengah malas nak belajr B.I nie. Tapi lepas masuk U memandangkan dekat tempat saya study tu ramai foreigner, so nak tak nak kena belajar BI jg la. Selalu cakap ngn dorang lama2 rasa seronok plak speaking.. Hehe

      Delete
  2. alhamdulilah yang penting ada usaha.. di mana ada kemahuan di satu ada jalannya ^_^

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  3. haha..snggup tepek vid lain ek nk gnti look back tu..huhu

    ReplyDelete
  4. xpe..usaha tangga kejayaan..pasni da bley speaking loghat british plak..lg best! :)

    ReplyDelete
  5. Ramai juga aku tengok share lookback masing - masing. Aku tengok aku punya, tapi tak relevan langsung. haha

    ReplyDelete
  6. thniah,,,truskn b'usaha ok???sy pn tgh bljr m'p'baiki english ne :)

    ReplyDelete
  7. practice makes perfect bukan? support you brader =D

    ReplyDelete
  8. Lucu je Abak tengok Aniq..hehe.. bust nice try... keep it up!! smua orang mulakan daripada awal... plahan-lahan... keep figting!!

    ReplyDelete
  9. Tak pandai tak apa...yang penting berani mencuba dan sedia menerima kritikan..blajar..blajar..dan terus belajar...kan aniq kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Itulah yang sebaiknya Cik Puan.. :)

      Delete
  10. rindu pulak zaman2 presentation mcm ni :'(

    ReplyDelete
  11. jap..nak tengook look back plak akaun facebook aku.

    ReplyDelete
  12. ececeehhh...tahniah coz dpt A. hihi....

    ReplyDelete
  13. dulu study , presentation tu dah biasa.kdg2 sampai bosan.dah tak sempat nak berdebar dah..haha

    ReplyDelete
  14. ok..yang ni memang saya tak sempat nak jenguk..hahaha..

    ReplyDelete
  15. Masa study mmg kena biasakan diri present depan kawan2.. adui! mmg malu2 masa mula dulu...Kakak pun BI terabur aniq.. klu menulis OK lagi, bila bab bercakap malu2 kuceng...hahaha...
    ttg video FB tu kak ndak buat pun...

    ReplyDelete