10 peringatan penting buat Me-layu | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, February 23, 2014

10 peringatan penting buat Me-layu

1. Kita mungkin berbangga dengan kedudukan ekonomi kita yang boleh dikatakan nombor 17 terbaik di dunia. Namun adakah kita penyumbang kepada kemantapan ekonomi kita?

2. Dikala orang lain sudah matang soal berniaga, kita masih bertatih untuk mengenalinya.

3. Orang lain bersatu walau pada zahirnya nampak berpecah, tetapi kita berpecah walau zahirnya nampak bersatu.

4. Orang lain saling sokong menyokong perniagaan satu sama lain, kita duduk berusaha mematikan perniagaan sesama sendiri.

5. Dalam masa kita tidur nyenyak dibuai mimpi (malas), orang lain sedang bertungkus lumus untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

Sedikit sangat Melayu yang berfikiran seperti Tun Mahathir.

6. Disaat orang lain bertindak untuk menjana pendapatan yang banyak, kita duduk mengutuk, mengumpat dan mencaci rakan kita yang sedang kuat berusaha.

7. Pada masa orang lain sudah pandai memiliki hartanah, kita lebih selesa menyewa dibumi sendiri.

8. Orang lain tidak lagi bergantung kepada kerajaan untuk maju, tapi kita duduk asyik mengharapkan sumbangan, dana dan sokongan untuk berjaya.

9. Kita masih duduk bertelagah soal politik, orang lain sedang fokus kepada kemajuan diri, keluarga, perniagaan dan negara. Sepatutnya itu menjadi agenda utama kita.

10. Kita senang lupa objektif kita tetapi orang lain tidak lupa objektif mereka. Mereka terus berusaha untuk maju, tapi kita terus dibuai mimpi indah.

Diadaptasi daripada tulisan Syuhada Baharudin, jutawan muda dalam laman blognya bertajuk BANGKITLAH. Semoga dengan entri kali ini membuatkan kita terinspirasi dan bersemangat untuk menjadi seoranag melayu yang berjaya. Ingat! Melayu bukan Me-layu. :)

Lagi pesanan buat Melayu [SINI]

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

11 comments:

  1. Bagus buat kita kaum Melayu...sama2 kita jadikan pengajaran... Bersatulah wahai Melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu kak. Bersatu bukannya saling jatuh menjatuhkan sesama kita..

      Delete
  2. Mmg sesuatu yg kita semua harus sedar.. t kasih diatas peringatan. Semoga menjadi renungan yg baik buat semua..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bro...artikel yang boleh memberikan saya semangat untuk terus maju dalam apa juga bidang yang saya ceburi..hehe

    ReplyDelete
  4. good sharing . . artikel yang menaikkan semangat untuk terus berjaya :)

    ReplyDelete
  5. banyak betulnya, sebagai peringatan untuk kira, teringat lagi kata-kata Tun M..."melayu mudah lupa".

    ReplyDelete
  6. Perinhatan ini untuk diri sendiri dan juga org lain.

    ReplyDelete
  7. Sayang dgn Che Det bila beliau dah bersara dari dunia politik. Tp beliau mmg terbaik. Tak cukur duit rakyat :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih di atas peringatan ini..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas peringatan ini...

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang menarik ni aniq..memang penting untuk saling ingat mengingatkan

    ReplyDelete