Mengenali siapa pemilik nama Felixia Yeap | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, January 7, 2014

Mengenali siapa pemilik nama Felixia Yeap

Nama sebenar beliau adalah Felixia Yeap Chin Yee. Dilahirkan pada 3 Julai 1986 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Felixia Yeap merupakan warganegara Malaysia berbangsa Cina yang juga seorang model profesional yang pernah menghiasi majalah terkenal 'playboy', FHM dan banyak lagi.

Beliau pernah muncul dalam rancangan realiti 'I Wanna Be A Model (Season 3)' sebagai finalist dan disenaraikan dalam The Hall of Fame kerana meraih gelaran Miss Malaysia Tourism 2007 pada usia 19 tahun. Felixia juga adalah pemenang kedua untuk pertandingan ratu cantik Miss Chinese World Malaysia 2006 dan pernah tersenarai dalam pertandingan akhir Dewi Remaja Malaysia.

Pada tahun 2008 beliau telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan '2008 Beijing Olympic - Olympics Beauty' dan diikuti dengan penyenaraian dalam FHM Girl Next Door 2009 . Sejurus selepas itu, beliau telah dinobatkan sebagai Velocity Angels-Model of The Year 2009 sebelum menjadi finalist untuk Miss Universe Malaysia 2010. [Sumber]

Pemilik nama Felixia Yeap

Melihat kepada pencapaiannya itu, Felixia Yeap bukan calang-calang orang dalam bidang modeling ini. Namun baru-baru ini, dia telah membuat satu perubahan drastik dalam dirinya dengan tampil berhijab walaupun dia sebenarnya bukan beragama islam. Menarik bukan? Perubahan ini ternyata mengejutkan banyak pihak sehinggakan namanya menjadi trending kebelakangan ini.

Kenapa dia membuat keputusan untuk berhijab tiada maklumat yang jelas. Apa yang pasti dia mengatakan dia agak selesa dengan mengenakan pakaian berhijab dan ini yang membuatkan saya begitu tersentuh hati. Seorang bukan islam mempunyai keinginan yang kuat untuk memakai hijab seperti para muslimah.

Baru-baru ini Felixia Yeap telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah dengan pelbagai soalan telah diajukan kepadanya. Bagi yang ingin mengikuti temubual tersebut bolehlah rujuk [SINI @ SINI]

Dalam temubual itu dia ditanyakan soalan bahawa orang berhijab ini sukar mendapat pekerjaan dan tak komersial. Ini jawapan daripada Felixia Yeap, "Rezeki tu ada di mana-mana sahaja, kalau satu pintu tertutup, ada pintu lain yang terbuka".


Satu soalan lagi ditanyakan, "kenapa berminat dengan fashion muslimah?". Falexia menjawab "rasa selamat bila pakai baju muslimah, pelindung dan rasa lebih dihormati". Itulah jawapan yang keluar daripada mulut modelling cantik ini. 


Bagi yang ingin mengenali Pemilik nama Felixia Yeap, di bawah ini saya sertakan link Facebook dan juga blog kepunyaannya.

Facebook: Felixia Yeap FanPage
Blog: Felixia Yeap's Official blog

Dia juga berazam sepenuh masa untuk mengenakan pakaian berhijab dan berusaha ke arah itu. Bukan senang nak berubah, perlukan masa, pengorbanan dan niat yang ikhlas. In shaa Allah hidayah Allah akan datang kepadanya suatu hari nanti.

Saya tinggalkan anda dengan video dari Beautiful hijab ini dan sama-samalah kita berdoa agar Felixia Yeap terbuka hati untuk memeluk islam. Amin..


Pautan

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

25 comments:

  1. respek dgn dia ni Aniq.. mula dikenali dgn imej seksi tapi akhir nya berubah. Perubahan yg mengejutkan ramai pihak. betapa selamat nya bila berhijab ni. Sama2 lah kita doakan,moga Felixia mendapat hidayah dr Allah..amin! :)

    ReplyDelete
  2. cantik Felixia ni, lebih2 lagi bila sudah bertudung..

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat felixia bertudung :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah ..lebih cantik menutup aurat.. semoga dengan penghijrahan ini membuka mata orang islam yang masih belum sedar

    ReplyDelete
  5. Qila tengok dia dkt tv alhijrah :D
    Betul. Tu lah yg dia cakap bila org tanya dia pasal tudung.
    Hebat (Y)
    Subhanallah :D
    Hopefully dia masuk islam :)))

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, cantik kemain felexia ni. semoga terus kekal berhijab..

    ReplyDelete
  7. Bro.... kalau pernah tengok temuramah dia kat TV9 lagi best dengan bual bicara dia

    ReplyDelete
  8. comel betul..

    ReplyDelete
  9. Emm baru tahu cerita dia ni..sebelum ni tak tahu la pulak..haha

    ReplyDelete
  10. semoga Allah membuka pintu hati dia untk menganut islam dan terus mendalami islam, subhanallah, kuasa Allah. =)

    ReplyDelete
  11. semoga boleh dijadikan pengajaran buat wanita lain....

    ReplyDelete
  12. sangat comel =) tabik spring...

    ReplyDelete
  13. jatuh cinta pada felixia ni

    ReplyDelete
  14. mmg sgt comel...now selalu ikuti perkembangan dia thru PAGE die..semoga dia diberi hidayah untuk memeluk agama islam..ameen ;)

    ReplyDelete
  15. canteknye la ciptaan Allah ni ,sejok mate memandang :-)

    ReplyDelete
  16. SubhanAllah.. Memang cantik. Mula2 ingt dia dah masuk Islam. Apa2pun semoga Felixia mendapat hidayah dr Allah. Aamiin

    ReplyDelete
  17. I'm proud of u dear felixia....

    ReplyDelete
  18. hebat dan memang insan terpilih felixia

    ReplyDelete
  19. Akhirnya Felixia Yeap nekad nak peluk Islam pada hari lahirnya 3 julai ... bersamaan 5 ramadhan ...

    ReplyDelete
  20. Tengok gamba dye mase dulu.. Dgn yg skrg dah berhijab mcm 2 org yg berbeze sngt .. Seolah2 org lain .. Wlaupon yg sbnanya itu la diri dye yg dulu.. Mmg hebat ..

    ReplyDelete