Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang kontest ilmu blogspot | AKU PENGEMBARA

Thursday, March 6, 2014

Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang kontest ilmu blogspot

"Perjalanan hidup bergelar seorang blogger tidak semudah yang kita fikirkan. Disebalik keseronokan dalam menulis dan berkongsi, ramai yang tidak tahu betapa dalam blogging ini kita bersahabat baik dengan onak dan duri". Begitulah pendahuluan yang saya tulis dalam entri yang telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 kontest ilmu blogspot blogger Malaysia anjuran Hasrul Hassan.

Alhamdulillah. Terpilih juga sebagai pemenang kontest ilmu blogspot walaupun terasa kecik apabila melihat peserta-peserta yang turut menyertai kontest tersebut. Semuanya hebat-hebat dan berpengalaman luas dalam dunia blog malah ada dalam kalangan mereka merupakan tempat rujukan saya apabila berhadapan dengan masalah blog.


Sebelum saya menulis entri ilmu blogspot tersebut bulan lepas, saya sempat meninjau hasil tulisan peserta-peserta lain. Seriously saya cukup kagum dan terkesima melihat olahan ayat serta idea yang mereka keluarkan. Begitu bernas sekali sehinggakan hati ini berkata, "memang tiada harapan laa nak menang".

Walaubagaimanapun saya sahut juga cabaran atas dasar berkongsi ilmu pengetahuan. Kalau tak menang pun at least, bermanfaat jugalah hasil penulisan saya itu dan tak sangka pula tuah menyebelahi aniqbukhary.blogspot.com. Alhamdulillah.

Sebenarnya dari petang tadi sampai sekarang saya tak habis fikir lagi pasal benda nie 'betulkah blog saya menang?'. Terkejut dengan mesej yang diterima daripada Hasrul Hassan petang tadi dekat IOI Puchong. "Serious macam mimpi dowh!". Mungkin juga sebab saya jarang menang kontest besar, jadi rasa gembira tu lain macam sikit.

Kemenangan merupakan satu penghargaan buat blog setahun jagung ini. Terima kasih :)

Pemilihan saya sebagai pemenang ini akan saya jadikan pembakar semangat untuk terus menyumbangkan idea-idea dalam dunia blog. Apa yang pasti, penghargaan ini bakal saya ingat sampai bila-bila dan akan terpahat dalam lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang blogger.

Saya berkongsi dengan seikhlas hati menerusi pengalaman dan ilmu sekadar apa yang saya tahu. Banyak benda lagi sebenarnya yang patut saya belajar dalam dunia blog ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak penganjur, sponsor-sponsor, rakan-rakan blogger seterusnya mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kontest yang sangat bermanfaat ini. I LOVE U ALL. Assalamualaikum.

Tulisan yang membawa tuah ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

37 comments:

  1. Tahniah Aniq.. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada semangat Aniq utk terus berblogging :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hidayah.. Doakan saya terus kekal dalam dunia blog yg penuh dengan cabaran nie..

      Delete
  2. alhamdulillah.. tahniah aniq.. aniq memang layak menang.. semoga aniq terus bersemangat untuk menulis blog.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. sebenarnya x expect pun menang. kalau akak tengok senarai peserta memang semuanya hebat2 belaka.. mungkin rezki Aniq kali ini.. alhamdulillah :)

      Delete
  3. tahniah.. semoge terus sukses dlm bidang yg diceburi.. :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tq bro.. x salah Akubiomed pun menang jg kan?

      Delete
  5. Tahniah, Aniq! Semoga Aniq terus kekal menyebarkan ilmu buat kami yang masih hingusan lagi ni...: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita pasal hingus, saya lagi berhingus bro.. Haha. Sekadar berkongsi apa yang tahu saja.. banyak lg yg kena belajar dari bro... :)

      Delete
  6. TahniaH Aniq.. bukan calang2 ramai yg join contest tu.. rezeki org siapa tahu kan..tahniah! ^__^

    ReplyDelete
  7. tahniah bro!!

    moga makin murah rezeki

    ReplyDelete
  8. Wah,.... terbaik la Aniq... tahniah... so proud !!!
    keep it up!!!!

    ReplyDelete
  9. tahniah.. baru mula mengomen, selamat kenal

    ReplyDelete
  10. Tahniah! semoga terus maju jaya...
    salam ziarah dari Bunda..

    ReplyDelete
  11. waaahhh... tahniah =) hehehe....
    suke latu kan =)

    ReplyDelete
  12. tahniah Aniq.. semua nie akan menjadikan aniq bersemangat lagi untuk berblogging..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Tahniah Aniq. Semoga menjadi inspirasi kpd semua & semoga Aniq terus berjaya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  14. Tahniah Aniq. Moga menjadi pembakar semangat untuk terus berwacana di masa depan.

    ReplyDelete
  15. Tahniah Aniq.... rezeki tu :)

    ReplyDelete
  16. tahniah aniq..semoga kemenangan ni jadi pembakar semangat buat Aniq untuk terus berjaya :)

    ReplyDelete
  17. tahniah dik..semoga lepas ni lebih maju lagi..all the best!!

    ReplyDelete
  18. Tahniah diucapkan buat tuan blog..:)

    ReplyDelete
  19. tahniah aniq...semoga aniq terus bersemangat ye....

    ReplyDelete
  20. wahh..tahniah la sebab menang. Hoho..

    ReplyDelete
  21. Rasanya saya pernah membaca artikel kontes ni. Tahniah!

    ReplyDelete
  22. tahniah bro, semoga terus sukses lagi lepas ni.

    ReplyDelete
  23. salam. tahniah abe kie ucapkan. terus abe kie follow blog aniq yg hebat ni,

    ReplyDelete
  24. Tahniah, semakin bersemangat la blogging lepas ni :)

    ReplyDelete
  25. Haha.tahniah bro..ketidak yakinan itu membawa kepada satu kejutan yang mana sedikit sebanyak ia memberikan semangat untuk terus berjaya dalam dunia blogging..syabas bro...haha...

    ReplyDelete
  26. Tahniah aniq buhari semoga terus maju dalam segala lapangan.

    ReplyDelete
  27. Tahniah ! Semoga terus maju jaya .

    ReplyDelete