Dragon ball.. |
Son Gohan kembali menjalani kehidupan normal seorang remaja yang penuh warna warni dan keriangan. Kembali bersekolah dan semestinya... cinta. Mencipta sebanyak mungkin memori indah bersama gadis yang menjadi pujaan hatinya, Videl.
Son Gohan mahu menebus kembali masa-masa lalunya yang banyak dihabiskan di gelanggang latihan dan medan perang. Dia kembali mengorak langkah mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang ilmuan.
Akhirnya dia berkahwin, memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Juga seorang zuriat yang comel. Dia juga berjaya menggapai cita-citanya. Namun semakin banyak kejayaan yang dikecapi semakin dia merasakan kekosongan di dalam hatinya. Ada lohong besar yang sering meresahkan fikirannya. Hidupnya terasa tak lengkap.
Dia dahagakan kebenaran. Dia mula memikirkan kebenaran dan rahsia di sebalik kuasa dan segala macam keajaiban di dunia. Persoalan-persoalan yang tak pernah ditemui jawapannya sepanjang tempoh pengajiannya di universiti.
Siapakah yang mencipta seluruh alam ini? Kuasa apa yang begitu hebat mengatur perjalanan alam dengan begitu sistematik dengan sistem yang amat kompleks? Siapa yang menciptakan aku sehingga begitu sempurna? Kacak, hensem, bergaya, macho? Sehingga pergerakan jantung yang tak pernah berhenti berdenyut dan aliran darah yang bekerja keras membawa oksigen ke seluruh anggota badan.
Pasti ada satu kuasa Maha Agung yang sangat berkuasa sehingga mampu mencipta manusia dengan begitu ramai dengan setiap mereka memiliki identiti yang berbeza malah cap jari juga berbeza. Semua sistem ini bukan terjadi secara kebetulan, pasti ada mastermind nya.
Son Gohan.. |
Dewa Naga yang dirasakannya cukup berkuasa menunaikan permintaan manusia, hanyalah makhluk yang terikat pada magis yang dipateri pada Dragon Ball. Tanpa Dragon Ball, Dewa Naga juga tak mampu muncul.
Hakikatnya, Dragon Ball itu juga ciptaan manusia. Dan orang yang mencipta Dragon Ball juga telah mati. Untuk mencari jawapan, Son Gohan berkelana ke seluruh pelosok dunia. Mengkaji pelbagai jenis agama. Menyelongkar segala jenis ilmu dan kitab.
Sehinggalah akhirnya di hujung pencariannya dia dipertemukan dengan seorang kanak-kanak lelaki di pinggir sebuah hutan. Budak lelaki itu sedang berhadapan dengan seekor harimau yang kelihatan mahu menerkamnya bila-bila masa sahaja.
Tiada upaya untuk melawan, dia kelihatan hanya berserah. Tangannya ditadah ke langit dan mulutnya berkumat-kamit membacakan sesuatu. Pantas Gohan menyelamatkan budak lelaki itu. Lintang pukang Sang Harimau menyelamatkan diri.
"Err, apa yang ko baca tadi? jampi ke?" Son Gohan bertanya sekadar ingin tahu.
"Saya berdoa kepada Tuhan, supaya menyelamatkan saya" Yakin dan tenang budak itu menjawab.
"Siapakah Tuhanmu? Ternyata Dia tak datang selamatkan ko"
"Tidak. Allah telah mendengar permintaanku. Dia telah mengabulkan doaku. Dia telah menggerakkan abang untuk datang dan bantu saya" Tanpa keraguan budak itu menjelaskan.
Son Gohan keliru kerana kurang faham akan maksud budak lelaki itu. Dia dibawa ke rumah budak itu untuk dibawa berjumpa keluarganya sebagai tanda ucapan terima kasih. Rupanya ayah budak itu seorang guru agama yang disegani di kawasan itu. Son Gohan diajak bermalam di rumahnya.
Pertama kali dalam hidupnya, air matanya mengalir tatkala mendengar alunan merdu bacaan al-Quran. Dirasakan sebuah ketenangan yang amat sangat. Bermula saat itu dia belajar tentang Islam. Mengenal Tuhan Yang Esa. Hampir segala persoalannya selama ini terjawab.
Ironi. Segala pertanyaan yang berlegar di ruang fikirannya sebenarnya telah mempunyai jawapan sejak lebih daripada 1400 tahun yang lalu.
Akhirnya Son Gohan berjaya menemui jalan pulang yang dicarinya selama ini. Dia kembali kepada fitrah seorang manusia yang ingin hidup bertuhan. Menjumpai cara hidup pelengkap kepada ketidaksempurnaan akalnya yang sangat terbatas itu.
Sungguh, cahaya hidayah itu terlalu indah, menyapa hati -hati yang inginkan kebenaran. Allah jualah yang mampu menghadirkan petunjuk buat orang yang bersungguh-sungguh mencarinya.
Seorang pahlawan bangsa saiya |
Aku telah lama ingin pulang,
Namun tak ketemu jalan,
Kini laluan lurus telah tebentang,
Izinkan aku menghadap-Mu Tuhan..
"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang beroleh petunjuk,
dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang yang rugi"
dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang yang rugi"
(Al-A'raf ayat 178)
Sekian...
P/s: Cerita ini rekaan semata-mata yang diolah oleh seorang sahabat maya saya, ilusi-fantasidunia. Semoga kisah ini bermanfaat buat semua..
aku ingat real punya..
ReplyDeleteilusi fantasi dunia.. :)
Deletehahaha..lawak2...ingatkan cter betol xdi
ReplyDeleteHehe.. masa kecik layan jg ke cte dragon ball nie..? :D
Deletesesuai untuk di baca oleh kanak-kanak sebab versi Islamik. haha. Tapi ada lagi kisah goku ni dalam bentuk filem. Goku lawan dewa pemusnah.
ReplyDeleteWkakaka.. masuk bab tu saya x sampai lg..
Deletebudak2 elok lah tengok ..tentu mereka terhibur..
ReplyDeletesubhanaALLAH entri lain dari yang lain.. sangat bagus ..ALLAHUAKBAR!!
ReplyDeletebagus la nih,, mana tahu orang jepun baca,, dorang lak yang dapat hidayah,, hehe
ReplyDeletemenarik baca cerita nie...
ReplyDeletemohon share
Silakan.. :)
DeleteAlhamdulillah son gohan dah kembali ke pangkal jalan.
ReplyDeletedulu zaman skola rendah minat jugak citer ni. skang dah kureng.haha
hehee ku ingatkn dragon ball ade 7 bji ceritanya hehee :) nice sharing :)
ReplyDeletehahahaha, nice story
ReplyDeleteEntri yang menarik.
ReplyDeleteJom singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
hahha... ingat cerita real Aniq... mmg super hero...:)
ReplyDeleteKan bagus kalau betul-betul macam ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah...ending yg mngharukan... mudah2han smua krtun masuk islam kan.. tamsuk la msked rider,powr rangers ,ultram dan sgala-galanya.. Amin ya Rabb...
ReplyDeletedulu suka tengok cerita ni hehe.. :)
ReplyDeletefyna baca dengan tekun. ^_^
ReplyDeleteakak baru buat tuto,tapi aniq dah berjaya letak iklan tu.tahniah aniq..
ReplyDeletesangat menghiburkan ;)
ReplyDeletesinggah and follow !
amboii...hebat cerita diaa..hehe
ReplyDeletedragon ball..cerita kartun zaman kanak2..
ReplyDeletenice story..dakwah dlm dunia fantasi ..(Y).. =)
Great entri..walau hny rekaan.. Syok baca.
ReplyDeletepandai hang reka eh. hehe
ReplyDeleteterbaik!versi islamik bgus jugak dibaca..haha.. thumb up..
ReplyDeletemenarik..memang pandai reka..hehe
ReplyDeleteHahaha...macam ni pun ada ka...kreatif,..hehe
ReplyDeleteApa ! Cerita nie rekaan semata-mata ? Mati-mati aku ingat Dragon Ball tu based on true story .
ReplyDelete