Aniq Bukhary Channel: 01_14


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Friday, January 31, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Perjalanan hidup bergelar seorang blogger tidak semudah yang kita fikirkan. Disebalik keseronokan dalam menulis dan berkongsi, ramai yang tidak tahu betapa dalam blogging ini kita bersahabat baik dengan onak dan duri. Dengan lafaz bismillah hari ini saya berkongsi dengan anda tiga point penting untuk terus kekal dalam dunia blog (artikel ditulis mengikut pengalaman penulis).

http://aniqbukhary.blogspot.com/2014/01/ilmu-blogspot-blogger-malaysia.html
Ilmu blogspot blogger Malaysia
Percaya pada diri + Never give up

Menjadi seorang blogger, haruslah percaya pada diri sendiri. Yakinkan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh menjadi penyumbang ilmu melalui medium blog. Sebagai langkah awal, cuba cari dan tonjolkan kebolehan dan keistimewaan diri anda kerana setiap manusia di muka bumi ini Allah swt ciptakan ada keistimewaan masing-masing. Oleh itu, tonjolkan kebolehan anda.

Contoh mudah, anda tahu cara untuk memakai kain pelikat, kongsikan cara dan kaedah dalam blog anda, pasti mereka yang tidak tahu menggunakan kain pelikat akan berterima kasih pada anda. Kadangkala benda yang kecil pada diri anda adalah sesuatu yang besar pada orang lain.

Percaya pada diri itu pula hendaklah selari dengan semangat tidak pernah berputus asa agar terus bertahan dalam dunia blog. Berdasarkan pengalaman, ramai daripada rakan-rakan blogger saya telah give up dalam dunia blogging dan ada yang sampai tutup akaun blog. Apabila ditanya mengapa, antara alasan yang mereka diberikan ialah tidak ada yang membaca apatah lagi komen di blog mereka. Ini adalah antara kesan buruk apabila kita mudah give up.

Bagi saya itu adalah asam garam dalam dunia blog. Perkara biasa. Saya pun pernah mengalami situasi sedemikian. Saya publish entry, saya jugalah yang baca, kekadang saya jugalah yang komen. Nampak? Jangan sesekali berputus asa dan kecewa apabila entry yang anda terbitkan tidak mendapat sambutan. Apa yang lebih penting ialah kena kuat dan konsisten dalam blogging.

Kalau atas alasan tersebut anda meninggalkan dunia blogging itu merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Bak kata Hassrul Hassan, "Anda masuk kelas tadika, hari pertama, hari kedua, kawan sebelah pun tak kenal dan tak tahu nama lagi kan? Jadi apa ada hal. Tiada orang komen dalam blog bukan tanda blog anda tiada pembaca, tetapi menandakan anda sudah tulis sebuah entri yang buat orang kehilangan kata-kata". Never give up!

Belajar skill blogging + buang sifat malas
Sebagai seorang blogger, belajar kemahiran-kemahiran dalam blogging kerana ianya merupakan asas penting. Antara lain kemahiran blogging yang anda termasuk saya kena belajar ialah kemahiran SEO. Kenapa SEO penting?

Dalam dunia blog bukan kita sahaja yang berkongsi artikel, malah ada ramai lagi blogger yang mungkin berkongsi artikel yang sama dengan anda. Masing-masing ingin hasil perkongsian mereka itu dibaca oleh pengunjung. Melalui persaingan ini, di situlah fungsi kemahiran SEO dan mereka yang mempunyai ilmu mengenainya akan berkelebihan berada di halaman pertama carian google. Hah! nampak?

Sebagai tambahan kemahiran anda untuk melihat keyword yang menjadi trend turut memberi kesan kepada trafik anda. Ada banyak laman yang dapat membantu anda untuk mengesan keyword-keyword yang sedang hangat antaranya google trend. Dari laman tersebut, anda dapat mengenalpasti keyword yang sedang meletop seperti isu kangkung baru-baru ini. Harus diingat, jika anda terlambat sedikit, maka blogger lain akan mendahului anda.

Trending kangkung baru-baru ini yang mengalahkan Ronaldo
Selain itu, waktu yang tepat untuk publish entri pun harus diberi perhatian. Kita boleh tulis dan terbitkan banyak benda dalam blog tetapi tidak semuanya itu sesuai dengan masa dan keadaan. Ada kalanya entri simple tetapi disebabkan waktu yang tepat untuk publish, maka ia menjadi antara entri yang mendapat bilangan pembaca yang ramai.

Sebagai contoh, anda mempunyai tips bercuti di Cameron Highland, maka anda buat satu entry dan publish entri tersebut juga ketika cuti sekolah. Ataupun lebih baik lagi publish lebih awal sebelum cuti sekolah dan pasti entry anda menjadi carian.

Contoh lain, anda suka update mengenai senarai perpindahan pemain bola sepak misalnya, maka sediakan rangka dan publish sebulan lebih awal dikala pembaca sedang mencari maklumat tersebut. Hal inilah yang pernah saya buat dan menjadi tumpuan pembaca diluar jangkaan saya.

119 000 view. Salah satu entry saya menggunakan teknik publish awal (Bukan menunjuk tetapi nak bagi semangat)

Saya sertakan bukti ini agar dapat memberi semangat kepada anda untuk mempelajari ilmu-ilmu blogging. Semua sudah ada di depan mata, cuma kita sahaja yang malas nak cari. Kesemua ini tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha dan susah payah belajar ilmu termasuk belajar dengan otai-otai bloger. Buang sifat malas untuk terus belajar blog, in shaa Allah kita akan berjaya (pesanan untuk diri penulis juga).

Jangan mudah melatah + positifkan diri

Resam dunia, setiap benda baik yang kita buat, ada yang sokong dan tak kurang juga yang mengkritik. Kita buat entri, lepas itu ada yang mengkritik itu adalah normal. Namun, sebagai manusia biasa adakalanya kritikan-kritikan itu membuatkan kita terguris hati dan marah. Apabila berlaku seperti ini kita akan terus melatah dan memarahi orang yang mengkritik kita. sayang seribu kali sayang.

Saya kongsikan pengalaman saya menulis kisah pembunuhan Along spoon setahun yang lalu. Ramai yang mengkritik saya yang mengatakan saya suka buka aib orang walaupun saya tidak terniat langsung. Artikel yang saya tulis secara kebetulan ketika saya balik dari Alamanda itu dikritik hebat membuatkan saya hampir angkat tangan dalam dunia blog. Tak tahan dengan kritikan.

Namun berkat sokongan dan nasihat daripada rakan blogger supaya membuatkan saya terus cekal. Pengalaman lalu mengajar saya supaya jangan mudah melatah dengan benda-benda sebegitu walaupun sakit terasa.

Dalam dunia blog orang boleh berkata apa sahaja mengenai anda dan blog anda, kerana mereka tak kenal siapa anda. Jadi, jangan mudah melatah dengan kritikan-kritikan tersebut. Anggaplah ia sebagai 'penambah perasa' dalam dunia blog. Bak kata blogger terkenal Nisa Kay ketika perhimpunan blogrrr tahun lepas, "jangan cepat melatah, kita kena bersyukur kalau orang kritik hasil tulisan kita, alhamdulillah ada juga orang yang tegur dan ingatkan kita". katanya.

Sekian terima kasih..

Banyak lagi sebenarnya perkongsian yang ingin saya sampaikan. Tetapi untuk kali ini, cukpuplah ini sahaja. Kalau nak senaraikan semua seriously memang tak cukuplah blog ini. Apa-apa pun semoga perkongsian daripada blogger baru seprti saya ini memberi manfaat buat kita semua. Saya menulis berdasarkan pengalaman, Sebarang kekurangan ataupun penambahan daripada otai-otai blogger amatlah dialu-alukan.. :)

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Wednesday, January 29, 2014

Video gol perlawanan liga super 28 januari 2014

Kredit Foto: Thephotoshooterz

Selangor vs Pahang
1-0

Johor Darul Takzim vs Lions XII

2-2
Lain-lain keputusan
Sarawak 3-0 Sime Darby

Terengganu 2-0 T-Team

Kelantan 1-2 PKNS

ATM 1-0 Perak

Rumusan ringkas untuk perlawanan liga super minggu ini:
*Johor Darul Takzim leka disaat akhir.
*Selangor menjadi pendahulu Liga.
*Sarawak kutip kemenangan pertama.
*Kelantan kalah mengejut di laman sendiri.
*Terangganu menweskan pasukan adik.
*Jaringan Arustegui memastikan kemenangan ATM.

Kredit Video: Astro Arena

Monday, January 27, 2014

Gambar KL dilanda salji? (kebaikannya untuk Malaysia)

KL dilanda salji?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu fenomena perubahan cuaca yang jarang-jarang berlaku di malaysia. Fenomena itu ialah fenomena suhu sejuk sehingga mencapai 17 darjah celcius. Suhu terendah yang pernah di catatkan di negara yang mengalami iklim khatulistiwa ini.

Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran? Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa.

Fenomena yang melanda beberapa negara yang selama ini tidak dilanda salji dipanggil ‘zaman ais mini’ yang berpunca daripada aktiviti matahari yang berada di tahap minimum. Ia menyebabkan tompok letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan matahari menyejuk.

Jadi, bagi mereka yang menyimpan impian untuk bermain salji di negara ini, anda mungkin boleh melupakannya [Sumber].

Kebaikan untuk Malaysia jika dilanda salji

Namun, cuba bayangkan apa agaknya yang berlaku jika negara kita Malaysia ini dilanda salji? Pertama, sudah semestinya Malaysia akan menjadi sejuk. Kedua pula kecenderungan untuk kita menutup aurat adalah tinggi. Susah nak faham kan? Ok, lihat status dan gambar dibawah..

Gambar KL dilanda salji. Oppsss! jangan marah saya, bukan saya yang edit :)
Kalau dah salji, mesti ramai yang akan keluar rumah dengan 'cover' kulit daripada terdedah kepada sejuk dan secara tak langsung aurat pun tertutup bak kata sahabat kita kat atas tu. Itulah antara kebaikan apabila Malaysia mengalami musim salji menurut status sahabat kita.

Agak pedas jugalah kenyataannya itu tetapi saya tidak menyalahkan dia atas status 'pedas'nya itu. Selepas difikir-fikir balik, apa yang dia cuba sampaikan itu ada benarnya.

Saya lebih suka untuk mengajak para pembaca tulisan kali ini untuk sama-sama kita bermuhasabah diri. Perubahan cuaca yang melanda kini adakah ia satu anugerah daripada yang maha Esa ataupun satu petanda bencana? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.. Wallau 'alam.. 

Sunday, January 26, 2014

16 nasihat Dr. Mahathir kepada peniaga melayu

Bacalah 16 pesanan Dr. Mahathir kepada peniaga melayu sebagai dorongan dan semangat buat kita:

Nasihat mahathir..

1. Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu membuka retsoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2. Modal efektif. Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3. Berusaha bersungguh-sungguh. Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa yang panjang. Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenai jenis perniagaan. Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes. Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
7. Manfaatkan teknologi. Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa tambahkan aset. Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9. Belajar dengan bangsa lain. Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10. Ikhlas dalam perniagaan. Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. Menolak mitos. Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!”

12. Mengamalkan peribadi mulia. Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. Menjauhkan sifat keji. Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan. Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. Mempunyai network. Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16. Membayar hutang dengan baik. Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain. “Jangan jadi puak kecil.. tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai”

Sekian.. Sungguh dalam nasihat beliau buat kita.

Aku pengembara: Semoga ianya bermanfaat bagi anak-anak melayu seperti saya. Artikel ini dah banyak yang tulis sampai saya sendiri tak tahu siapa penulis asal. So, jika artikel nie merupakan hasil tulisan anda, bagi tahu saya dan saya akan letakkan sumber. TQ

Saturday, January 25, 2014

News for EPL transfer rumors january 2014

 
Wayne Rooney

ARSENAL
Kim Kallstrom (Spartak Moscow) signed

CHELSEA
Nemaja Matic (Benfica) signed
Mohamed Salah (FC Basel) signed
Kurt Zouma (St Etienne) signed
Bertrand Traore
signed

MANCHESTER UNITED
Juan Mata (Chelsea) signed

LIVERPOOL
-

MANCHESTER CITY
-

TOTTENHAM HOTSPER
-

Other football clubs 

BARCELONA
Ilkay Gundongan (B.Dortmund)
Fredy Guarin (Inter Milan)
Ter Stegen
Signed

VALENCIA
Philipe Senderos (Fulham) Signed

BAYERN MUNICH
Robert Lewandowski (B.Dortmund)


BORUSSIA DORTMUND
Diego Costa (Athletico Madrid) 

AC MILAN
Adel Taraabt (QPR) signed
Micheal Essian (Chelsea) signed
Keisuke Honda (CSKA Moscow) signed


PARIS SAINT GERMAIN (PSG)
Yohan Cabaye (Newcastle Utd) Signed

AS MONACO
Dimitar Berbatov (Fulham) Signed

FIORENTINA
Anderson (Man. United) Signed

Aku pengembara: This information collected from other sources such as newspapers, blogs and other social sites. For your information, this article will be updated constantly by rumours until the player joining a new team. Symbol (Signed) will be placed by the name of the player who has signed a contract with a team. TQ :)

Datuk Harun Taib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dilaporkan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada kelmarin, telah kembali ke rahmatullah pada lewat malam Jumaat.


Perkhabaran sedih tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi muat naik status di laman Facebook miliknya.

Allahyarham Harun Taib dilaporkan masih tidak sedarkan diri pada petang semalam ketika diziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya.

Allahyarham merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu dan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan lima anak.[SUMBER]

Thursday, January 23, 2014

Pesanan imam Syafie untuk kaum lelaki

Take note..

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.


Empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

Sedikit perkongsian atas dasar "Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat". Semoga memberi manfaat untuk semua. Wallahu 'alam..

Wednesday, January 22, 2014

Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 3)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menerbitkan entri pada hari ini. Kali ini saya nak berkongsi sedikit mengenai dialog suami isteri yang romantik yang dah lama kita tak buat kan.. Kali terakhir pun pada bulan puasa lepas menerusi entry Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 2).

Ok, tak nak cakap banyak, jom kita terjah perbualan romantik kali ini. Seperti biasa, halaman ini untuk mereka yang telah berumah tangga sahaja.. Huhu :D


Situasi 1 (Suami, isteri & ayah)
ISTERI: Abang.. Saya takut, hari ni saya akan jalani pembedahan jantung .
SUAMI: Sayang jangan takut.. Abang ada ni.. I love you sayang.
ISTERI: I love you too.

(Bila sedar dari pembedahan, si isteri tengok ayah dia je yang ada)

ISTERI: Mane suami saya ayah?
AYAH: Siti tahu tak siapa dermakan jantung untuk siti?
ISTERI: Siapa ayah? (Air mata mula berlinang)
AYAH: (Tertunduk)
ISTERI: Apaaaaa? abangg!
AYAH: Hehe tak ada la. Ayah melawak je. Die pergi tandas. :D

Situasi 2 (Suami isteri salah faham)
SUAMI: Sayang, abang mintak maaf ye.
ISTERI: ok
SUAMI: Maafkan abang ye..
ISERI: ok
SUAMI: sayang
ISTERI: ok
SUAMI: Sayang gemuk..
ISTERI: Abang!
SUAMI: Alolo manja nye. Hahaha, mehh sayang sikit.

P/s: Bila pompuan kata "ok" itu maksudnya "MASIH MERAJUK" tapi nak bermanja.. :)

Situasi 3 (Apa beza KLCC?)
SUAMI: Sayang, sayang.. cuba sayang teka.. kalau betul abang bagi gula-gula.
ISTERI: Teka apa bang?
SUAMI: Ok, apa beza KLCC dengan sayang?
ISTERI: KLCC tinggi lah, sayang pendek..
SUAMI: Bukan la.. salah..
ISTERI: Habis tu apa bang?
SUAMI: KLCC terletak di Kuala Kumpur tapi sayang terletak di hati abang untuk selamanya.. :)
ISTERI: Waahhhh.. :)

Situasi 4 (Saya tak layak untuk awak?)
ISTERI: Saya tak layak untuk awak.
SUAMI: Kenapa awak cakap macam tu?
ISTERI: Awak umpama bintang di langit.. saya hanya rumput di bumi.
SUAMI: Taklah. awak umpama tanah. saya umpama rumput.
ISTERI: Maksud awak?
SUAMI: Kalau tiada tanah rumput takkan tumbuh. macam awak pada saya.
ISTERI: Hee (^_^)

Sekian..

Nak lagi kata-kata menarik? Lihat di sini --> Koleksi kata-kata

Aku pengembara: Hope enjoy dengan perkongsian kali ini.. dan jangan lupa untuk doakan admin semoga bertemu jodoh yang baik dan comel-comel k. Peace yo! :D

Tuesday, January 21, 2014

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com

Saya Aniq Bukhary dengan rendah diri dan penuh takzimnya menjemput anda untuk join 'Handphone GiveAway by Syuhada1981.com' ini. Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang yang bertuah.

http://www.syuhada1981.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html#.Ut2mE7Swq00

Giveaway ini sebenarnya dianjurkan oleh kak Syuhada dan akan tamat pada 31 januari ini.. Cepat! Cepat! lebih kurang seminggu sahaja lagi. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah utama gucci handphone yang menarik. Bak kata kak Syuhada, lelaki pun boleh join giveaway ni. Kalau menang boleh bagi awekz tambah kak Syuhada lagi. Haha. :D

So apa tunggu lagi, Jom join and support 'Handphone GiveAway' ini.. :)

Monday, January 20, 2014

Aku, gadis comel dan abang kaca mata

Pergi Johor

Sebaik sahaja selesai solat jumaat, aku pun bersiap ke Stesen KTM Nilai untuk ke Bandar Tasik Selatan. Sesampainya di stesen KTM Nilai, tanpa berlengah aku terus membeli tiket dan menunggu di laluan train yang disediakan. Ramai yang duduk dan macam biasalah orang yang lambat sampai terpaksa berdiri termasuklah aku dan beberapa orang mak cik berbangsa india dekat situ.

Sementara menunggu train, aku pun bermain-main dengan sahabat baikku kamera Canon DSLR. Sedang aku melayan kamera tiba-tiba aku terpandang seorang gadis bertudung labuh hitam berdiri di balik tiang. Aku lihat bibirnya bergerak seolah-olah menyebut sesuatu dan dari gerak bibirnya itu aku dapat mengagak bahawa dia sedang membaca ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah. Ada lagi orang macam ini zaman sekarang. Dahlah comel, ingat Allah plak tu. :)

Gambar hiasan. Aku tak snap gambar gadis cute
tu takut kena penampar free dikhalayak ramai :D

Lama juga aku perhatikan gadis itu sehingga sampai satu ketika dia perasan yang perilakunya itu diperhati. Dia jadi serba tak kena. Kejap tunduk, Kejap toleh kanan, kejap toleh kiri. Aku tahu dia tak selesa diperhatikan. Aku gelak besar dalam hati melihat situasi itu. Wkakaka (ketawa jahat) :D

Tak lama lepas tu train pun sampai. Gadis comel itu pun segera masuk dan aku pun turut masuk melalui pintu train yang sama. Dalam train plak, seperti drama-drama TV kebetulan aku duduk berhadapan dengan gadis comel tadi. Lagi tak tentu arah dia dan hatiku bersorak seronok melihat gadis itu semakin tak menentu.

Namun, dalam keseronokan itu, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang pelik sedang berlaku. Semua penumpang yang berada di situ melihatku. Aku dah mula merasa pelik. Apa yang telah aku buat?

Oppsss! 'Coach for ladies only'. Aku salah masuk coach rupanya. Oh no! Ini semua budak comel tu punya pasallah sampai aku tak perasan aku masuk coach 'gegirl'. Sampai di satu stesen, akupun mengambil inisiatif untuk beralih. Terasa plak diri ini menzalimi kaum yang lemah. :D

Coach for ladies only

Sebenarnya aku nak pergi Segamat, untuk shoot satu majlis pertunangan. Nilai ke TBS, TBS ke Segamat. Perjalanan yang begitu memenatkan. Nasib baik jumpa awek comel, kurang sikit bebanan penat tu. :D

Bagi yang nak tengok gambar pertunangan boleh tengok kat sini --> Man & Linda @ Antz Pictures Studioz

*****

Balik dari Johor

Selepas semuanya selesai, hari berikutnya aku pun balik semula ke Kuaters KLIA, Nilai rumah abang aku. Dari Segamat, aku ambil bas pukul enam petang dan sampai di Kuala Lumpur (TBS) dalam pukul 10.00 malam. Tanpa berlengah lagi aku terus membeli tiket KTM menuju ke Nilai.

kali ini aku lebih berwaspada. Partama sekali aku mencari di bahagian tepi train tulisan 'coach for ladies only' bagi megelakkan kejadian sebelum ini berulang. Alhamdulillah! pintu masuk aku kali ini tepat. Semua lelaki berada di dalam. Ya, lelaki!

Aku pun terus duduk selepas melihat kerusi kosong berdekatan dengan 'abang kaca mata' yang berbadan sasa. Seperti biasa, apabila duduk berseorangan, aku akan bermain dengan kamera kesayangan sementara abang kaca mata tu sibuk dengan bukunya. Malas nak kacau.

Sesampainya di stesen Batang Benar, aku pun menyimpan rapi kamera ke dalam beg sebab aku tahu sekejap lagi train akan sampai stesen Nilai. Sambil menunggu detik train berhenti, aku curi-curi pandang ke arah abang kaca mata disebelahku. Nak tahu apalah agaknya abang ni baca. Cerita Narutokah?

Subhanallah! aku tersentak. jangkaan aku silap, rupa-rupanya abang tu sedang membaca buku berkaitan dengan hadis-hadis nabi. Keadaan itu menyedarkan insan yang alpa ini. Sudah beberapa hari aku tak baca Al-Quran disebabkan sibuk dengan urusan dunia. Allahu rabbi. Melalui pengembaraan ini, Allah telah mempertemukan aku dengan dua insan penting agar aku semakin ingat pada-Nya. 

Sebelah kanan tu abang kaca mata sedang membaca buku agama.

Untuk pengetahuan, inilah first time aku pergi Johor menaiki pengangkutan awam. memang tak tahu apa. Hanya berbekalkan handphone bertanya dengan member production yang telah pun berada di Johor. Apa-apa pun, aku tak mengeluh.

Satu catatan pengalaman indah yang aku dapat dengan di isi oleh budak comel bertudung hitam dan abang kaca mata yang berhati mulia.

Begitulah serba sedikit perjalanan hidupku sebagai 'Aku pengembara' dan terima kasih kerana sudi membaca coretan kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lembaran yang akan datang. :)

Sunday, January 19, 2014

Fotografi: Majlis pertunangan Linda & Man (10 gambar)

Wednesday, January 15, 2014

Kangkung mengatasi Christiano Ronaldo & Jennifer Lawrence?

Kangkung! kangkung! kangkung! Tak habis-habis dengan isu kangkung. :D

Hari ini saya bukan nak bercerita mengenai kenapa dan mengapa kangkung boleh jadi popular (sebab saya dah cerita detail sebelum ini)[Sini]. Tetapi lebih dari itu saya nak menunjukkan kehebatan dan ke'femous'an sayur yang mengatasi populariti Christiano Ronaldo (Pemenang Ballon D Or) dan Jennifer Lawrence (Artis Amerika) ini.

Kangkung is number one! :D

Christiano dan Lawrence dua nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Satu dunia dah tahu kehebatan mereka dalam bidang masing-masing. Tetapi yang ajaib dan kelakarnya, entah macam mana muncul pula ciptaan Allah yang kerdil menenggelamkan populariti dua nama besar tersebut iaitu 'kangkung'. Menarik bukan?. Jom kita lihat gambar di bawah:

Trending untuk hari ini menerusi google trend. :)

Kangkung oh kangkung! Christiano Ronaldo pemenang Ballon D Or yang sedang hangat dalam carian google nie pun senang-senang sahaja diketepikan oleh keyword 'kangkung'.

*Senyum sorang2 depan lappy :) 

Tuesday, January 14, 2014

Pelancaran : Kempen dan Segmen Blogger Berselawat

http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html
Jom memeriahkan segmen berselawat..

Perkongsian kali ini lebih kepada perkongsian untuk menzahirkan rasa cinta ini kepada baginda nabi s.a.w. Di bawah ini saya kongsikan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Mr. Bie yang telah diubah suai daripada lagu asal 'wajah' nyanyian Jacklyn Victor. Semoga bertambahlah cinta kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang pada akhir hayatnya pun ingat kepada ummatnya.. :'(


Rindu Ya Rasulullah :'(

Salam maulidur rasul.. اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Monday, January 13, 2014

Bagaimana isu lawak kangkung bermula?

Saya jarang sangat update pasal politik dalam facebook mahu pun blog saya. Kali terakhir update pada bulan mei tahun lepas itu pun mengenai keputusan Pilihan Raya Umum.

Bukan apa, takut ada yang salah tafsir mengenai statement saya. Al-maklumlah zaman sekarang nie semua benda nak dipolitikkan bak kata Sabri Yunus.

Tapi mengenai isu kangkung ini saya ambil bahagian untuk update disebabkan hampir seluruh rakyat malaysia bercerita pasal sayur kangkung nie. Hehe

Mesti ada yang tertanya macam mana kangkung ini boleh jadi trending kan? Ok, saya kongsikan kisah sayur yang semakin popular mengalahkan Syasa Solero dan Bobo ini. :D

Kangkung Jadi Trending!

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.[Sumber]

Hah! Dah tahu kan macam mana kangkung nie boleh popular :D

Di bawah ini saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar lawak kangkung yang mencuit hati. Mohon jangan politikkan perkongsian kali ini ok. Untuk suka-suka sahaja... Peace :D


Filem bakal meletop. Kangkung the movie. :D

Rokok versi kangkung hijau.. Hehe
Burger kangkung terbaru... :D
26 resepi kangkung panduan untuk semua...^_^

Tazkirah mengusik jiwa Dr Ridhuan Tee di pentas Pencetus Ummah - Adam Corrie


Pandangan daripada Adam corrie mengenai tazkirah Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Tazkirah yg sungguh mengusik hati kami oleh Dr Ridhuan Tee di Pencetus Ummah Akhir tempoh hari menceritakan kisah mendiang ibu kesayangannya. Saya amat memahami perasaannya sebagai saudara baru.

Pada masa yang sama ia mengingatkan saya dan isteri kepada mendiang bapa saya yg meninggal pada 2009 kerana cancer hidung.

Mendiang bapa saya tidak dikafankan,
Tidak disolatkan, tidak ditalkinkan.. Tetapi tubuhnya dibakar, kerana kami tidak sempat menyemai Cahaya Islam dlm diri mendiang ayah ketika hidup.

Tidak pernah lepas saya berdoa selepas solat semoga keluarga saya yg 'not yet muslim' akan diberikan hidayah olehNya dan alangkah indahnya dapat ditemukan seluruh keluarga di syurga kelak, kerana itu adalah harapan saya untuk keluarga tercinta bersama Islam di syurga.

Memujuk diri untuk senyum selalu, selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.

Sekian..

Saturday, January 11, 2014

Disebalik perpindahan Dato' Hj. Hasbullah Awang ke Astro Arena

Semua sedia maklum bahawa pengulas sukan veteren Dato' Haji Hasbullah Awang diberitakan telah pun menyertai astro arena. Satu berita yang agak mengejutkan kerana kita tahu nama beliau sudah sinonim dengan radio telivisyen Malaysia (RTM) sejak bertahun lamanya. Sejak kecil lagi kita dibesarkan dengan ulasan-ulasan beliau di RTM dan hari ini kita terpaksa menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi milik RTM.

 Sumber gambar: Astro Arena

Beliau merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia. Memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.[Sumber]

Dato' Hasbullah Awang merupakan antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Dato' Rahim Razali. Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau. Perpindahan beliau telah meninggalkan satu impak yang besar buat semua.

Perpindahan yang begitu dirasai oleh peminat sukan tempatan.[Facebook]

Beliau tahu apa yang terbaik dan kita sebagai peminat hanya mampu mendoakan dan berikan sokongan kepada beliau. All the best buat Dato' Hasbullah Awang. Selamat maju jaya dan semoga gembira di tempat baru. Amin..

Saya tinggalkan anda dengan ulasan emas daripada Dato' Hj. Hasbullah awang ini.


Ulasan emas kejayaan piala AFF 2010

Tuesday, January 7, 2014

Mengenali siapa pemilik nama Felixia Yeap

Nama sebenar beliau adalah Felixia Yeap Chin Yee. Dilahirkan pada 3 Julai 1986 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Felixia Yeap merupakan warganegara Malaysia berbangsa Cina yang juga seorang model profesional yang pernah menghiasi majalah terkenal 'playboy', FHM dan banyak lagi.

Beliau pernah muncul dalam rancangan realiti 'I Wanna Be A Model (Season 3)' sebagai finalist dan disenaraikan dalam The Hall of Fame kerana meraih gelaran Miss Malaysia Tourism 2007 pada usia 19 tahun. Felixia juga adalah pemenang kedua untuk pertandingan ratu cantik Miss Chinese World Malaysia 2006 dan pernah tersenarai dalam pertandingan akhir Dewi Remaja Malaysia.

Pada tahun 2008 beliau telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan '2008 Beijing Olympic - Olympics Beauty' dan diikuti dengan penyenaraian dalam FHM Girl Next Door 2009 . Sejurus selepas itu, beliau telah dinobatkan sebagai Velocity Angels-Model of The Year 2009 sebelum menjadi finalist untuk Miss Universe Malaysia 2010. [Sumber]

Pemilik nama Felixia Yeap

Melihat kepada pencapaiannya itu, Felixia Yeap bukan calang-calang orang dalam bidang modeling ini. Namun baru-baru ini, dia telah membuat satu perubahan drastik dalam dirinya dengan tampil berhijab walaupun dia sebenarnya bukan beragama islam. Menarik bukan? Perubahan ini ternyata mengejutkan banyak pihak sehinggakan namanya menjadi trending kebelakangan ini.

Kenapa dia membuat keputusan untuk berhijab tiada maklumat yang jelas. Apa yang pasti dia mengatakan dia agak selesa dengan mengenakan pakaian berhijab dan ini yang membuatkan saya begitu tersentuh hati. Seorang bukan islam mempunyai keinginan yang kuat untuk memakai hijab seperti para muslimah.

Baru-baru ini Felixia Yeap telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah dengan pelbagai soalan telah diajukan kepadanya. Bagi yang ingin mengikuti temubual tersebut bolehlah rujuk [SINI @ SINI]

Dalam temubual itu dia ditanyakan soalan bahawa orang berhijab ini sukar mendapat pekerjaan dan tak komersial. Ini jawapan daripada Felixia Yeap, "Rezeki tu ada di mana-mana sahaja, kalau satu pintu tertutup, ada pintu lain yang terbuka".


Satu soalan lagi ditanyakan, "kenapa berminat dengan fashion muslimah?". Falexia menjawab "rasa selamat bila pakai baju muslimah, pelindung dan rasa lebih dihormati". Itulah jawapan yang keluar daripada mulut modelling cantik ini. 


Bagi yang ingin mengenali Pemilik nama Felixia Yeap, di bawah ini saya sertakan link Facebook dan juga blog kepunyaannya.

Facebook: Felixia Yeap FanPage
Blog: Felixia Yeap's Official blog

Dia juga berazam sepenuh masa untuk mengenakan pakaian berhijab dan berusaha ke arah itu. Bukan senang nak berubah, perlukan masa, pengorbanan dan niat yang ikhlas. In shaa Allah hidayah Allah akan datang kepadanya suatu hari nanti.

Saya tinggalkan anda dengan video dari Beautiful hijab ini dan sama-samalah kita berdoa agar Felixia Yeap terbuka hati untuk memeluk islam. Amin..


Pautan

Kisah seorang tahanan akhir ISA

TAIPING - Bekas tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan tempoh dua tahun 'disumbat' di dalam pusat tahanan telah membuka mata mereka untuk lebih menghargai kehidupan dan konsep kebebasan yang sebelum ini hanya dipandang 'enteng'.

Dua daripada enam bekas tahanan yang ditemui Bernama dalam sesi temubual khas malam tadi, juga mengakui pelbagai pengalaman dan pelajaran berguna yang diperoleh di sebalik tembok batu itu turut memperkukuh azam mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik apabila melangkah keluar, dari tempat itu hari ini.

"Pengajaran sepanjang dua tahun ini, kita gunakan masa yang ada pada hari ini sebaik-baiknya kerana kita tidak tahu sama ada esok kita hidup atau tidak.


Hari ini adalah kenyataan," katanya penuh makna ketika ditemubual  Bernama di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, di sini malam tadi.

Beliau yang mendiami sel nombor 1, Blok B di situ turut menepis dakwaan sesetengah pihak mengenai penderaan terhadap banduan di pusat berkenaan, sebaliknya mengakui menerima layanan baik sepanjang ditempatkan di situ.

"Kakitangan di sini menunaikan amanah dengan cemerlang menjaga kami, layanan baik dan sabar mereka terhadap sikap penentangan tahanan yang bukan dituju kepada kakitangan di sini sebenarnya.

"Jika ada yang dakwa berlaku penderaan di sini, ia adalah satu penipuan," katanya yang pernah menjadi tukang masak di pusat tahanan itu.

Katanya, soal tertekan juga tidak timbul kerana sepanjang menjalani hukuman di pusat berkenaan mereka tidak pernah disekat daripada bertemu anggota keluarga mahupun untuk berhubung melalui telefon.

Bakar yang berhasrat meneruskan perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang terbantut sejak penahanannya pada 15 Nov 2011 itu juga menghargai peluang mendalami ilmu agama malah pernah mengamalkan ibadah puasa Nabi Daud A.S serta mengkhatam al-Quran sebanyak dua kali sebulan.[Petikan akhbar]

Aku pengembara: Cikgu Bakar merupakan cikgu yang pernah mengajar saya tingkatan 2 di SMK Umas-Umas Tawau. Seriously saya tidak tahu menahu pun pasal cikgu Bakar kena tahan di bawah ISA sehinggalah saya terbaca paper BH 4 januari lalu. 

Menyentuh peribadi cikgu Bakar, dia merupakan antara cikgu yang saya respect kerana sifat penyabar beliau. Beliau tak pernah marah walaupun kami anak muridnya selalu buat hal. Teguran hikmah. Satu lagi yang menarik pasal cikgu Bakar, beberapa minit sebelum menamatkan pembelajaran, beliau akan menasihatkan kami dengan pesanan-pesanan agama agar kami menjadi pelajar yang berguna. Terima kasih cikgu!

Selamat kembali ke pangkuan keluarga...

Monday, January 6, 2014

Nostalgia hitam putih zaman persekolahan

Untuk perkongsian kali ini, saya menggunakan perkataan 'aku' agar perkongsian ini lebih santai :)

Dengan lafaz bismillah aku memulakan bicara..

Sedar tak sedar dah masuk minggu kedua persekolahan bagi sesi 2014. Mesti adik-adik semua seronok kan dapat kembali ke sekolah? Harap-harap, minggu nie xde la kepala yang masuk celah kerusi lagi.. Hehe

Hari ini aku bukan nak bercerita pasal kepala masuk celah kerusi sebab Shiro dah buat dah time persembahan Maharaja lawak minggu sudah. hehe.. Hari ini aku ingin berkongsi sebuah coretan ringkas kenangan zaman persekolahan yang cukup menggamit memori.

Bukan cerita pasal nie.. Btw, cian adik nie.. :)

Mungkin tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa zaman persekolahan merupakan zaman yang paling indah dalam sejarah kehidupan manusia. Huhu. Tak percaya? Cer tanya orang yang dah tak bersekolah, dengar apa jawapan mereka. Mesti mereka-mereka itu nak sekolah lagi.

Tidak nafikan zaman universiti memang seronok. Aku akui. Bebas daripada kongkongan, bebas daripada guru disiplin yang garang dan bebas dari segala-galanya. Tetapi seriously tetap tak sama dengan keseronokan zaman persekolahan.

Bagi adik-adik yang masih bersekolah, inilah satu-satunya peluang untuk anda memakai seragam sekolah yang pasti suatu hari nanti anda akan merindui untuk memakainya yang mana ketika itu peluang sudah tidak bermakna. Teringat pula aku peristiwa gilang gemilang bersama cikgu Asni dulu..

Waktu itu lebih kurang pukul lapan setengah pagi. Hari tu merupakan hari sabtu dan ada kelas STF (Skim tuisyen Felda). Janji kelas pukul lapan pagi tapi masih ramai lagi yang belum menampakkan batang hidung yang pesek itu. Cikgu Asni pun ajak pelajar-pelajar yang hadir lebih kurang dalam lima orang (termasuk aku) untuk ke pondok sekolah tepi bangunan sementara menunggu pelajar lain sampai.

"Rajin-rajinlah datang sekolah. Time sekolah nie la peluang kamu pakai baju seragam sekolah.. Lepas nie xda sudah". Kata cikgu Asni serius.

Dengan nada bergurau pula aku cakap, "kalau habis sekolah nanti pakai baju sekolah kan boleh lagi?" Soalanku itu disambut dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain. Cikgu Asni senyum mendengar soalan bodohku.

Time tu aku main cakap lepas ja dan ku tidak menyangka kebangangan ku itu memberi kesan pada hari ini. Tetiba rasa nak pakai baju sekolah pula. Oh no! Betul la kata cikgu Asni. Baru sekarang terasa sakitnya..

Gunakanlah masa persekolahan wahai adik-adikku sayang.

Sunday, January 5, 2014

12 gambar terbaik tahun 2013 by Malaysian photographer

Berikut merupakan gambar-gambar terbaik dalam satu group photography yang diambil oleh photographer di seluruh Malaysia. Bagi saya, gambar yang saya senaraikan ini cukup perfect dari semua aspek. Emotian, composition, angle dll. So, apa tunggu lagi jom kita terjah:


Photographer: Syamil Shafee


Photographer: Ahmad Shihabuddin

Photographer: Aizu DinDang

Photographer: Coke Perlukan Cola

Photographer: Muhd Shahjeehan

Photographer: Noor Helmie

Photorapher: Saiful Azri Mohamad

Photographer: Muhamad Irfan

Photographer: Mafiaburger Burger

Photographer: Fareez Ashari


Photographer: Aniq Bukhary

Ohsem kan? Setiap daripada gambar mempunyai maksud yang tersendiri. Saya berikan sekali link member photographer yang tangkap gambar tersebut. So, kalau nak tanya something macam mana dorang dapatkan gambar-gamabar tu, bolehlah rujuk kepada mereka termasuklah saya. Open. :)

Tapi kalau nak tanya saya, jangan lupa sediakan kain kuning dan dua biji telur ayam kampung k? Huhu.. ^_^