Disebalik perpindahan Dato' Hj. Hasbullah Awang ke Astro Arena | AKU PENGEMBARA

Saturday, January 11, 2014

Disebalik perpindahan Dato' Hj. Hasbullah Awang ke Astro Arena

Semua sedia maklum bahawa pengulas sukan veteren Dato' Haji Hasbullah Awang diberitakan telah pun menyertai astro arena. Satu berita yang agak mengejutkan kerana kita tahu nama beliau sudah sinonim dengan radio telivisyen Malaysia (RTM) sejak bertahun lamanya. Sejak kecil lagi kita dibesarkan dengan ulasan-ulasan beliau di RTM dan hari ini kita terpaksa menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi milik RTM.

 Sumber gambar: Astro Arena

Beliau merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia. Memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.[Sumber]

Dato' Hasbullah Awang merupakan antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Dato' Rahim Razali. Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau. Perpindahan beliau telah meninggalkan satu impak yang besar buat semua.

Perpindahan yang begitu dirasai oleh peminat sukan tempatan.[Facebook]

Beliau tahu apa yang terbaik dan kita sebagai peminat hanya mampu mendoakan dan berikan sokongan kepada beliau. All the best buat Dato' Hasbullah Awang. Selamat maju jaya dan semoga gembira di tempat baru. Amin..

Saya tinggalkan anda dengan ulasan emas daripada Dato' Hj. Hasbullah awang ini.


Ulasan emas kejayaan piala AFF 2010

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

11 comments:

  1. suka dengan cara penyampaiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau x pe.. seronok dengar kan? :)

      Delete
  2. ohh..pindah ke Astro arena kah beliau aniq?? erm.. mmg RTM tiada sdh lah pengulas yg best lepas ni... mmg suara nya hebat & membuatkan kita tertarik utk menonton/mendengar bah..:)

    ReplyDelete
  3. Baru tau ttg info ni.. t kasih diatas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  4. all the best buat beliau...

    ReplyDelete
  5. itulah ..rugi RTM tak keep in touch orang seperti ini..seharusnya di jaga.. hampir semua pengulas yang baik di rtm berpindah ke astro

    ReplyDelete
  6. Antara otai penyampai berita sukan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Beliau kan pernah menyertai TV3 sebelum kembali semula ke RTM...

    Ada yang suka beliau mengulas sukan... ada juga peminat sukan yang tak rasa ok dengan caranya ..

    ReplyDelete
  8. beliau sangat lagenda. suarnya sangat emas

    ReplyDelete
  9. hasbullah awang legend,,terbaik

    ReplyDelete