Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 3) | AKU PENGEMBARA

Wednesday, January 22, 2014

Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 3)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menerbitkan entri pada hari ini. Kali ini saya nak berkongsi sedikit mengenai dialog suami isteri yang romantik yang dah lama kita tak buat kan.. Kali terakhir pun pada bulan puasa lepas menerusi entry Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 2).

Ok, tak nak cakap banyak, jom kita terjah perbualan romantik kali ini. Seperti biasa, halaman ini untuk mereka yang telah berumah tangga sahaja.. Huhu :D


Situasi 1 (Suami, isteri & ayah)
ISTERI: Abang.. Saya takut, hari ni saya akan jalani pembedahan jantung .
SUAMI: Sayang jangan takut.. Abang ada ni.. I love you sayang.
ISTERI: I love you too.

(Bila sedar dari pembedahan, si isteri tengok ayah dia je yang ada)

ISTERI: Mane suami saya ayah?
AYAH: Siti tahu tak siapa dermakan jantung untuk siti?
ISTERI: Siapa ayah? (Air mata mula berlinang)
AYAH: (Tertunduk)
ISTERI: Apaaaaa? abangg!
AYAH: Hehe tak ada la. Ayah melawak je. Die pergi tandas. :D

Situasi 2 (Suami isteri salah faham)
SUAMI: Sayang, abang mintak maaf ye.
ISTERI: ok
SUAMI: Maafkan abang ye..
ISERI: ok
SUAMI: sayang
ISTERI: ok
SUAMI: Sayang gemuk..
ISTERI: Abang!
SUAMI: Alolo manja nye. Hahaha, mehh sayang sikit.

P/s: Bila pompuan kata "ok" itu maksudnya "MASIH MERAJUK" tapi nak bermanja.. :)

Situasi 3 (Apa beza KLCC?)
SUAMI: Sayang, sayang.. cuba sayang teka.. kalau betul abang bagi gula-gula.
ISTERI: Teka apa bang?
SUAMI: Ok, apa beza KLCC dengan sayang?
ISTERI: KLCC tinggi lah, sayang pendek..
SUAMI: Bukan la.. salah..
ISTERI: Habis tu apa bang?
SUAMI: KLCC terletak di Kuala Kumpur tapi sayang terletak di hati abang untuk selamanya.. :)
ISTERI: Waahhhh.. :)

Situasi 4 (Saya tak layak untuk awak?)
ISTERI: Saya tak layak untuk awak.
SUAMI: Kenapa awak cakap macam tu?
ISTERI: Awak umpama bintang di langit.. saya hanya rumput di bumi.
SUAMI: Taklah. awak umpama tanah. saya umpama rumput.
ISTERI: Maksud awak?
SUAMI: Kalau tiada tanah rumput takkan tumbuh. macam awak pada saya.
ISTERI: Hee (^_^)

Sekian..

Nak lagi kata-kata menarik? Lihat di sini --> Koleksi kata-kata

Aku pengembara: Hope enjoy dengan perkongsian kali ini.. dan jangan lupa untuk doakan admin semoga bertemu jodoh yang baik dan comel-comel k. Peace yo! :D

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

6 comments:

  1. isteri hanya mengharapkan pengertian suami..kalau ada sifat romatis,kelakar..itu satu bonus...

    ReplyDelete
  2. singgah & follow sini..salam kenal tuan rumah...

    ReplyDelete
  3. haha.. so sweet lah perbualan depa ni aniq...buat kak tersenyum:)

    ReplyDelete
  4. Hahaha...mujur lah tak sempat gelak kuat..kalau tak terjaga dah orang rumah ni tidur..hehe

    ReplyDelete
  5. hamboiii! sweet kemain. ni rasa nak kawen ni ^^

    ReplyDelete
  6. huhuhuhuhuhu...suke2.. ni boleh try..

    ReplyDelete