Ilmu Blogspot Blogger Malaysia | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Friday, January 31, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Perjalanan hidup bergelar seorang blogger tidak semudah yang kita fikirkan. Disebalik keseronokan dalam menulis dan berkongsi, ramai yang tidak tahu betapa dalam blogging ini kita bersahabat baik dengan onak dan duri. Dengan lafaz bismillah hari ini saya berkongsi dengan anda tiga point penting untuk terus kekal dalam dunia blog (artikel ditulis mengikut pengalaman penulis).

http://aniqbukhary.blogspot.com/2014/01/ilmu-blogspot-blogger-malaysia.html
Ilmu blogspot blogger Malaysia
Percaya pada diri + Never give up

Menjadi seorang blogger, haruslah percaya pada diri sendiri. Yakinkan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh menjadi penyumbang ilmu melalui medium blog. Sebagai langkah awal, cuba cari dan tonjolkan kebolehan dan keistimewaan diri anda kerana setiap manusia di muka bumi ini Allah swt ciptakan ada keistimewaan masing-masing. Oleh itu, tonjolkan kebolehan anda.

Contoh mudah, anda tahu cara untuk memakai kain pelikat, kongsikan cara dan kaedah dalam blog anda, pasti mereka yang tidak tahu menggunakan kain pelikat akan berterima kasih pada anda. Kadangkala benda yang kecil pada diri anda adalah sesuatu yang besar pada orang lain.

Percaya pada diri itu pula hendaklah selari dengan semangat tidak pernah berputus asa agar terus bertahan dalam dunia blog. Berdasarkan pengalaman, ramai daripada rakan-rakan blogger saya telah give up dalam dunia blogging dan ada yang sampai tutup akaun blog. Apabila ditanya mengapa, antara alasan yang mereka diberikan ialah tidak ada yang membaca apatah lagi komen di blog mereka. Ini adalah antara kesan buruk apabila kita mudah give up.

Bagi saya itu adalah asam garam dalam dunia blog. Perkara biasa. Saya pun pernah mengalami situasi sedemikian. Saya publish entry, saya jugalah yang baca, kekadang saya jugalah yang komen. Nampak? Jangan sesekali berputus asa dan kecewa apabila entry yang anda terbitkan tidak mendapat sambutan. Apa yang lebih penting ialah kena kuat dan konsisten dalam blogging.

Kalau atas alasan tersebut anda meninggalkan dunia blogging itu merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Bak kata Hassrul Hassan, "Anda masuk kelas tadika, hari pertama, hari kedua, kawan sebelah pun tak kenal dan tak tahu nama lagi kan? Jadi apa ada hal. Tiada orang komen dalam blog bukan tanda blog anda tiada pembaca, tetapi menandakan anda sudah tulis sebuah entri yang buat orang kehilangan kata-kata". Never give up!

Belajar skill blogging + buang sifat malas
Sebagai seorang blogger, belajar kemahiran-kemahiran dalam blogging kerana ianya merupakan asas penting. Antara lain kemahiran blogging yang anda termasuk saya kena belajar ialah kemahiran SEO. Kenapa SEO penting?

Dalam dunia blog bukan kita sahaja yang berkongsi artikel, malah ada ramai lagi blogger yang mungkin berkongsi artikel yang sama dengan anda. Masing-masing ingin hasil perkongsian mereka itu dibaca oleh pengunjung. Melalui persaingan ini, di situlah fungsi kemahiran SEO dan mereka yang mempunyai ilmu mengenainya akan berkelebihan berada di halaman pertama carian google. Hah! nampak?

Sebagai tambahan kemahiran anda untuk melihat keyword yang menjadi trend turut memberi kesan kepada trafik anda. Ada banyak laman yang dapat membantu anda untuk mengesan keyword-keyword yang sedang hangat antaranya google trend. Dari laman tersebut, anda dapat mengenalpasti keyword yang sedang meletop seperti isu kangkung baru-baru ini. Harus diingat, jika anda terlambat sedikit, maka blogger lain akan mendahului anda.

Trending kangkung baru-baru ini yang mengalahkan Ronaldo
Selain itu, waktu yang tepat untuk publish entri pun harus diberi perhatian. Kita boleh tulis dan terbitkan banyak benda dalam blog tetapi tidak semuanya itu sesuai dengan masa dan keadaan. Ada kalanya entri simple tetapi disebabkan waktu yang tepat untuk publish, maka ia menjadi antara entri yang mendapat bilangan pembaca yang ramai.

Sebagai contoh, anda mempunyai tips bercuti di Cameron Highland, maka anda buat satu entry dan publish entri tersebut juga ketika cuti sekolah. Ataupun lebih baik lagi publish lebih awal sebelum cuti sekolah dan pasti entry anda menjadi carian.

Contoh lain, anda suka update mengenai senarai perpindahan pemain bola sepak misalnya, maka sediakan rangka dan publish sebulan lebih awal dikala pembaca sedang mencari maklumat tersebut. Hal inilah yang pernah saya buat dan menjadi tumpuan pembaca diluar jangkaan saya.

119 000 view. Salah satu entry saya menggunakan teknik publish awal (Bukan menunjuk tetapi nak bagi semangat)

Saya sertakan bukti ini agar dapat memberi semangat kepada anda untuk mempelajari ilmu-ilmu blogging. Semua sudah ada di depan mata, cuma kita sahaja yang malas nak cari. Kesemua ini tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha dan susah payah belajar ilmu termasuk belajar dengan otai-otai bloger. Buang sifat malas untuk terus belajar blog, in shaa Allah kita akan berjaya (pesanan untuk diri penulis juga).

Jangan mudah melatah + positifkan diri

Resam dunia, setiap benda baik yang kita buat, ada yang sokong dan tak kurang juga yang mengkritik. Kita buat entri, lepas itu ada yang mengkritik itu adalah normal. Namun, sebagai manusia biasa adakalanya kritikan-kritikan itu membuatkan kita terguris hati dan marah. Apabila berlaku seperti ini kita akan terus melatah dan memarahi orang yang mengkritik kita. sayang seribu kali sayang.

Saya kongsikan pengalaman saya menulis kisah pembunuhan Along spoon setahun yang lalu. Ramai yang mengkritik saya yang mengatakan saya suka buka aib orang walaupun saya tidak terniat langsung. Artikel yang saya tulis secara kebetulan ketika saya balik dari Alamanda itu dikritik hebat membuatkan saya hampir angkat tangan dalam dunia blog. Tak tahan dengan kritikan.

Namun berkat sokongan dan nasihat daripada rakan blogger supaya membuatkan saya terus cekal. Pengalaman lalu mengajar saya supaya jangan mudah melatah dengan benda-benda sebegitu walaupun sakit terasa.

Dalam dunia blog orang boleh berkata apa sahaja mengenai anda dan blog anda, kerana mereka tak kenal siapa anda. Jadi, jangan mudah melatah dengan kritikan-kritikan tersebut. Anggaplah ia sebagai 'penambah perasa' dalam dunia blog. Bak kata blogger terkenal Nisa Kay ketika perhimpunan blogrrr tahun lepas, "jangan cepat melatah, kita kena bersyukur kalau orang kritik hasil tulisan kita, alhamdulillah ada juga orang yang tegur dan ingatkan kita". katanya.

Sekian terima kasih..

Banyak lagi sebenarnya perkongsian yang ingin saya sampaikan. Tetapi untuk kali ini, cukpuplah ini sahaja. Kalau nak senaraikan semua seriously memang tak cukuplah blog ini. Apa-apa pun semoga perkongsian daripada blogger baru seprti saya ini memberi manfaat buat kita semua. Saya menulis berdasarkan pengalaman, Sebarang kekurangan ataupun penambahan daripada otai-otai blogger amatlah dialu-alukan.. :)

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

18 comments:

  1. Alhamdulillah,pkongsian yg sngat baik.... nice!! banyak bnda baru blajar..keep it up!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkongsi setakat apa yang tahu sahaja.. saya budak baru belajar.. :)

      Delete
  2. Semoga berjaya. Hebatnya, belum pernah lagi entri saya dapat pv sampai 100k. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Saya pun sebenarnya x sangka dapat pv macam tu.. luar daripada target saya..

      Delete
  3. hehe betul2 tp bab malas tu mmg sangat2 tepat.dipengaruhi juga dgn sebab xada idea nak menulis...hurmmm buntu juga nak cari topik yg lain daripd yang lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas memang penyakit susah nak buang.. Tp terpaksa fight jg dengan malas tu disebabkan minat dunia blogging.. :)

      Delete
  4. semoga berjaya !!! menarik kupasan isu ini.. all the best

    ReplyDelete
  5. penerangan yang lengkap..Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  6. bagus! huraian terperinci.. Kuasa SEO penting untuk setiap blogger.. Keyword-keyword yang pedas tambah pula tajuk yang cliche memang akan menarik mouse pengunjung untuk klik.. hehehe merapu je saya ni..

    Apa pun tahniah dan selamat maju jaya di ucapkan..

    ReplyDelete
  7. Salam.... panjangnya artikel bro...pengalaman membuat kita lebih dewasa dan semakin bertambah ilmu berkaitan blogger ni. Semoga berjaya buat bro...

    ReplyDelete
  8. Wahhhh dah join dah dia..gud luck bro...

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg baik aniq :) gudluck k :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih bro Aniq.

    Byk juga benda yg ambe baru dpt. thanks bro!

    p.s- seo mmg super power dalam memberi trafik konsisten...thanks bro

    ReplyDelete
  11. Baru berkesempatan berkunjung kesini membaca posting yg mendpt tempat ke3.. Artikel menarik padat dgn maklumat. Happy blogging Aniq!

    ReplyDelete
  12. bagusnye artikel ni..tq for info and happy blogging! :)

    ReplyDelete
  13. Boleh kunjung ke blog saya kat lokmanamirul.blogspot.com

    ReplyDelete