Dia akan selalu bercakap tentang kematian | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Saturday, January 4, 2014

Dia akan selalu bercakap tentang kematian

Sebelum meninggal dunia. Bila ajal seseorang dah nak sampai, dia akan selalu bercakap tentang kematian, seolah-olah dia sedang bergurau. Ketika itu kita buat endah tak endah apa yang dia cakap sebab kita ingat dia memang tengah 'BERGURAU'.

Dia akan tanya kita soalan yang pelik-pelik, "sayang saya tak?" kalau kita tak jawab dia akan senyapkan diri tetapi jika kita kata "YA", dia sangat gembira dan sangat-sangat menghargai jawapan kita itu.

Jika dulu, dia seorang yang menjauhkan diri. Tapi akhir-akhir waktunya dia asyik nak berkepit dengan orang-orang yang dia sayang. Keluarga, suami, isteri dan kawan-kawan baiknya.

Gambar hiasan

Kalau dia nak pergi jauh sebagai contoh naik flight ataupun bas, dia akan menatap muka kita dengan sayu, seperti itulah kali terakhir dia melihat kita. Betapa ruginya kita tidak dapat membaca redup mata itu.

Selepas itu, bila kita dapat tahu dia dah meninggal dunia.. 

"Ehh, baru hari tu luang masa dengan dia..."
"Patut la dia tanya soalan pelik-pelik, ingatkan dia bergurau.."
"Patut la, time akhir tengok tu, rasa macam sebak je"

Perkataan-pekataan itulah yang akan keluar dari mulut kita. Moga roh mereka yang telah pergi disayangi dan dirahmati ALLAH swt. Maaf memang Dunia pemisah antara kita. Tapi AKHIRAT in shaa Allah, merupakan pertemuan tanpa perpisahan. :)

Larilah sekuat hati daripada apapun.. Tapi kau kena ingat satu benda yang kau tak akan dapat melarikan diripadanya iaitu KEMATIAN. Ia akan mengejarmu, sekalipun kau berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.

Peringatan bersama..

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

11 comments:

  1. betul tuh...sebelum org meninggal pasti ada jak soalan2 pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. tp kebanyakan kita x dapat tangkap apa sebenarnya disebalik perangai pelik itu.. :(

      Delete
  2. setuju....ikt pengalaman sendiri..mmg org nk meninggal ni ckp bnda pelik2 ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tp sayangnya kita tak faham kan.. :(

      Delete
  3. Humm rasa sediih tetibe ...

    ReplyDelete
  4. sesungguh nya mati adalah yg paling dekat ngan manusia

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. mmg kebayakkan kejadian mmg ada spt yg diceritakan tu... Allahuakbar..

    ReplyDelete
  6. hurmm pernah rase pengalaman mcm tu..arwah nenek sy dulu.. arwah penah ckp, dye xdpt pegi wdding cousin,nk duk umah je.. time nk balik tu, rse sebak je.. rupenye petanda awal dye nk tinggalkan kami semua.. :( Allahu..

    ReplyDelete
  7. teringat arwah mak mertua..sblm meninggal, dia selalu cakap "kalau mak mati siapa nk buat semua ni.." "kalau mak mati..."..asyik tu jer dia duk ulang2..

    ReplyDelete
  8. Emm kadang2 memang kita tak perasaan tanda-tanda kematian ni..lepas berlaku barulah perasan,..terima kasih bro sedarkan saya yang terleka ni..

    ReplyDelete