Nostalgia hitam putih zaman persekolahan | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Monday, January 6, 2014

Nostalgia hitam putih zaman persekolahan

Untuk perkongsian kali ini, saya menggunakan perkataan 'aku' agar perkongsian ini lebih santai :)

Dengan lafaz bismillah aku memulakan bicara..

Sedar tak sedar dah masuk minggu kedua persekolahan bagi sesi 2014. Mesti adik-adik semua seronok kan dapat kembali ke sekolah? Harap-harap, minggu nie xde la kepala yang masuk celah kerusi lagi.. Hehe

Hari ini aku bukan nak bercerita pasal kepala masuk celah kerusi sebab Shiro dah buat dah time persembahan Maharaja lawak minggu sudah. hehe.. Hari ini aku ingin berkongsi sebuah coretan ringkas kenangan zaman persekolahan yang cukup menggamit memori.

Bukan cerita pasal nie.. Btw, cian adik nie.. :)

Mungkin tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa zaman persekolahan merupakan zaman yang paling indah dalam sejarah kehidupan manusia. Huhu. Tak percaya? Cer tanya orang yang dah tak bersekolah, dengar apa jawapan mereka. Mesti mereka-mereka itu nak sekolah lagi.

Tidak nafikan zaman universiti memang seronok. Aku akui. Bebas daripada kongkongan, bebas daripada guru disiplin yang garang dan bebas dari segala-galanya. Tetapi seriously tetap tak sama dengan keseronokan zaman persekolahan.

Bagi adik-adik yang masih bersekolah, inilah satu-satunya peluang untuk anda memakai seragam sekolah yang pasti suatu hari nanti anda akan merindui untuk memakainya yang mana ketika itu peluang sudah tidak bermakna. Teringat pula aku peristiwa gilang gemilang bersama cikgu Asni dulu..

Waktu itu lebih kurang pukul lapan setengah pagi. Hari tu merupakan hari sabtu dan ada kelas STF (Skim tuisyen Felda). Janji kelas pukul lapan pagi tapi masih ramai lagi yang belum menampakkan batang hidung yang pesek itu. Cikgu Asni pun ajak pelajar-pelajar yang hadir lebih kurang dalam lima orang (termasuk aku) untuk ke pondok sekolah tepi bangunan sementara menunggu pelajar lain sampai.

"Rajin-rajinlah datang sekolah. Time sekolah nie la peluang kamu pakai baju seragam sekolah.. Lepas nie xda sudah". Kata cikgu Asni serius.

Dengan nada bergurau pula aku cakap, "kalau habis sekolah nanti pakai baju sekolah kan boleh lagi?" Soalanku itu disambut dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain. Cikgu Asni senyum mendengar soalan bodohku.

Time tu aku main cakap lepas ja dan ku tidak menyangka kebangangan ku itu memberi kesan pada hari ini. Tetiba rasa nak pakai baju sekolah pula. Oh no! Betul la kata cikgu Asni. Baru sekarang terasa sakitnya..

Gunakanlah masa persekolahan wahai adik-adikku sayang.


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

3 comments:

  1. Zaman persekolaham mmg zaman yg sgt indah.. penuh nostalgia & kdg kala timbul sayu bila teringat kembali.. :)

    ReplyDelete
  2. Yup..betul tu..kalau diberi peluang kedua, saya nak lalui zaman persekolahan semula..hehe

    ReplyDelete
  3. Betul tu Aniq. mmg zaman sekolah adalah zaman paling best..pakai baju seragam & byk kawan.. semuanya indah..masalah pun kurang...
    Ohhh Aniq X student SMK Umas kah?? :)

    ReplyDelete