Pergi Johor
Sebaik sahaja selesai solat jumaat, aku pun bersiap ke Stesen KTM Nilai untuk ke Bandar Tasik Selatan. Sesampainya di stesen KTM Nilai, tanpa berlengah aku terus membeli tiket dan menunggu di laluan train yang disediakan. Ramai yang duduk dan macam biasalah orang yang lambat sampai terpaksa berdiri termasuklah aku dan beberapa orang mak cik berbangsa india dekat situ.
Sementara menunggu train, aku pun bermain-main dengan sahabat baikku kamera Canon DSLR. Sedang aku melayan kamera tiba-tiba aku terpandang seorang gadis bertudung labuh hitam berdiri di balik tiang. Aku lihat bibirnya bergerak seolah-olah menyebut sesuatu dan dari gerak bibirnya itu aku dapat mengagak bahawa dia sedang membaca ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah. Ada lagi orang macam ini zaman sekarang. Dahlah comel, ingat Allah plak tu. :)
Lama juga aku perhatikan gadis itu sehingga sampai satu ketika dia perasan yang perilakunya itu diperhati. Dia jadi serba tak kena. Kejap tunduk, Kejap toleh kanan, kejap toleh kiri. Aku tahu dia tak selesa diperhatikan. Aku gelak besar dalam hati melihat situasi itu. Wkakaka (ketawa jahat) :D
Tak lama lepas tu train pun sampai. Gadis comel itu pun segera masuk dan aku pun turut masuk melalui pintu train yang sama. Dalam train plak, seperti drama-drama TV kebetulan aku duduk berhadapan dengan gadis comel tadi. Lagi tak tentu arah dia dan hatiku bersorak seronok melihat gadis itu semakin tak menentu.
Namun, dalam keseronokan itu, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang pelik sedang berlaku. Semua penumpang yang berada di situ melihatku. Aku dah mula merasa pelik. Apa yang telah aku buat?
Oppsss! 'Coach for ladies only'. Aku salah masuk coach rupanya. Oh no! Ini semua budak comel tu punya pasallah sampai aku tak perasan aku masuk coach 'gegirl'. Sampai di satu stesen, akupun mengambil inisiatif untuk beralih. Terasa plak diri ini menzalimi kaum yang lemah. :D
Sebenarnya aku nak pergi Segamat, untuk shoot satu majlis pertunangan. Nilai ke TBS, TBS ke Segamat. Perjalanan yang begitu memenatkan. Nasib baik jumpa awek comel, kurang sikit bebanan penat tu. :D
Bagi yang nak tengok gambar pertunangan boleh tengok kat sini --> Man & Linda @ Antz Pictures Studioz
Balik dari Johor
Selepas semuanya selesai, hari berikutnya aku pun balik semula ke Kuaters KLIA, Nilai rumah abang aku. Dari Segamat, aku ambil bas pukul enam petang dan sampai di Kuala Lumpur (TBS) dalam pukul 10.00 malam. Tanpa berlengah lagi aku terus membeli tiket KTM menuju ke Nilai.
kali ini aku lebih berwaspada. Partama sekali aku mencari di bahagian tepi train tulisan 'coach for ladies only' bagi megelakkan kejadian sebelum ini berulang. Alhamdulillah! pintu masuk aku kali ini tepat. Semua lelaki berada di dalam. Ya, lelaki!
Aku pun terus duduk selepas melihat kerusi kosong berdekatan dengan 'abang kaca mata' yang berbadan sasa. Seperti biasa, apabila duduk berseorangan, aku akan bermain dengan kamera kesayangan sementara abang kaca mata tu sibuk dengan bukunya. Malas nak kacau.
Sesampainya di stesen Batang Benar, aku pun menyimpan rapi kamera ke dalam beg sebab aku tahu sekejap lagi train akan sampai stesen Nilai. Sambil menunggu detik train berhenti, aku curi-curi pandang ke arah abang kaca mata disebelahku. Nak tahu apalah agaknya abang ni baca. Cerita Narutokah?
Subhanallah! aku tersentak. jangkaan aku silap, rupa-rupanya abang tu sedang membaca buku berkaitan dengan hadis-hadis nabi. Keadaan itu menyedarkan insan yang alpa ini. Sudah beberapa hari aku tak baca Al-Quran disebabkan sibuk dengan urusan dunia. Allahu rabbi. Melalui pengembaraan ini, Allah telah mempertemukan aku dengan dua insan penting agar aku semakin ingat pada-Nya.
Sementara menunggu train, aku pun bermain-main dengan sahabat baikku kamera Canon DSLR. Sedang aku melayan kamera tiba-tiba aku terpandang seorang gadis bertudung labuh hitam berdiri di balik tiang. Aku lihat bibirnya bergerak seolah-olah menyebut sesuatu dan dari gerak bibirnya itu aku dapat mengagak bahawa dia sedang membaca ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah. Ada lagi orang macam ini zaman sekarang. Dahlah comel, ingat Allah plak tu. :)
Gambar hiasan. Aku tak snap gambar gadis cute
tu takut kena penampar free dikhalayak ramai :D
tu takut kena penampar free dikhalayak ramai :D
Tak lama lepas tu train pun sampai. Gadis comel itu pun segera masuk dan aku pun turut masuk melalui pintu train yang sama. Dalam train plak, seperti drama-drama TV kebetulan aku duduk berhadapan dengan gadis comel tadi. Lagi tak tentu arah dia dan hatiku bersorak seronok melihat gadis itu semakin tak menentu.
Namun, dalam keseronokan itu, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang pelik sedang berlaku. Semua penumpang yang berada di situ melihatku. Aku dah mula merasa pelik. Apa yang telah aku buat?
Oppsss! 'Coach for ladies only'. Aku salah masuk coach rupanya. Oh no! Ini semua budak comel tu punya pasallah sampai aku tak perasan aku masuk coach 'gegirl'. Sampai di satu stesen, akupun mengambil inisiatif untuk beralih. Terasa plak diri ini menzalimi kaum yang lemah. :D
Coach for ladies only
Sebenarnya aku nak pergi Segamat, untuk shoot satu majlis pertunangan. Nilai ke TBS, TBS ke Segamat. Perjalanan yang begitu memenatkan. Nasib baik jumpa awek comel, kurang sikit bebanan penat tu. :D
Bagi yang nak tengok gambar pertunangan boleh tengok kat sini --> Man & Linda @ Antz Pictures Studioz
*****
Balik dari Johor
Selepas semuanya selesai, hari berikutnya aku pun balik semula ke Kuaters KLIA, Nilai rumah abang aku. Dari Segamat, aku ambil bas pukul enam petang dan sampai di Kuala Lumpur (TBS) dalam pukul 10.00 malam. Tanpa berlengah lagi aku terus membeli tiket KTM menuju ke Nilai.
kali ini aku lebih berwaspada. Partama sekali aku mencari di bahagian tepi train tulisan 'coach for ladies only' bagi megelakkan kejadian sebelum ini berulang. Alhamdulillah! pintu masuk aku kali ini tepat. Semua lelaki berada di dalam. Ya, lelaki!
Aku pun terus duduk selepas melihat kerusi kosong berdekatan dengan 'abang kaca mata' yang berbadan sasa. Seperti biasa, apabila duduk berseorangan, aku akan bermain dengan kamera kesayangan sementara abang kaca mata tu sibuk dengan bukunya. Malas nak kacau.
Sesampainya di stesen Batang Benar, aku pun menyimpan rapi kamera ke dalam beg sebab aku tahu sekejap lagi train akan sampai stesen Nilai. Sambil menunggu detik train berhenti, aku curi-curi pandang ke arah abang kaca mata disebelahku. Nak tahu apalah agaknya abang ni baca. Cerita Narutokah?
Subhanallah! aku tersentak. jangkaan aku silap, rupa-rupanya abang tu sedang membaca buku berkaitan dengan hadis-hadis nabi. Keadaan itu menyedarkan insan yang alpa ini. Sudah beberapa hari aku tak baca Al-Quran disebabkan sibuk dengan urusan dunia. Allahu rabbi. Melalui pengembaraan ini, Allah telah mempertemukan aku dengan dua insan penting agar aku semakin ingat pada-Nya.
Sebelah kanan tu abang kaca mata sedang membaca buku agama.
Untuk pengetahuan, inilah first time aku pergi Johor menaiki pengangkutan awam. memang tak tahu apa. Hanya berbekalkan handphone bertanya dengan member production yang telah pun berada di Johor. Apa-apa pun, aku tak mengeluh.
Satu catatan pengalaman indah yang aku dapat dengan di isi oleh budak comel bertudung hitam dan abang kaca mata yang berhati mulia.
Begitulah serba sedikit perjalanan hidupku sebagai 'Aku pengembara' dan terima kasih kerana sudi membaca coretan kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lembaran yang akan datang. :)

wah..luculaa pasal gadis comel tu..but both story of them memang deep. :)
ReplyDeleteEhem.. ehem.. Jgn sebut lg pasal budak comel tu.. Huhu. :D
DeleteTetapi serius, satu perjalanan yang membuatkan aku bermuhasabah diri ini..
kesian kat budak comel tu....aipppp sepatutnya kena "lower your gaze" bukan gelak jahat ish3 :P
ReplyDeletesampai salah masuk coach dah haa huhuhuhu
Tu la pasal.. macam mana la boleh x perasan... Wkakaka..
Deleteahaha.. ketawa bah baca ttg gadis comel tu.. smpai tersalah tempat duduk.. msti cute gilak kan Aniq...
ReplyDeleteAlhamdulillah. masih dipertemukan dgn org2 yg baik InsyaAllah.. yg di hati mrk sentiasa mengingati Allah...
Alhamdulillah kak..Bak kata kawan saya dulu, Apa yg berlaku disekeliling kita nie semuanya dengan kehendak Allah.. dan mungkin Allah bagi tgk dengan hambanya ini supaya lebih ingat padanya...
Deletehaa tu laa. usha lagi. hehe kan dah kena! ^^ lepas ni p cari budak comel tu kat belog tasneem. kot kot la jumpa :p
ReplyDeleteWaaaa, lucu sangat . Ingat abg kaca mata tu aku tapi semua tu dusta .wkk
ReplyDeletekenapa tak naik nilai ke seremban pastu ke segamat.macam mana lah boleh masuk tempat wanita..khusyuk sangat ni..haha
ReplyDeleteEm.. klo naik komuter dari nilai ke seremban... xdpt la jmpa budak shomel tu
DeleteX pernah naik KTM direct pegi seremban. Kalau dekat area KL tau la. x berani ambil risiko. :(
Deletehahaha...siapakan gadis comel tu??tu lah..lain kali tgok dulu sbelum msuk aniq =P
ReplyDeleteHahaha.. kena lg. Kekadang kalau duduk sorang2 ngt balik peristiwa tu boleh buat gua gelak sorang2.. Hehe
DeleteHamboi, hamboi, hamboi. kemain cerite pasal gadis comel tu. huhu. Alhamdulillah masih ada lagi orang seperti tu dalam dunia yang makin tua ini. Allahu alam ~ :)
ReplyDeletehaha...nasib baik ada lagi orang yang baik hati...Alhamdulillah
ReplyDeleteamboi penanggan budak comel sampai termasuk coach ladies ^_^ apa pon seronok baca entri nie
ReplyDeletekesian gadis comel tu jd xtentu arah..haha..seronok ye nak usha org kan dah kena..haha.. Suka baca kisah perjalanan ni..mesti tak sangka akan berjumpa dgn org2 mcm tu kan?
ReplyDeleteLucu bercampur sebak. Perjalanan hidup memang penuh warna warni kan Aniq ?
ReplyDeleteMoga sukcess terus bloggingnya.
amboi.. sempat lagi usha awek cun sampai masuk ladies coach.. susah nak jumpa gadis yang cantik dan baik seperti itu..
ReplyDeleteabang kaca mata tu pun 1 dalam 1000.. memang bertuah aniq dipertemukan dengan beliau.. sesungguhnya semua itu adalah perancangan Allah..
haha kn dh kena. :p
ReplyDeletenice story terbaik la
Hahaha, memang kelakar tapi ada sesuatu yang tersirat juga bila berjumpa dengan mereka itu. Setiap perkara bukan sia-sia.. :)
ReplyDeleteCN suka part masuk dlm lady coach..mmg comel! Btw..kenapa tak mntak no fon awek comel tu? Rugilah..hehe
ReplyDeleteSalam Kenal...
ReplyDeleteTu laaaaa...gatal sangat..hahaha
ReplyDeletehehehehhe..boleh salah masuk koc pulak yer aniq..
ReplyDeletesaya sukaaaa cerita nieee hehehehehhe =)
ReplyDeleteklo nilai tu mmg ramai bdk usim... :)lgi2 kt ktm nilai.. :)
ReplyDelete