Saya jarang sangat update pasal politik dalam facebook mahu pun blog
saya. Kali terakhir update pada bulan mei tahun lepas itu pun
mengenai keputusan Pilihan Raya Umum.
Bukan apa, takut ada yang salah tafsir mengenai statement saya. Al-maklumlah zaman sekarang nie semua benda nak dipolitikkan bak kata Sabri Yunus.
Tapi mengenai isu kangkung ini saya ambil bahagian untuk update disebabkan hampir seluruh rakyat malaysia bercerita pasal sayur kangkung nie. Hehe
Mesti ada yang tertanya macam mana kangkung ini boleh jadi trending kan? Ok, saya kongsikan kisah sayur yang semakin popular mengalahkan Syasa Solero dan Bobo ini. :D
Kangkung Jadi Trending!
SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.
Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.
Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.
"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.
Semalam Najib dipetik sebagai berkata:
"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.
"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.[Sumber]
Hah! Dah tahu kan macam mana kangkung nie boleh popular :D
Di bawah ini saya tinggalkan anda dengan gambar-gambar lawak kangkung yang mencuit hati. Mohon jangan politikkan perkongsian kali ini ok. Untuk suka-suka sahaja... Peace :D
Filem bakal meletop. Kangkung the movie. :D
Rokok versi kangkung hijau.. Hehe
Burger kangkung terbaru... :D
26 resepi kangkung panduan untuk semua...^_^
ekeke... terbaiklah penerangannya... Akak dulu dah pernah wat entri tentang kangkung. Tak sangka hr ni plak entri yg ntah hape2 tu meletup. Ramai dtg jenguk even tanpa komen. Sobar je lah... memang mengkangkungkan sungguh dok wat lawak tahap gaban mcmtu kat tpt mangsa banjir wat ape ek? kan dah jadi habuan gelak... Maaflah ahli2 politik kalo tersinggah ke sini n baca komen ambe nih... Ambe hr ni gelak sakan dek hashtag kangkung nih...
ReplyDeleteHahaha.. x pasal2 kangkung jadi femous.. :D
Deletehahaha ! mmg hot isu kangkung hari ni..sabo jela ;)
ReplyDeleteTu la pasal.. Bgn tdo je buka lappy cte pasal kangkung.. hehe
Deletesaya suka makan kangkung.. mungkin abe jibby pun suka kangkung.. hahahahaha...
ReplyDeletepadanlah kecoh si kangkung ni... begini ceritanya..
ReplyDeleteMentang-mentang lah kangkung dah turun harga semuanya boleh dijadikan resepi yer..haha
ReplyDeletehehehe..semalam pun naik heran juga bila semua update kangkung..ketinggalan betul akak ni aniq..gambar2 tu kelakar..
ReplyDeletelucu bila baca pasal kangkung ni..haha
ReplyDeleteahahha...ada2 jak kan Aniq.. adui! mmg trending kangkung ni..haha
ReplyDeletelawak betul isu kangkung ni.. hihi..
ReplyDeleteOoo baru tahu citer nya..tp gmbar2 tu mmg lawaks tp menarik.:D
ReplyDelete