Gambar KL dilanda salji? (kebaikannya untuk Malaysia) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Monday, January 27, 2014

Gambar KL dilanda salji? (kebaikannya untuk Malaysia)

KL dilanda salji?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu fenomena perubahan cuaca yang jarang-jarang berlaku di malaysia. Fenomena itu ialah fenomena suhu sejuk sehingga mencapai 17 darjah celcius. Suhu terendah yang pernah di catatkan di negara yang mengalami iklim khatulistiwa ini.

Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran? Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa.

Fenomena yang melanda beberapa negara yang selama ini tidak dilanda salji dipanggil ‘zaman ais mini’ yang berpunca daripada aktiviti matahari yang berada di tahap minimum. Ia menyebabkan tompok letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan matahari menyejuk.

Jadi, bagi mereka yang menyimpan impian untuk bermain salji di negara ini, anda mungkin boleh melupakannya [Sumber].

Kebaikan untuk Malaysia jika dilanda salji

Namun, cuba bayangkan apa agaknya yang berlaku jika negara kita Malaysia ini dilanda salji? Pertama, sudah semestinya Malaysia akan menjadi sejuk. Kedua pula kecenderungan untuk kita menutup aurat adalah tinggi. Susah nak faham kan? Ok, lihat status dan gambar dibawah..

Gambar KL dilanda salji. Oppsss! jangan marah saya, bukan saya yang edit :)
Kalau dah salji, mesti ramai yang akan keluar rumah dengan 'cover' kulit daripada terdedah kepada sejuk dan secara tak langsung aurat pun tertutup bak kata sahabat kita kat atas tu. Itulah antara kebaikan apabila Malaysia mengalami musim salji menurut status sahabat kita.

Agak pedas jugalah kenyataannya itu tetapi saya tidak menyalahkan dia atas status 'pedas'nya itu. Selepas difikir-fikir balik, apa yang dia cuba sampaikan itu ada benarnya.

Saya lebih suka untuk mengajak para pembaca tulisan kali ini untuk sama-sama kita bermuhasabah diri. Perubahan cuaca yang melanda kini adakah ia satu anugerah daripada yang maha Esa ataupun satu petanda bencana? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.. Wallau 'alam.. 

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

23 comments:

  1. Emm ada kebaikan gak salji ni ekk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebaikannya, kita akan cover aurat keluar rumah.. Huhu :)

      Delete
  2. boleh main salji free. tak perlu bayar mahal2 masuk icity. hehehe

    ReplyDelete
  3. betul juga ye, tetapi bila fikir sedalamnya, kita tak bersedia lagi untuk berdepan cuaca begitu, kesian anak-anak kita yang tak biasa.. janganlah minta bukan-bukan dengan Allah s.w.t, doa yang baik-baik cukup lah...

    ReplyDelete
  4. Klu salji betul2 turun mmg rahmat lah...hehe

    ReplyDelete
  5. Betul jugak kata2 tu..memang confirm tutup aurat.

    ReplyDelete
  6. salam aniq..

    samada ia mberi keburukan atau kebaikan Wallahu'alam..
    yg penting kita perlu sentiasa beringat..jgn terlalu leka..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, kalau ini yang terbaik turunkanlah salji di Malaysia...

    ReplyDelete
  8. ika tak minat nak kupas tentang isu "bencana" alam ni sume, sebab ika agak benci dan rimas dengan ramalan demi ramalan..hahaha...

    pada ika, Allah swt tu lebih Mengetahui...tak perlu laa kita nak ganti tugas Dia....bab menutup aurat tu, sepatutnya memang dah lama dibuat, bukan setakat nak tunggu waktu sejuk je....dan bukan untuk perempuan je, lelaki pun kena check diri juga, dah sempurna ke tutup aurat tu?? fikir2kan ;)

    ReplyDelete
  9. Dekat area aku pulak tengah kemarau sekarang .

    ReplyDelete
  10. Jom singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  11. dia punya sindiran tu bagus jg.bkn selalu kan?hehehe.tp cuaca sejuk ni sekejab jer smpai mac ni jer pun.apa pun sy sndri pun mmg harapkan cuaca kembali sejuk...macam dulul2..hehe

    ReplyDelete
  12. Doa yg baik2 cukup. Tak semestinya petanda bencana. Saya lebih memilih huraian saintifik di atas dari brrfikiran negetive.

    ReplyDelete
  13. Wahh ada manfaatnya juga salji JIKA turun di bumi Malaysia ^_^

    ReplyDelete
  14. mungkin ada juga baiknya tapi lebih kepada buruknya. Kita belum bersedia untuk salji, kesannya nanti pasti buruk. Bab menutup aurat tu, rasanya biarlah ikhlas menutup aurat bukan terpaksa hanya jika salji turun, habistu kalau panas, terdedah balik.

    ReplyDelete
  15. betol... mg ramai yg ttp aurat...tp jgnlh salji... ramai yg msok spital lak nnt

    ReplyDelete
  16. Allahu Akbar,... sama2 doakan agar pkara yg baik2 je... In Shaa Allah...prancangan Allah diluar pmikiran kita

    ReplyDelete
  17. Sekarang musim panas..cuaca semakin cerah :)

    ReplyDelete
  18. Bestnnyaa klau btul ada salji.. :)

    ReplyDelete
  19. kbaikan kpda smua xttumpu pda prmpuan jela kan :)

    ReplyDelete
  20. Betul ke gambar atas tu

    ReplyDelete