Aniq Bukhary Channel: Limkokwing


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Limkokwing. Show all posts
Showing posts with label Limkokwing. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Senarai ranking 18 universiti terbaik di Malaysia 2014

Senarai ranking universiti terbaik di Malaysia bagi tahun 2014 telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik 2014 ini telah disusun mengikut kajian yang dikeluarkan dengan terperinci oleh QS ASIA Top University Ranking.

Ranking 18 universiti terbaik di Malaysia 2014

Universiti Malaya (UM) telah disenaraikan oleh QS University Rankings sebagai IPT terbaik di Malaysia dengan meraih tempat ke 33 Universiti terbaik di Asia mengalahkan University Of Tsukuba. Di bawah ini merupakan senarai penuh ranking 18 universiti terbaik di Malaysia pada tahun 2014.

1) Universiti Malaya (UM)
2) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3) Universiti Sains Malaysia (USM)
4) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5) Universiti Putra Malaysia (UPM)
6) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8) Universiti Multimedia (MMU)
9) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
10) Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
11) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
12) Universiti Utara Malaysia (UUM)
13) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14) Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT)
15) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
17) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
18) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Petunjuk: Universiti awam, Universiti swasta

Senarai universiti terbaik di Malaysia 2014 ini dipilih berdasarkan beberapa faktor termasuklah sumbangan kertas projek (research), tahap kecermerlangan akademik, reputasi graduan-graduan yang dihasilkan yang sudah bekerjaya dan berdasarkan kemudahan fasiliti serta infrastruktur sesebuah universiti.

Universiti lain yang tidak tersenarai selepas UTAR bermakna universiti tersebut tidak termasuk dalam kalangan 300 universiti terbaik di asia. Tahniah buat universiti-universiti yang tersenarai termasuk Universiti Limkokwing tempat admin study itu.

Pautan 1, pautan 2

Tuesday, February 25, 2014

Antara study dan family?

Beberapa hari ini, aku begitu sibuk untuk semester baru ini. Minggu pendaftaranlah katakan. Macam-macam benda kena buat di samping bermacam-macam perasaan jugalah yang timbul. Gembira, semangat, sedih dan berat hati semua sekali masuk dalam satu pakej. :)

Gembira sebab dapat jumpa member selepas sekian lama tak jumpa. Sebulan lebih cuti mahu tak excited jumpa?

Semangat
sebab nak cipta satu kejutan untuk semester baru ini. Semester baru semangat baru. Semoga kali ini menjadilah semua perancangan.

Sedih sebab kediaman lama aku kat Desaria Villa tu tinggal aku dan beberapa orang saja yang tinggal. Pelajar lain dah tak stay situ. Serius sedih!

Berat hati
pula disebabkan terpaksa meninggalkan keluarga untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan ini.

Aku yang dulu bukan yang sekarang :)

Walaupun aku sudah biasa berjauhan dengan family sebelum ini tapi setiap kali sahaja masuk semester baru, mesti perasaan ini akan wujud. Namun dalam berat hati itu pun, langkah ini aku gagahi juga kerana perjuangan ini mesti diteruskan.

Salam sayang tak terhingga buat mak ayah di kampung. Family termasuk abang dan kakak yang turut banyak membantu, rakan-rakan seperjuangan, pembaca-pembaca setia yang tak jemu-jemu membaca, seterusnya para pembaca yang tak sengaja terbaca perkongsian dari blog AKU PENGEMBARA ini. ^_^

Rasanya cukup di sini sahaja dulu bebelan di petang hari ini. Aku tahu mesti anda yang menyampah mendengar ceritaku ini kan? :) Tapi apa boleh buat, aku terpaksa tulis juga mengenainya biar satu dunia tahu yang aku sedang bersedih.. Huhu :D

Akhir kata daripada insan kerdil ini, tell me if I am wrong, catch me when I am fall. Assalamualaikum

Thursday, January 23, 2014

Pesanan imam Syafie untuk kaum lelaki

Take note..

Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.


Empat perkara menajamkan mata..
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.

Sedikit perkongsian atas dasar "Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat". Semoga memberi manfaat untuk semua. Wallahu 'alam..

Friday, March 15, 2013

Peraduan teka benda untuk pelajar Limkokwing

Teka benda apakah ini??

Assalamualaikum semua. Minggu nie Aku pengembara tak dapat balik sepang disebabkan nak settlekan assignment yang berlambak hujung minggu nie. So disebabkan tak balik, Aku pengembara buatlah sedikit contest untuk pelajar-pelajar Limkokwing. Contest yang menawarkan hadiah top up RM5 ini terbuka kepada pelajar Limkokwing yang berminat sahaja (tiada paksaan). Sebenarnya contest nie lebih kepada menzahirkan rasa kesyukuran disebabkan bisnes T-shirt printing Aku pengembara maju setapak lagi dengan  kewujudan meja exposed printing yang baru tidak lama lagi^^ [Rujuk sini]. Ok, kita tinggalkan pasal bisnes tu dan sekarang berbalik kepada peraduan teka gambar yang julung-julung kalinya diadakan ini.. Lihat sedikit penerangan tentang peraduan dibawah.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

Syarat wajib

Like page facebook ini ---> http://www.facebook.com/BloggerMate

Syarat sunat (yang nie tak ikut pun xpe)
1. Tahan maki....
2. Sihat tubuh badan^^
3. Berperwatakan menarik^^
4. Follow Twitter ---> https://twitter.com/AniqBukhary (Follow bagi yang ada twitter)
5. Folow Blog ---> http://aniqbukhary.blogspot.com/ (Follow bagi yang ada blog)
6. Like page ---> http://www.facebook.com/YaAllahAmpunilahSegalaDosaDosaku
7. Like page ---> http://www.facebook.com/penseltumpul92

- Jawapan hendaklah dihantar ke email aniqbukhary@gmail.com bagi mengelakkan daripada jawapan anda ditiru. Setiap orang hanya dibenarkan memberikan satu jawapan sahaja dan tarikh tamat peraduan pada hari isnin ini setibanya Aku pengembara di Desaria Villa (tertakhluk pada perubahan)..

- Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat serta memenuhi syarat-syarat wajib pertandingan di atas. Sekiranya ramai yang memberikan jawapan dengan tepat maka Aku pengembara akan memilih peneka pertama yang memberikan jawapan dengan betul serta memenuhi syarat-syarat wajib.

- Sila tinggalkan komen dalam ruangan komen facebook dibawah bagi memudahkan Aku pengembara mendapatkan respon mengenai contest ini. kalau contest nie mendapat sambutan, kita akan buat lagi di hari-hari yang akan datang jika masa mengizinkan dan assignment tidak membebankan^^.. Senang bukan? So apa tunggu lagi, jom join!

Di sini Aku pengembara berikan sedikit pembayang bagi memudahkan anda mengenalpasti benda tersebut. Benda nie terdapat dalam gambar-gambar yang Aku pengembara pernah upload dalam blog nie dalam artikel yang lepas-lepas. Rujuk kembali gambar yang pernah saya upload dan di sana mungkin anda menemui jawapannya.

SELAMAT MENCUBA..^^

Thursday, February 28, 2013

Minggu pertama untuk semester baru (6 gambar)

Buku baru semester baru.. urusan pendaftaran dah selesai dan apa yang penting doakan yang terbaik untuk Aku pengembara ok.. Di sini, diselitkan sedikit suasana kampus dan member-member yang bermacam ragam dan telatah.. Mesti buzy lepas nie.. Aahhhh..!! lupakan semua tu, apa-apa pun jom layan pic nie ^^..

 
# Jumpa lagi member-member setelah 2 bulan semester break
(Seperti biasa Aku pengembara tiada dalam gambar ^^..)

# member-member seperjuangan yang sering bertukar-tukar pendapat. Kalau korang perasan, member sebelah kiri tu rakan blogger juga (Senior blogger) ^^..

 # Rakan foreigner yang sama-sama menuntut ilmu. mengikut perkiraan kasar, International student dalam 60% menuntut dekat University Limkokwing nie.. Macam-macam warna kulit.

# Bincang pasal apa tu? ^^

Kenal lagi tak orang dalam gambar nie? ^^..

# Subjek untuk semester nie. Semakin naik semester semakin advance plak. Semoga semester nie tiada lagi krisis dengan lecturer. Tak mau dah gaduh-gaduh.

Lain-lain tulisan berkaitan Limkokwing (Just klik tulisan di bawah)


Thursday, December 20, 2012

Misteri makhluk berkaki satu di blog B Desariavilla


Gambar misteri ini merupakan antara ribuan gambar yang masih lagi tersimpan rapi dalam memori DSLR Aku pengembara. Gambar yang bertarikh 3 april 2012 ini pada awalnya Aku pengembara istilahkan sebagai gambar 'sampah' dengan composition serta angle yang langsung tidak menarik. Namun gambar sampah itulah yang telah menggemparkan student Limkokwing dengan kehadiran makhluk berkaki satu. Gambar ini di'snap' secara kebetulan oleh Aku pengembara sendiri yang pada awalnya sekadar untuk menunjukkan kepada seorang member contoh element framming dalam fotografi. Secara spontan Aku pengembara pun menghalakan lensa kamera ke arah seorang wanita cantik yang sedang berjalan lenggang-lenggok menaiki tangga. Apa yang mengejutkan apabila sahaja gambar terpapar pada skrin kamera, kelihatan seorang wanita berkaki satu sedang mengekori seorang lelaki yang sedang membawa beg plastik (gambar di atas). Seram. Untuk megetahui kisah ini dengan lebih detail, bolehlah bertanya terus kepada rakan Aku pengembara, ABDUL HAFIZ yang kebetulan bersama saya melihat secara live kejadian yang penuh mendebarkan itu. I have no answer for this question..

Hal-hal demikian sememangnya biasa berlaku di mana-mana tempat termasuklah Desaria Villa, tempat kediaman student Limkokwing ini. Sebelum ini pun pernah berlaku satu kejadian bunuh diri terjun bangunan di bangunan blok B. Cukup tragis. Time tu Aku pengembara belum lagi tinggal di Desaria Villa nie. Nak bukti kisah tu boleh la klik sini ---> SINI.

Tak cukup dengan itu ada satu lagi kisah yang Aku alami sendiri sepanjang menetap di Desaria Villa tercinta ini. Kejadian nie berlaku pada tahun lepas time subuh, seperti biasa rutin harian apabila sahaja jam menunjukkan pukul 6 pagi, Aku dengan mood baru bangun tidur melangkah malas turun menuju ke surau. Rumahku tingkat 10, surau plak bawah sekali dekat dengan swimming pool. Fuh! menguji tahap kemalasan..hehe. Pagi tu beza dengan pagi-pagi yang lain. Suasana di luar koridor gelap. Tidak tahu siapa yang tutup lampu time-time begini. Dalam kesamaran cahaya bulan, Aku kuatkan langkah menuju ke arah lif yang berada di hujung bangunan dekat dengan bilik tempat sampah. Apabila sahaja pintu lif terbuka, Aku pun masuk namun yang menghairankan lampu dalam lif pun buat hal. berkelip-kelip lambat plak hidup. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Aku pun mula syak sesuatu. Jantungku mula berdebar-debar. Mata yang tadinya stim automatik segar. bulu roma plak meremang tak tentu pasal. Perjalanan lif dari tingkat sepuluh ke bawah begitu lama ku rasakan. Apabila sahaja pintu lif terbuka, Aku pun cepat-cepat keluar dengan harapan semua perasaan itu akan hilang.

Ingatkan ia sudah berakhir, namun ketika melalui lorong sunyi menuju ke surau, dalam suasana samar-samar Aku terlihat satu lembaga dengan rakus menggigit tengkuk seseorang. Aku tercengang. Jantungku berdegup kencang bagaikan sebuah gelanggang kuda. "Salamun ala sulaiman fil alamin" itu sahaja yang mampu Aku ucapkan seperti yang pernah diajar oleh seorang ustaz kepada ku apabila berhadapan situasi seperti itu. Aku tiada pilihan. Aku tarik nafas panjang-panjang dan kuatkan semangat meluru ke hadapan. Dalam jarak lebih kurang lima meter bentuk lembaga itu jelas kelihatan. Shit! rupa-rupanya sepasang kekasih sedang berasmara. Tak guna punya foriegner. Suspen Aku. Setelah menyedari kehadiran ku, adegan gigit-menggigit itu terhenti di situ. Aku yang lengkap berkain sarung itu pun berlalu sambil diperhatikan oleh mereka. Lemahnya iman. Hanya mampu melihat situasi itu di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.

Selain itu, ada satu lg kisah yang Aku pernah dengar dari senior-senior time baru masuk semester satu dulu. Tak tahu la kisah nie betul ke tak tapi yang pasti kisah nie heboh diperkatakan time tu. (kalau senior nie tipu, maknanya Aku pun tipu la). Senior tu cakap, ada seorang wanita penjual minyak wangi yang kerap kali berlegar-legar disekitar Desaria Villa condominium tersebut. Tiap hari tanpa rasa jemu dia menyapa student untuk menjual minyak wangi tersebut tapi yang anehnya tiada siapa pun yang mengenali wanita itu. Dikatakan wanita itu akan datang apabila menjelang malam dan menghilang apabila sahaja azan subuh berkumandang.. Wallahu alam...




Saturday, September 8, 2012

Kalau betul awak cintakan saya

Kenapa awak ikut saya?
Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak.
 
Location: Cyberjaya, Selangor
Camera maker: Canon EOS 550D
Aperture: f/9.5
Expeture time:1/60
ISO: 100

Thursday, August 2, 2012

Hubungan kita sehangat api

Minggu nie kelas foto Aku pengembara agak santai. My lecturer just bagi briefing subjek dan sedikit gambaran tentang perjalanan untuk semester kali ini. Semester nie begitu menguji fizikal dan mental disebabkan lecturer mencabar Aku pengembara dan rakan-rakan untuk mencari foreigner sebagai model untuk shoot fashion nanti. Dengan itu bermula la pencarian bakat-bakat baru Aku pengembara untuk dijadikan model nanti (^_^). Ok, di bawah ini merupakan satu contoh model yang pernah Aku pengembara Shoot beberapa tahun yang lepas dan telah diberikan nafas baru mengikut kehendak rakan-rakan yang inginkan sesuatu karya yang kreatif dan mantap. Kalau rasa best dan kena di hati, bolehlah tekan butang share di bawah post ini dan kalau x best plak, apa boleh buat laa.. Banyak benda lagi yang Aku pengembara belum belajar tentang editing nie.. So, apa tunggu lagi, jom layan karya gila Aku pengembara.


Aku pengembara: Karya seterusnya akan saya publish minggu hadapan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Thankz coz sudi jenguk karya gila ini dan sebarang cadangan bolehlah emailkan kepada saya di alamat yang tertera di atas. Akhir kata daripada saya, sebaris ayat ikhlas dari hati "PLEASE TEGUR AKU". Assalamualaikum...


Monday, July 23, 2012

Surat penting dari Desariavilla

Surat penting ini ditemui beberapa bulan yang lalu dan baru didedahkan kepada umum pada hari ini. Pemilik surat ini masih lagi menjadi misteri kerana surat yang ditemui di block B ini tiada sesiapa mengakuinya. Aku pengembara sendiri tertarik dengan surat ini dan merasakan ia sesuai untuk diletakkan dalam blog gila Aku pengembara nie.. Haha.. Apa-apa pun, jom layan surat nie dan mungkin anda adalah pemilik surat misteri ini..


*Inilah surat misteri tu. Hehe

*Kalau tak clear, boleh baca sini..

Aku pengembara: Thankz kerana sudi baca surat nie (^_^).


Tuesday, May 15, 2012

Lawak : Jurufoto yang pelik (9 photo)

Aku pengembara pernah terdengar orang cakap, "Hek elleh.. setakat nak tangkap gambar, aku pun boleh!". Aku pengembara pun pergi dekat dengan abang tu dan cakap dengan lembut, "Bang, photographer nie bukannya just TANGKAP GAMBAR, tetapi BUAT GAMBAR. Macam mana satu gambar yang dihasilkan itu mempunyai maksud dan memberi emosi kepada orang yang melihatnya. Kalau setakat tangkap gambar, adik saya yang kecil tu pun boleh". Walaupun agak kasar bahasa, tetapi itulah istilah dan pendapat peribadi Aku pengembara. Bersesuaian dengan itu, untuk menghasilkan satu gambar yang menarik dan mempunyai maksud, pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan oleh photographer untuk menghasilkan gambar yang betul-betul berkualiti. Tak percaya? Lihat di bawah ini..

Lihat teknik nie, Photographer yang posing lebih. Hehe..

Nie pula, salah satu contoh Profesional photographer in Malaysia.

 Lihat pula nie, bukan main fokus lagi abang dan kakak photographer nie.

Apa pula pendapat anda tentang gambar nie? Hehe..

'Teknik kangkang' yang jarang dilakukan oleh mana-mana photographer. :)

Salah satu contoh photographer yang kreatif.

Dengan gaya snap macam nie, memang gempak la hasil kerja
kakak photographer nie. :)

Yang nie pelik sikit. satu dalam seribu. Hahaha..

Yang nie pula, photographer yang mengancam.


Sumber diperolehi daripada google image dan DSLR Aku pengembara sendiri. Gambar-gambar di atas sekadar untuk menghilangkan stress disamping assignment yang berlambak. Tapi relax and cool la. Jangan layan sangat stress tu. Boleh jadi gila ooo.. Apepon, Hope enjoy this!


Monday, April 23, 2012

Gempak! Desaria Villa Puchong runtuh (11 photo)

Satu kejadian yang menggemparkan semua apabila bangunan Desaria Villa Condominium yang terletak di Puchong, Selangor runtuh baru-baru ini. Bangunan yang menempatkan lebih kurang seribu orang pelajar Universiti Limkokwing itu runtuh dan mengalami kerosakan teruk. Mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pada waktu kejadian semua pelajar sempat menyelamatkan diri masing-masing. Saya sempat meninjau tempat kejadian dengan beberapa rakan yang lain dan hasilnya beberapa foto mengerikan ini saya snap untuk tatapan anda.


*Desaria villa condominium sebelum kejadian

*Pandangan dari tepi Desaria villa sebelum berlakunya tragedi malang itu

*Desaria Villa yang tersergam indah tempat kediaman pelajar Limkokwing

*Angle yang menarik

*Plaza Desaria Villa

*Inilah gambar Desaria Villa selepas kejadian yang sempat diambil

 *Desaria Villa selepas kejadian

 *Desaria Villa selepas kejadian

 *Kesan kerosakan yang merisaukan ramai pihak

 
*Pandangan dari atas kerosakan yang berlaku

Aku pengembara: Tujuan asal gambar ini didedahkan sebenarnya adalah untuk menunjukkan kemahiran dalam penggunaan kamera DSLR. Saya cuba mempraktikkan fungsi auto dan manual focus yang terdapat dalam kamera setelah membuat research dalam beberapa hari nie dan hasil yang saya perolehi cukup menarik. Saya dapati terdapat tiga cara untuk mendapatkan hasil seperti di atas dengan cara yang mudah bagi orang-orang yang malas seperti saya. Haha.. Tapi kalau ada cara lain pun dialu-alukan untuk kongsi bersama dan kalau ada kekurangan boleh la tambah dan komen apa yang patut. Hal ini kerana kemahiran dalam fotografi merupakan satu benda yang subjektif dan tak cukup rasanya untuk saya terangkan pada entry kali ini. Apa-apa pun, bagi mereka yang teringin untuk melihat kerosakan tersebut di hadapan mata, boleh la datang terus ke bilik study yang ada tv besar kat Desaria tu. Kesan kerosakan tu masih ada lagi dan tidak terusik sikit pun... :)


Thursday, April 12, 2012

Kemasukan pelajar baru Limkokwing (14 photo)

 

Aku pengembara: Nie je la post yang sempat upload. Minggu nie busy la. Sibuk fikir pasal assignment, fikir pasal bisnes, hal2 rumah tangga lg sampai xda masa upload pic. Haha.. Tp untuk tidak menghampakan anda semua, inilah hadiah untuk anda. nak bagi cadbury, xda duit plak.. satu dua orang boleh la. Begini la tugas photographer. Tangkap gambar rajin, upload tu yang malas.. hehe. Kepada bdk2 foto dan bdk2 yg minat ngn foto atau bdk2 yg suka tgk foto, silalah komen.. Bukan komen pasal blog, tp komen hasil kerja seorang photographer yang x bertauliah nie.. hehehe



Tuesday, March 6, 2012

Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam

KL Gangster semakin menjadi-jadi..
 KL Gangster..
 
Hidup baru? hidup lama yang gemilang..

 
Sekarang gua kasi rehat lu cukup-cukup..

 Lu jangan cari pasal sama gua. nanti lu susah ma..

Ada orang kacau lu kat dalam? bagi tau gua biar gua belasah!

Lu panggil lu punya anjing-anjing pijak sama gua sekarang gua mau tengok!

Apa lu cerita. Lu cakap cantek sikit..

Kalau aku jadi taiko, kau apa hal!

Kalau gua tak kasi bapak lu muka, da lama gua sepak lu punya muka tau!

Aku pengembara; Hasil karya minggu ini mendedahkan karya yang dihasilkan dengan hanya menggunakan edit paint yang terdapat dalam komputer anda.. cara edit cukup mudah dan cepat bergantung pada komitmen dan minat anda. Minggu ini  Aku pengembara memilih tajuk dialog KL Gangster untuk tatapan anda.. sebelum itu, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menghasilkan karya ini.. Hope you enjoy!