Cameron Highland Aku datang (15 gambar) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, December 23, 2012

Cameron Highland Aku datang (15 gambar)

Cameron Highland merupakan salah satu tempat pelancongan yang begitu terkenal di Malaysia. Pusat peranginan tanah tinggi yang sejuk dan mendamaikan membuatkan siapa sahaja yang berkunjung pasti terpukau dan terpesona. Keunikan itulah yang membuatkan Aku pengembara rasa terpanggil untuk mengembara dan merasai sendiri keindahah Cameron Highland seperti yang diperkatakan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. So, untuk mencintainya Aku harus mengenalinya. Hahaha.. Sebelum Aku mencarut yang bukan-bukan lagi, jom layan pengembaraan dua hari yang menggamit memori ini. Cameron Highland aku datang!

Sebelum memulakan pengembaraan, macam biasa la check and setting kamera dulu (^_^)

Yang nie bukan Cameron Highland, tapi sebuah perkampungan orang asli yang di beri nama Lata Kinjang. Sebelum pergi Cameron hari tu sempat juga singgah snap beberapa gambar slow shutter sini.

Nie dia ujian sebelum sampai ke destinasi. Pening!

Semangat Cameron Highland. Naik kenderaan nie pun ada? Hehe..

Cactus point. Bagi penggemar-penggemar cactus.

Gambaran suasana di atas gunung yang sejuk dan dipenuhi kabus. Kalau kat Cameron nie aircond macam tiada function. Kereta pun x payah pakai aircond. Jimat.

Nak tahu tahap kesejukan Cameron nie. Tengok lantai tu terpaksa beralas selimut, kalau tak boleh beku kaki sampai ke tulang rusuk. Hehe. Kalau nak buang air terpaksa fikir dua tiga kali, sejuk woo..

Permandangan tesergam indah di hadapan hotel tempat Aku pengembara menginap. tenang dari kesibukan kota.

Semua ada di sini. Tea house, Strawbery point dan mushroom farm. Singgah la kalau berani. Hehe.

'Cameron dan strawbery' tidak dapat dipisahkan seperti juga 'strawbery dan wanita'. Memang tak dapat dipisahkan. Aku pengembara pun musykil kenapa perempuan nie suka strawbery, bukannya sedap pun. Hehe. Mohon penjelasan sikit?

Pengalaman first time masuk tempat strawbery ditanam. Begini la keadaan strawbery yang tak masak lagi.

Sayur oh sayur! Suasana di tanah tinggi Cameron nie macam suasana Kundasang di Sabah plak yang Aku pengembara pernah jejak dalam pengembaraan sebelum ini. Teringat kenangan di Kundasang. 

Singgah sekejap di ladang teh. Orang cakap pergi Cameron Highland nie kalau tak singgah ladang teh tak sempurna la percutian.

Tengok tu, bukan main lagi diaorang tu. Yang tua pun kalau dah sampai sini macam budak-budak.. Hehe. Tapi serius, memang seronok dan tenang bila sampai tempat nie.

Dalam keseronokan di ladang teh, lensa kamera tertarik plak dengan adik comel main dengan binatang nie. Comel kan?


Aku pengembara: Ada banyak lagi gambar tak sempat upload dalam blog nie. Makin banyak gambar, nanti pembaca pun menyampah tengok bukan? Tapi kalau terlintas hati nak tengok terutamanya member-member Aku pengembara, bolehlah melepaskan kerinduan anda dengan klik di sini ---> Cameron Highland aku datang!. Dalam seronok bercuti tu, ada pesanan dan persediaan penting yang harus kita buat sebelum sampai ke Cameron Highland nie. Bukan apa, menurut pengalaman, kita takut akan berlaku sesuatu yang tidak diingini sepanjang percutian.

Pertama sediakan wang yang mencukupi sebab banyak benda yang menarik dekat Cameron nie. Selain daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, dekat Cameron nie juga terdapat cenderamata yang menarik termasuklah kain dan T-shirt muslimah dengan design yang unik. Tertarik juga tengok semua tu walaupun Aku pengembara nie lelaki sampai terfikir juga nak beli, tapi tak tahu T-shirt tu nak bagi siapa..

Selain itu, saya nasihatkan kalau nak bercuti ke Cameron nie, carilah waktu yang sesuai. Jangan pergi time sabtu ahad sebab jalan menuju ke puncak sesak time nie. Menurut penduduk yang tinggal di situ, jalan menuju destinasi-destinasi menarik sebelum menuju puncak hanya satu jalan sahaja. So, semua orang melalui jalan yang sama lebih-lebih lagi time cuti sekolah. Bukan tak boleh, tapi pendapat peribadi saya, orang cakap kalau enjoy, biar enjoy yang betul-betul enjoy. Kalau pergi time sesak, sudah tentu la penat dan tention. Tak percaya? lihat nie ---> Memang sesak. apa-apa pun thanks kepada yang sudi mengikuti pengembaraan Aku pengembara kali ini.. Sekian untuk kali ini akhir kata, seperti biasa 'TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH' Assalamualaikum.....











TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

20 comments:

  1. Best nyee . kite dari dulu nak jejak Cameron tak dapat2 :P

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. best kan ada kamera sendiri. dapat amek pic mcm-3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Minat punya pasal Qanaah. Habes duit beli kamera nie.

      Delete
  3. pernah pergi dah ! best kan ? tapi kita pergi hotel dah full . tido dalam keta lah jawab nyer :D

    ReplyDelete
  4. Assalam Aniq.

    Wanita minat strawberi sbb buah tu cute kot. Pmpn kn cute ;) Hik3. Betul la buah tu bukan sdp pun walau luarnya cantik.

    Patutnya kena letak Bunga Ros dan Wanita. Ha ni betul2 sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Buah strawbery cute? kalau perempuan cute, percayalah.. hehe. Banyak benda lagi yang saya patut belajar tentang perempuan nie.. Yang terbaru saya belajar, perempuan ngn strawbery mempunyai satu persamaan iaitu 'CUTE'.. Heheh. Juz kidding.. Apepon thankz 4 ur comment..

      Delete
  5. pegi cameron utk hiking gunung brinchang..
    best~~~XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memori indah yang sukar untuk dilupakan.....

      Delete
  6. serius bro..aku jelez sgt skngni..wuah! blala aku dpt p sna~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelous tu la yg membuatkan azam semakin kuat... macam saya jg, tak jelous sangat kalau member-member saya jalan berdua-duaan dengan pasangan. Tapi kalau member saya pergi tempat-tempat menarik lebih dari saya, Sakitnya hati!!!

      Delete
  7. bestnyaaaaaaaaaa omg omg nk jugek strawberry yg segar tuh...nice pics btw !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kan betul.. Smua perempuan suka strawbery..

      Delete
  8. wahh behnyeeee p vacation jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala hilangkan tention cuti semester nie.. Apepon, thankz sudi komen.. :)

      Delete
  9. wahh,,, haritu bru p cameroon,, besh,,, anywy,, nice picture!

    ReplyDelete
  10. belalang biasanya akan singgah ke cameron highlands time on the way balik utara. biasanya naik pagi balik petang. last pegi tahun sudah :)

    ReplyDelete
  11. lamanya la tak gi jenjalan,, sadis sangat amat,, sob3,,, 172 itu saya,, :D

    ReplyDelete
  12. cam best je, kna pergi ni..

    ReplyDelete