Nasihat Bobo (Jangan pandang orang dari luaran) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, April 30, 2013

Nasihat Bobo (Jangan pandang orang dari luaran)


Siapa tidak kenal dengan insan istimewa yang bernama Bobo ini. beberapa bulan lepas dia telah menggemparkan kita semua apabila tampil berani di laman youtube dengan parodi lagu 'sayang' dendangan Shae. Pelbagai feedback yang diterima dari rakyat Malaysia, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menghentam dan menyampah tengok video tersebut termasuk penulis blog ini (jujur) ^^.

Namun malam ini tercetus plak idea untuk menulis mengenai Bobo ini disebabkan malam semalam banyak plak page yang kongsi pasal gambar Bobo ini (Gambar di bawah). Secara peribadi, saya sebenarnya tidak mengenali sangat pemilik nama Bobo melainkan satu video parodi sayang itu sahaja. Terus terang first time tengok video tu, memang menyampah sampai tahap nak baling laptop dalam kolam.. Hoho. Menyampah tapi tengok juga sampai habis ^^. Ada satu ketika tu saya terfikir sejenak, apa sebenarnya salah budak nie???

Saya teringat satu pesanan seorang rakan ketika kem kepimpinan beberapa tahun lepas, "Walaupun kita nie, pakai kopiah, pakai jubah dan selalu pegi masjid.. tetapi, ingat! jangan pernah sesekali kita merasakan diri kita nie exclusive dengan tidak berkawan dengan mereka yang tidak sependapat dengan kita. Kalau dia ada 99 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah kebaikannya itu. Begitu juga kalau kita merasakan kita ini ada 99 kebaikan dan 1 keburukan, maka pandanglah yang satu itu kerana dengannya kita akan sentiasa memperbaiki diri. Ada benarnya apa yang dikata.

Kata-kata itulah yang menjadi pegangan apabila berhadapan dengan member-member yang mempunyai pelbagai latar belakang. Sehingga saat dan detik ini, saya berkawan dengan semua jenis orang, tidak kira kawan yang bertatu seluruh badan, bertindik di telinga dan lidah, dan tidak ketinggalan juga kaki lepak dan kaki mabuk. Semua saya anggap kawan (Ini bukan cerita kosong). Tapi kalau nak ajak saya minum sekali, sorry to say la bro.. Belum masanya lagi.

Berbalik kepada cerita bobo. Disebabkan tidak mengenali dengan lebih rapat, saya cuba untuk mencari keistimewaan pemilik nama Bobo ini dan saya menemui jawapannya melalui gambar dibawah. Dalam berhibur dan bergelak ketawa ada juga nasihat agama yang Bobo nak sampaikan.. Walaupun gambar ini telah diedit oleh individu yang tidak dapat dikenal pasti identitinya, namun ia telah memberikan satu mesej dan ilmu yang bermanfaat menerusi perantaraan Bobo. Jangan asyik tengok video 'sayang' je, tengok juga mesej ini ^^. Tahniah kepada Bobo, dan tahniah kepada editor gambar ini.. Hehe. Enjoy "Rukun iman by Bobo".


Aku pengembara: Apa yang saya boleh ulas disini, walaupun bagaimana keadaan seseorang itu, kita janganlah cepat sangat menghukum. Siapa kita untuk menghukum orang? Ilmu kita tak setinggi mana, amalan pun tak sebanyak mana, so apa yang penting kita doakanlah yang terbaik untuk Bobo. Sekian terima kasih.

Assalamualaikum..



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

8 comments:

  1. mmm suka sy tgk pic atas tu.tu lbh baik dr pic gwiyomi yg gedik2 xfaham bahase ape dorang ckp..ehehe.ingat rukun tu lg bagus la kan?
    tp sy mmg setuju jugak sbb sy sndri pon nyampah dgn aksi dia tu..ehehe tp ada betulnya juga...jgn pndang luaran sj kan?mungkin ada ssuatu yg dia cuba sampaikan, cuma bezanya kite skrang ni suka dgr apa yg kita nak dengar sj.suka lihat apa yg kita nk lihat sj..ttapi tidak sebaliknya...itulah kita sekarang...
    undilah calon bebas...ehhh melalut pulak...haha :p

    ReplyDelete
  2. lisa baru tahu siapa bobo dalam minggu lepas rasanya..hehe... apapun, bagus jgk buat kiraan samapi 6 tu rukun iman... daripada gwiyomi kan... :)

    ReplyDelete
  3. kita dulu mula2 mmg tak terima bobo..
    jadi kita kena bersikap natural.
    sebab tak ada sesiapa minta jadi begitu dan begitu..
    gambar edit tu bagus..hehe..daripada gwiyomi

    ReplyDelete
  4. betul jangan cepat menghukum...kenali dulu...hehe..

    ReplyDelete
  5. dah dengar nama dia.. tapi ni kali pertama tgk pic dia.... hahahha xD jgn pndg luaran je.. :DD ngeee~

    ReplyDelete