21 fakta mengenai filem titanic yang tak masuk akal | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Monday, April 14, 2014

21 fakta mengenai filem titanic yang tak masuk akal

Tahukah anda apakah yang berlaku pada tarikh 14 april? Bagi sesiapa yang tidak tahu atau pun terlupa, hari ini merupakan hari ulang tahun tenggelamnya kapal titanic pada pagi ahad 14 april 1912 sebelum tenggelam sepenuhnya pada 2.20 pagi isnin 15 april 1912.

Peristiwa bersejarah ini berjaya menarik perhatian dunia sehinggakan tercetusnya idea untuk menerbitkan sebuah filem yang mengisahkan tentang tenggelamnya kapal titanic 1997 arahan James Cameron. Namun, hari ini saya bukan nak bercerita mengenai peristiwa 14 april itu, tetapi lebih daripada itu menyentuh kisah filem titanic yang pernah mencetuskan satu fenomena luar biasa kepada dunia perfileman.

Peminat filem Titanic mesti ingat babak ni kan?

Rasanya saya tak perlu mengulas panjang, tengok tajuk sahaja mesti ramai dah terbayang-bayang Jack dan Rose berpegangan tangan di atas kapal titanic bukan? Baiklah, kita terus kepada tajuk asal mengenai beberapa fakta yang begitu menarik mengenai pembikinan filem titanic yang memakan belanja sehingga AS$200 ini.
1. Pengarah "Titanic", James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.

2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.

3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.

4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.

5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.

6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.

7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.

8. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.

9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.

10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.

11. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.

12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.

13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.

14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.

15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.

16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.

17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.

18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.

19. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.

20. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.

21. Vcd filem titanic merupakan vcd pertama yang admin beli menggunakan duit poket sendiri dengan harga Rm17 (Mohon jangan gelak). Senyum je :)
Fakta ke-21 itu merupakan fakta benar walaupun menyimpang sedikit daripada tajuk (jangan marah). Ok, di bawah ini saya selitkan satu video animasi titanic yang mungkin dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan filem titanic ini (tontonan 18 tahun ke atas sahaja).

First time layan hari tu gelak guling-guling tengok video ni.

Pautan 1, Pautan 2

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

29 comments:

  1. best citer ni...kompem nangis la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. sampai skg cte nie masih ramai yg tgk sbb nak touching2 sikit.. hehe

      Delete
    2. dah banyak kali tgk la,..kat wayang je 2 hari berturut2 tgk cte ni,..hahah sedih tau,..hahahahah

      Delete
  2. taw cite tapi tak taw plak fakta2 nie..cite titanic best tapi sedih laa..lagu soundtrack dia my heart will go on tu pun sedey...huhuhu..

    ReplyDelete
  3. suka adegan titanic nak karam tu. kabut, huru hara semua.. huhhh takut. btw, video animasi tu buat ss gelak guling-guling la..kehkeh

    ReplyDelete
  4. cerita ni best..hehe..info menarik.. lgi yang dicarpio sensitif dgn air..ahaha..trauma la tu..

    ReplyDelete
  5. wahhh..ini trivia terbaik..satu2nya fakta yg eman tahu pasal titanic nih adalah kos pennggambaran lebih tinggi dr kos menghntar org ke bulan..bila baca entry nih tahulah sedikit sbnyak..nice entry ....
    errr....drama atau filem korea ta layan ke?

    ReplyDelete
  6. salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
  7. baru tahu fakta2 ni.. thanks di atas perkongsian.. lagu tema my heart will go on tu kenangan masa akak zaman sekolah dulu.. hehe.. masa tu form2..

    ReplyDelete
  8. ehe ni cerita yg sy tgk part last sekali setiap kali tayang..sbb panjang sangat :p

    ReplyDelete
  9. Ini adalah fakta yang saya tidak pernah tahu. Tq Aniq.

    ReplyDelete
  10. best citer ni.layan je.walaupon tahu setnya ala2 gitew.hihi

    ReplyDelete
  11. syahdu + feeling romantik la konon bile layan titanic ni.hehe

    ReplyDelete
  12. yup..memang citer yg best nih..
    erm faktah yg ke-21 tue plg real yah...hehe

    ReplyDelete
  13. baru plak kakak tahu ttg fakta ni..
    fakta 21 tu tiada kena mengena bah kan...ahhaha:p

    ReplyDelete
  14. keh2... u jump, i see.. hahahhah!! :p

    ReplyDelete
  15. salam. uhuhu paling suka filem titanic ni hihi
    btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  16. Baru tau ttg fakta ni.. Saya pun beli juga cd titanic tu hehee.. buat koleksi.. :D

    ReplyDelete
  17. Wahhh kosnya memang mahal ekk...emm suka gak tengok citer ni...

    ReplyDelete
  18. Nampak kesungguhan produksi dan pelakon memberikan yang terbaik didalam pembikinan filem ini.

    ReplyDelete
  19. :) minat gila cter ni.. best ooo..

    ReplyDelete
  20. banyak fakta yang menarik..ada antaranya puteri tak tahu. Tapi bila tengok filem titanic ni memang touching

    ReplyDelete
  21. Tak tengok sangat secara keseluruhan cerita ni.

    ReplyDelete
  22. namanya juga film pasti dibikin menarik

    ReplyDelete
  23. hebatlah penerangan ni..tqvm aniq.

    ReplyDelete
  24. Nice la perkongsian ni. Hehehe. Lawak plak video tu :DDD

    ReplyDelete
  25. "perkataan" jump jadi cukup popular selepas cerita ni..

    ReplyDelete