Sedar tak sedar, sekarang dah masuk pertengahan bulan syawal. Ish.. ish.. cepatnya masa berlalu. Puasa enam satu pun belum terlaksana lagi. Huhu. Baiklah, mungkin ada di antara anda yang tertunggu-tunggu kemunculan admin blog kesayangan ramai ini kan? Ngaku je la yang anda-anda semua rindukan admin selepas dua minggu menyepi (perasan jap). Ok malas nak intro panjang-panjang, jom kita mulakan kisah di sebalik syawal ini.
Seperti tahun-tahun yang sudah, pengisian syawal di kampung tidak sempurna jika tidak berkunjung ke rumah sanak saudara dan keluarga terdekat. Al maklumlah, setahun sekali bak kata orang tu. Cerita pasal perasaan memang tak dapat digambarkan keseronokan menghabiskan cuti raya di kampung. Family semuanya ramah-ramah belaka dan memang seronok tak terkira bertemu selepas beberapa lama tak bersua muka.
Disebalik keseronokan itu, ada benda serius yang membuatkan aku kekadang berfikir seketika walaupun ianya nampak seperti satu gurauan. Seperti diduga, family terutamanya abang besar (abang long) akan cuba pasang-pasangkan aku dengan gadis-gadis yang juga merupakan keluarga terdekat yang datang berkunjung ke rumah.
"Kau pilihlah yang mana satu kau mahu. Lepas kahwin, kau ambillah kereta avanza dekat bawah tu" Nada bergurau abang di sambut dengan gelak tawa kami semua yang berada diruang tamu. Hebat permainan abang besar nie, siap bagi offer kereta plak dengan aku. Mak yang ada di situ hanya tersenyum penuh makna melihat aku walaupun kami semua tahu abang selalu bergurau.
Merah padam aku tengok muka cousin aku mendengar gurauan abang. Malu letuw. Aku pun malu juga sebenarnya namun aku sembunyikan disebalik wajah machoku.. Keh3. (Cover dahhh..) :D
Untuk pengetahuan semua, kakak dan abang aku semua dah kahwin dan
itulah sebabnya aku menjadi tumpuan untuk dicarikan calon isteri
memandangkan aku adalah calon seterusnya mengikut urutan adik beradik.
Secara jujurnya aku sebenarnya tidak pernah menolak jika benar itulah yang dinamakan jodoh. Namun tak pernah terlintas pun di fikiran untuk mencari pasangan hidup daripada golongan keluarga terdekat. Aku belum terfikir lagi untuk menjadikan teman sepermainanku semasa kecik dulu sebagai pasangan hidup. Imposible.
Aahhh! lantaklah siapa dia. Apa yang pasti aku tetap berpegang dengan kata-kata yang aku pernah kongsikan dalam page Bloggermate satu ketika dulu, Sesuatu yang sudah ditakdirkan menjadi hak kita, tak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain. Aku percaya ini.
Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin juga ada diantara pembaca coretan kisah ini bakal menjadi jodohku? siapa tahu? Jodoh kan rahsia Allah. Tak kiralah family atau bukan, orang jauh atau orang dekat, Aku nak bagi tahu buat bakal insan istimewa yang tak tahu siapakah gerangan itu, Di mana dan siapa pun kamu, I LOVE U so much. jaga hatimu untukku dan aku akan jaga hatiku untukmu. :)
Aku pengembara: Album raya, in shaa Allah akan diupload dalam masa terdekat.
Seperti tahun-tahun yang sudah, pengisian syawal di kampung tidak sempurna jika tidak berkunjung ke rumah sanak saudara dan keluarga terdekat. Al maklumlah, setahun sekali bak kata orang tu. Cerita pasal perasaan memang tak dapat digambarkan keseronokan menghabiskan cuti raya di kampung. Family semuanya ramah-ramah belaka dan memang seronok tak terkira bertemu selepas beberapa lama tak bersua muka.
Gambar hiasan |
"Kau pilihlah yang mana satu kau mahu. Lepas kahwin, kau ambillah kereta avanza dekat bawah tu" Nada bergurau abang di sambut dengan gelak tawa kami semua yang berada diruang tamu. Hebat permainan abang besar nie, siap bagi offer kereta plak dengan aku. Mak yang ada di situ hanya tersenyum penuh makna melihat aku walaupun kami semua tahu abang selalu bergurau.
Merah padam aku tengok muka cousin aku mendengar gurauan abang. Malu letuw. Aku pun malu juga sebenarnya namun aku sembunyikan disebalik wajah machoku.. Keh3. (Cover dahhh..) :D
Siapakah gerangannya? |
Secara jujurnya aku sebenarnya tidak pernah menolak jika benar itulah yang dinamakan jodoh. Namun tak pernah terlintas pun di fikiran untuk mencari pasangan hidup daripada golongan keluarga terdekat. Aku belum terfikir lagi untuk menjadikan teman sepermainanku semasa kecik dulu sebagai pasangan hidup. Imposible.
Aahhh! lantaklah siapa dia. Apa yang pasti aku tetap berpegang dengan kata-kata yang aku pernah kongsikan dalam page Bloggermate satu ketika dulu, Sesuatu yang sudah ditakdirkan menjadi hak kita, tak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain. Aku percaya ini.
Jodoh itu rahsiah Allah |
~SEKIAN~
Aku pengembara: Album raya, in shaa Allah akan diupload dalam masa terdekat.
mcm best je kawin n cousin sndri.. :)
ReplyDeletex nak la kawen cousin sndri.. dah macam adik beradik kak
Deletetak pernah terfikir untuk kahwin dengan cousin yang akak dah anggap seperti abang kandung.. tapi kalau dah jodoh tu apa boleh buat, terima je la kot..
ReplyDeletetu la pasal kak.. x nak la keluarga terdekat. biar yg jauh2 sikit :)
DeleteJodoh yang hampir dengan family sendiri ni, kelebihannya adalah perkenalan menjadi lebih mudah. Tambahan pula, kita pun rasa takda la janggal sangat dengan mertua sebab dah kenal lama berbanding dengan jodoh dengan orang yang jauh ni.
ReplyDeleteJodoh ini tak kira dekat atau jauh :) kalau dah itu takdirnya maka raihnya dengan hati gembira.. insyaAllah aniq akan jumpe perempuan yang baik untuk kamu :)
ReplyDeleteehem..moga bertemu jodoh yang sesuai...
ReplyDeletejodoh tu rahsia Allah..kdgkala dengan seseorang yg tak pernah kite sangka mahupun suka tula yg jd pasangan hidup kite nnt..apepun..slmt bertemu jodoh ye ..hihi~..:)
ReplyDeleteKadang2 yang kita tak sangka dan tak nak sangat tu lah yang menjadi...kan jodoh tu rahsia Allah...
ReplyDeleteatau buat jer solat istiqarah...mintak petunjuk NYA... lepas tu berserah..
aah, time balik kampung aritu pun ada jer sedara2 yg try 'kenen2' kan...
ReplyDeletetp sy anggaap sbg gurauan jer...
betul 2..kdg2 terfikir jga, siapa jdoh ambe yg sbnarnya =) tp smua 2 rhsia Allah
ReplyDeletedekat atau jauh semua itu adalah ketentuan Allah, kita manusia belajar lah menerima.. ada hikamh di sebalik itu semua... :)
ReplyDeletehihihi..tgk2 jodoh Aniq teman sepermainan masa kecil dulu..mana tau, masa kecil main pondok2, main khawin2...hehe..
ReplyDeleteapapun btl tu..jodoh rahsia Allah..:)
bagus2..salinglah menjaga hati masing2 utk yg halal ^_^
ReplyDeletein shaa allah sampai masa, sampai lah jodoh aniq.
ReplyDelete:-)
amin..moga hari tu tiba..dengan siapa pn orgnya kan.. :))
ReplyDeleteada baik dan buruk berkawin dengan keluarga sendiri tapi kalo dah jodoh terima je lah ^_^
ReplyDeleteDalam hidup tidak ada yang imposible dik.
ReplyDeleteSatu perkara aja yang 'imposible'....imposible kita semua hidup menongkat langit - itu saja. Mudah-mudahan Aniq dapat jodoh terbaik ya.
jika itu yang terbaik, kita terima aje la
ReplyDeleteinsyaAllah.. kalau dah jodoh xkemana.. sesungguhNya Allah perancang y terbaik utk kita... =)
ReplyDeletekalau dah jdoh nk kata ape mgkin de hikmah dsabliknya :) pilihan org tua dn restu dr dorg adalah yg tbaik tuk kita :)
ReplyDeletehahaha ayat last tu yg best tu..pinjam kate2 hikmat tu boleh?menusuk tu.... :)
ReplyDeleteAmbek je, x yah pinjam.. Hahaha :D
Deleteeceh//ceh..sme la kita.magsa jugak.=)
ReplyDeleteWoo...weewit...
ReplyDeletejgn kasi lama.........
ReplyDelete