Kisah photographer part time dan aiskrim drumstick | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Saturday, September 14, 2013

Kisah photographer part time dan aiskrim drumstick

Hari ini aku nak bercerita mengenai hitam putih kehidupanku sebagai student juga merangkap jurufoto part time. Bagi mereka yang dah friend dengan aku dalam laman muka buku tu maybe dah tahu la kisah nie. Tapi aku nak kongsikan juga kisah nie dalam blog sebab inilah event terakhirku di bumi Sabah pada tahun 2013 (Mood sedih). :(

Baiklah, malas nak celoteh panjang, tanpa berlengah lagi aku persembahkan kepada anda kisah Event terakhirku di bumi Sabah. Mohon jangan gelak :)

Abaikan gambar :)

Dipendekkan cerita..

Sebaik sahaja event rumah terbuka seluruh Felda bahagian Tawau berakhir, aku pun mencari lokasi strategik untuk berehat mengesat peluh.

Ketika sedang berehat, tiba-tiba seorang budak lelaki yang lengkap berbaju melayu ungu berlari-lari menghampiri aku,

"Bang, nie aiskrim" Sambil menghulurkan aiskrim drumstick berwarna coklat.

"aiskrim? Untuk apa nie dek?" Soalku kebingungan melihat telatah budak lelaki umur dalam lingkungan 5 tahun itu.

"kakak tu bagi". Sambil menunjuk kearah sekumpulan gadis-gadis comel.

"Tak payah la dek, bagi tahu dengan kakak tu saya tak makan aiskrim". (Tak nak buruk gigi)

"Ambillah bang. Kakak tu cakap terima kasih sebab ambil gambar tadi".

Aku tergelak kecil mendengar jawapan adik kecil itu. Melihat wajahnya yang datang dengan penuh pengharapan, aku pun ambil aiskrim tu meskipun aku tak pasti awek mana yang bagi.

Dah memang tugas aku seperti di mana-mana evant rasmi sebelum nie, aku akan snap seberapa banyak gambar menarik dan terbaik. Tak sangka plak gelagatku ku mengundang drumstick coklat yang manis. :D

--------------End of the story------------

Moral of the story: Kalau nak dapat aiskrim free, tangkaplah gambar banyak-banyak.. Hehehe :D


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

19 comments:

  1. Okay, dah tergelak, best jugak dapat something from stranger. Tp jgn dlm makanan tu ada 'something' lain pulak sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Lepas makan ais krim tu still normal lg.. Hehe

      Delete
    2. Kak? Merujuk kpd sapa tu?

      Delete
    3. Ngt akak.. Adik sweet twenty.. hehe. :)

      Delete
  2. lawa gambar.itam putih pun kalau kena gaya mmg terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan puji lebih2 bro. Nanti makin kembang plak.. Huhu :D

      Delete
    2. haha sy lupa nk cakap..kalau sy lah mesti mintak no tepon skali..rugi woooo awek belanja aiskrim tp xde no tepon...ehehe :)

      Delete
    3. Maybe awek tu selit kat kulit aiskrim tu bro. Tu la x nampak. Hahaha

      Delete
  3. untung la awek comel bagi aiskrim free.. menarik juga kerja part time sebab photoghrapher ni aniq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru akak perasan.. typo *sebab=sebagai

      Delete
    2. Patutlah mcm x sampai je.. Hehe.
      Seriously mmg best jadi photographer nie.. for me la.. :)

      Delete
    3. lepas ni boleh la aniq buka kelas untuk newbie.. ramai yang berminat, tapi tak tahu nak bermula..

      Delete
  4. hehehe..untung la aniq...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah rezeki tu ,untunglah ada juga orang nak bagi rezeki :)

    ReplyDelete
  6. salam..

    wahh untungla..ade org blnje askem..bkn senang tuu ^,^

    ReplyDelete
  7. Oklah tu Aniq, ada orang belanja. Aweks pulak tu, bukan senang tau. Tandanya kerja Aniq dihargai :-)

    ReplyDelete
  8. he3..ada peminat misteri tu =) alhamdulillah kan..masih ada yg menghargai..kengan semua 2

    ReplyDelete
  9. Untunglah orang tu dapat aiskrim Drumstick. Pernah sekali je orang bagi makanan, itu pon client yang dulunya kami pernah hampir berperang mulut waktu nak educate him about our supplements. Akhirnya ambil juga untuk kesihatan diri. Dia datang balik ke tempat kerja and brought us junk foods with thank you. You see, I still believe in humanity.

    Nisa'

    ReplyDelete
  10. perghh....awek bg tu aniq...rugi xamik...heheee

    ReplyDelete