Kisah seorang tahanan akhir ISA | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, January 7, 2014

Kisah seorang tahanan akhir ISA

TAIPING - Bekas tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan tempoh dua tahun 'disumbat' di dalam pusat tahanan telah membuka mata mereka untuk lebih menghargai kehidupan dan konsep kebebasan yang sebelum ini hanya dipandang 'enteng'.

Dua daripada enam bekas tahanan yang ditemui Bernama dalam sesi temubual khas malam tadi, juga mengakui pelbagai pengalaman dan pelajaran berguna yang diperoleh di sebalik tembok batu itu turut memperkukuh azam mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik apabila melangkah keluar, dari tempat itu hari ini.

"Pengajaran sepanjang dua tahun ini, kita gunakan masa yang ada pada hari ini sebaik-baiknya kerana kita tidak tahu sama ada esok kita hidup atau tidak.


Hari ini adalah kenyataan," katanya penuh makna ketika ditemubual  Bernama di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, di sini malam tadi.

Beliau yang mendiami sel nombor 1, Blok B di situ turut menepis dakwaan sesetengah pihak mengenai penderaan terhadap banduan di pusat berkenaan, sebaliknya mengakui menerima layanan baik sepanjang ditempatkan di situ.

"Kakitangan di sini menunaikan amanah dengan cemerlang menjaga kami, layanan baik dan sabar mereka terhadap sikap penentangan tahanan yang bukan dituju kepada kakitangan di sini sebenarnya.

"Jika ada yang dakwa berlaku penderaan di sini, ia adalah satu penipuan," katanya yang pernah menjadi tukang masak di pusat tahanan itu.

Katanya, soal tertekan juga tidak timbul kerana sepanjang menjalani hukuman di pusat berkenaan mereka tidak pernah disekat daripada bertemu anggota keluarga mahupun untuk berhubung melalui telefon.

Bakar yang berhasrat meneruskan perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang terbantut sejak penahanannya pada 15 Nov 2011 itu juga menghargai peluang mendalami ilmu agama malah pernah mengamalkan ibadah puasa Nabi Daud A.S serta mengkhatam al-Quran sebanyak dua kali sebulan.[Petikan akhbar]

Aku pengembara: Cikgu Bakar merupakan cikgu yang pernah mengajar saya tingkatan 2 di SMK Umas-Umas Tawau. Seriously saya tidak tahu menahu pun pasal cikgu Bakar kena tahan di bawah ISA sehinggalah saya terbaca paper BH 4 januari lalu. 

Menyentuh peribadi cikgu Bakar, dia merupakan antara cikgu yang saya respect kerana sifat penyabar beliau. Beliau tak pernah marah walaupun kami anak muridnya selalu buat hal. Teguran hikmah. Satu lagi yang menarik pasal cikgu Bakar, beberapa minit sebelum menamatkan pembelajaran, beliau akan menasihatkan kami dengan pesanan-pesanan agama agar kami menjadi pelajar yang berguna. Terima kasih cikgu!

Selamat kembali ke pangkuan keluarga...

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

5 comments:

  1. ohh bekas guru Aniq ya... Alhamdulillah sudah dibebaskan..moga selepas ini hidup mrk lebih aman & bahagia bersama keluarga..:)

    ReplyDelete
  2. ada juga baca kisah tahanan ISA nie...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. selamat kembali kepangkuan keluarga. Semoga beroleh kehidupan yg berjaya & diberkati di dunia & akhirat.. aamiin..

    ReplyDelete
  4. Boleh lah melepas rindu pada keluarga yang tercinta setelah lama terbuku...

    ReplyDelete