Aniq Bukhary Channel


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, June 8, 2014

Senarai penuh perpindahan pemain EPL 2014/2015

This information collected from other sources such as newspapers, blogs and other social sites. For your information, this article will be updated constantly by rumours until the player joining a new team. Symbol (Signed) will be placed by the name of the player who has signed a contract with a team.

Fabregas to Chelsea
ARSENAL
Mathieu Debuchy (Newcastle Utd) Signed
Calum Chambers (Southampton) Signed
Alexis Sanchez (Barcelona) Signed
David Ospina (Nice) Signed
Danny Welbeck (Man. United) Signed

CHELSEA
Diego Costa (Atletico Madrid) Signed
Cesc Fabregas (Barcelona) Signed
Filipe Luis (Atletico Madrid) Signed
Dedier Drogba (Galatasaray) Signed
Loic Remy (QPR) Signed

MANCHESTER UNITED
Luke Shaw (Southampton) Signed
Ander Herrera (Athletic Bilbao) Signed
Marcos Rojo (Sporting) Signed
Angel Di Maria (Real Madrid) Signed
Daley Blind (Ajax Amsterdam) Signed
Radamel Falcao (AS Monaco) Signed

LIVERPOOL
Rickie Lambert (Southampton) Signed
Dejan Lovren (Southampton) Signed
Adam Lallana (Southampton) Signed
Emre Can (Bayern Liverkusen) Signed
Javier Manquillo (Athletico Madrid) Signed
Alberto Moreno (Sevilla) Signed
Mario Balotelli (Ac Milan) Signed
Divock Origi (Lille) Signed

MANCHESTER CITY
Frank Lampard (New York Fc) Loan
Bacary Sagna (Arsenal) Signed
Fernando (FC Porto) Signed
Eliaquim mangala (FC Porto) Signed
Bruno Zuculini (Racing Club) Signed
Willy Caballero (Malaga) Signed

TOTTENHAM HOTSPER
Michel Vorm (Swansea) Signed
Ben Davies (Swansea) Signed
Jay Rodriguez (Southampton) Signed
Morgan Schneiderlin (Southampton) Signed

NEWCASTLE UNITED

Facundo Feyrerra (Shaktar Doneskt) Signed

EVERTON
Romelu Lukaku (Chelsea) Signed
Samuel Eto'o (Chelsea) Signed
Christian Atsu (Chelsea) Signed

WEST HAM
Carl Jekinson (Arsenal) Signed
Morgan Amalfitano (Marseille) Signed

SOUTHAMPTON
Ryan Bertrand (Chelsea) Signed
Fraser Forster (Celtic) Signed
Shane Long (Hull City) Signed
Toby Alderweireld (Athletico Madrid) Signed

QUEEN PARK RANGERS
Rio Ferdinand (Man. United) Signed
Steven Caulker (Cardiff City) Signed
Jordon Mutch (Cardif City) Signed
Mauricio Isla (Juventus) Signed
Leroy Fer (Norwich City) Signed
Eduardo Vargas (Napoli) Signed
Sandro (Tottenham) Signed
Nico Kranjcar (Kyiv) Signed

Other football clubs

BARCELONA
Ter Stegen (Borussia Mönchengladbach) Signed
Luis Suarez (Liverpool) Signed
Jeremy Mathieu (Valencia) Signed
Ivan Rakitic (Sevilla) Signed
Thomas Varmaelen (Arsenal) Signed

REAL MADRID
Keylor Navas (Levante) Signed
James Rodriguez (AS Monaco) Signed
Toni Kroos (Bayern Munich) Signed
Javier Hernandez (Man. United) Signed

ATHLETICO MADRID
Antoine Griezmann (Real Sociedad) Signed
Mario Mandzukic (Bayern Munich) Signed
Cristian Asaldi (Zenit St. Petersburg) Signed
Raul Jimenez (America) Signed

VALENCIA
Alvaro Negredo (Man. City) Signed

BAYERN MUNICH
Pepe Reina (Napoli) Signed
Mehdi Benatia (AS Roma) Signed
Xavi Alonso (Real Madrid) Signed

DORDMUND
Shinji Kagawa (Man. United) Signed

JUVENTUS
Patrick Evra (Man. Utd) Signed
Alvaro Morata (Real Madrid) Signed
Valerio Rosseti (Ac Siena) Signed

INTER MILAN
Nemaja Vidic (Man. United) Signed
Pablo Osvaldo (Southampton) Signed
Gary Medel (Cardiff City) Signed

AC MILAN
Alex (PSG) Signed
Adel Taarabt (QPR) Signed
Diego Lopez (Real Madrid) Signed
Fernando Torres (Chelsea) Signed
Marco Van Ginkel (Chelsea) Signed

AS ROMA
Ashley Cole (Chelsea) Signed

NAPOLI
De Guzman (Villarreal) Signed
Michu (Swansea) Signed

FIORENTINA
Marko Marin (Chelsea) Signed

PARIS SAINT GERMAIN (PSG)
David Luiz (Chelsea) Signed

AS MONACO
Dimitar Berbatov (Fulham) Signed
Maarten Stekelenburg (Fulham) Signed

BORDEAUX
Diego Contento (Bayern Munich) Signed

OLYMPIACOS
Ibrahim Afellay (Barcelona) Signed

FC PORTO
Adrian Lopez (Athletico Madrid) Signed

NEW YORK FC
David Villa (Athletico Madrid) Signed

SANTOS
Robinho (AC Milan) Signed

Aku pengembara: Segala isi kandungan yang terdapat dalam artikel ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa sehinggalah tarikh tutup perpindahan pemain diumumkan. Untuk pengetahuan, tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru. Terima kasih.

Sunday, May 25, 2014

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013


Berikut merupakan senarai calon seterusnya pemenang bagi anugerah bintang popular berita harian 2013. Tulisan yang bewarna merah merupakan pemenang bagi kategori yang disenaraikan.

Penyanyi Lelaki Popular
1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular
1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Artis Baru Lelaki Popular
1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

Finalis Kategori Online ABPBH 2013

Artis Lelaki Stailo
1. Adi Putra
2. Awal Ashaari
3. Karl Shafek
4. Nazim Othman
5. Shaheizy Sam

Artis Wanita Stailo
1. Fazura
2. Mizz Nina
3. Scha Alyahya
4. Yana Samsudin
5. Ziana Zain

Gandingan Serasi Di Layar
1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
2. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
3. Azlee Khairi & Zara Zya
4. Zizan Razak & Siti Saleha
5. Izzue Islam & Tiz Zaqyah

Watak Jahat Dalam Filem/Drama Popular
1. Datuk Rosyam Nor
2. Hanez Suraya
3. Izreen Azminda
4. Nabila Huda
5. Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Nora Danish
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Chef Selebriti Paling Popular
1. Chef Amran
2. Chef Anis Nabilah
3. Chef Nik Michael Imran
4. Chef Sherson Lian
5. Chef Wan

Aksi Di Youtube Paling Popular
1. Parodi Sayang (Bobo)
2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
3. Anak Tomok OIAM merajuk (Tomok)
4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
5. Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
- Dato’ Rahim Razali

Bintang paling popular ABPBH 2013
- Aaron Aziz

Sumber: abpbh.com.my / Facebook ABPBH

Friday, May 23, 2014

55 amalan sunnah Rasulullah s.a.w


Berikut merupakan amalan-amalan sunnah Rasulullah s.a.w:

1. JAGA PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Semoga bermanfaat buat kita semua terutama diri penulis..

Saturday, May 17, 2014

'T-shirt I am' menjadi satu fenomena baru

Assalamualaikum semua. Apa khabar saudara, saudari, pak cik, mak cik, dan adik-adik yang sedang membaca perkongsian kali ini? Tahniah saya ucapkan kerana sampai ke halaman ini dan saya yakin anda yang sedang membaca ini sebenarnya pengguna serta peminat-peminat t-shirt bukan?

Baiklah, tanpa berlengah lagi malam ini saya nak bercerita pasal design t-shirt yang semakin hangat kini iaitu t-shirt I am Nikon (Nikon tukar nama sendiri). Sejak kebelakangan ini Teratak Aniq Bukhary sering mendapat mesej daripada costumer untuk design I am Nikon ini mengatasi design-design lain.

Gambar tempahan costumer minggu lepas.
Anda berminat? Jangan bimbang anda juga boleh memiliki t-shirt I am Nikon dengan nama anda sendiri. Jangan malu dan jangan segan hubungi kami dengan segera kerana sehelai pun kami terima dan terus pos ke halaman rumah anda (Free postage). Diskaun? Sudah tentu ada. Kami akan memberikan diskaun kepada customer kami yang membuat tempahan yang banyak.

Kalau setakat puluhah helai tempahan, saya sendiri akan settlekan dekat hostel beberapa hari sahaja tanpa mengharapkan pekerja. Namun apabila menjejak ratusan helai maka kedai dekat Beranang, Semenyih akan diguna pakai untuk menyiapkan tempahan-tempahan tersebut.

Gambar disebalik tabir pembikinan t-shirt secara manual. Gambar ini sebenarnya penting bagi membuktikan kepada costumer bahawa tempahan mereka sedang diproses. Kebiasaannya gambar sebegini kami tidak akan paparkan secara umum tetapi untuk tidak menghampakan pembaca setia blog Aku pengembara, gambar ini kami paparkan juga. Mohon jangan tekan right klik then save gambar ini ok. Mak marah. :D

MEREKA SUDAH! ANDA BILA LAGI? 

Maklumat tempahan bolehlah hubungi:
☎ 014-5504453 (panggilan di luar waktu kelas)
✉ 014-5504453 (Mesej 24 jam)
✉ aniqbukhary@gmail.com
FB Teratak Aniq Bukhary

Friday, May 16, 2014

Sampaikan salamku pada insan cekal ini

Siapa insan cekal itu? Mereka ialah guru-guru yang pernah mendidik diri ini. Bacalah perkongsian ini dengan hati yang tenang dan tulus ikhlas. Ketahuilah insan-insan ini merupakan insan mulia di muka bumi kerana tanpa mereka kita tidak akan berdiri dimana kita berdiri sekarang ini. Namun berbeza pula dengan pandangan sesetengah masyarakat yang memandang sinis kerjaya seorang guru.

Gambar ihsan google, cikgu Fatin
Mesti ada dalam kalangan masyarakat yang mengatakan kerja cikgu ini senang, kerja sikit dan cuti banyak bukan? Tetapi tahukah kita profesion seorang guru ini tidak semudah yang kita sangkakan kerana kerja mereka mencakupi pelbagai aspek.

Masa budak sakit, cikgu jadi DOKTOR.
Masa ceramah, cikgu jadi MOTIVATOR.
Masa kutip yuran, cikgu jadi AKAUNTAN.
Masa aktiviti Kemahiran Hidup, cikgu jadi PETANI.
Masa pertandingan bola, cikgu jadi REFEREE.
Masa merentas desa, cikgu jadi POLIS TRAFIK.
Masa bertanding acara sukan, cikgu jadi JURULATIH.
Masa menghias kelas, cikgu jadi ERIC LEONG.
Masa persembahan hari guru, cikgu jadi KOMPOSER.
Masa budak muntah dalam kelas, cikgu jadi TUKANG CUCI.
Masa budak mencuri, cikgu jadi DETEKTIF.
Masa budak buat persembahan, cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Masa perkhemahan, cikgu jadi TENTERA.
Masa hari Guru, cikgu jadi PENYANYI.
Masa masuk waktu solat, cikgu jadi TOK IMAM.
Masa parents ambil lambat, cikgu jadi BABY SITTER.
Masa budak bergaduh, cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH.
Masa budak sakit, cikgu jadi PEMANDU AMBULANS.
Masa budak sedih, cikgu jadi PELAWAK.


Selamat hari guru. Jasamu tetap dikenang..

Selamat hari guru buat guru seluruh Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mendidik Rizan bin Abdul Ali a.k.a Aniq Bukhary selama ini. Tanpa anda tiadalah blog yang pernah terpilih sebagai pemenang ilmu blogspot ini. Tanpa anda juga tidak terwujud production Antz Pictures Studioz, dan tanpa anda perniagaan printing Teratak Aniq Bukhary tidak sehebat hari ini. Semuanya bermula dengan pengorbanan seorang guru yang tak pernah kenal erti penat dan lelah. TERIMA KASIH CIKGU! 

GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

Thursday, May 15, 2014

Aku, mak dan kek coklat

Kek? Apabila becakap pasal kek, aku memang tidak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang suka makan kek. "Banyak makan manis nanti buruk gigi", bak kata mak aku. Bercakap pula pasal mak, mak aku pun bukannya tergolong dalam golongan yang suka makan kek. Apabila selalu sangat makan kek, secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu rasa yang kurang enak di pandangan mata serta dinikmati oleh jutaan deria rasa (Fuh! ayat merapu aku)

Tapi itu tidak bermakna mak langsung tak boleh makan kek. Boleh makan tetapi tak boleh kerap samalah macam aku. Menjaga kesihatan gigi. Ok, cukup dengan celoteh panjang. Semakin panjang celoteh, semakin banyak pula aku merapuh.

Gambar hiasan

Street to the point, bulan lepas aku telefon mak bagi tahu aku nak bank in duit untuk mak. Alhamdulillah, ada rezeki sikit hasil daripada bisnes printing Teratak Aniq Bukhary bulan lepas.
"Mak bulan ni bank in Rm50 ya. Ada rezeki sikit". Aku cakap dalam telefon hari tu.

"Bagi duit ni sudah cukupkah kelengkapan kamera tu, lampu (speedlite), barang-barang kamera sudah ada?!" Soal mak.
Check mate! Aku faham maksud soalan itu. Mak tak mahu susahkan anak lelaki dia ini dan mak tahu anak dia ini seorang photographer dan perlu kepada equipment kamera yang mahal nak mampus tu. Aku asyik kalah kalau berdebat dengan mak pasal hal ini. Biasalah mak ada kuasa veto dan Sebarang keputusan yang dibuat mesti diterima tanpa sebarang bantahan. Ok fine! kali ini mak menang.

Baru-baru ini aku dapat idea. Tak mahu duit, aku hantar kek. Langkah awal aku tempah kek khas untuk mak dekat kampung. Orang yang buat kek itu pun dekat sahaja dan proses penghantaran dan pengambilan kek pun mudah. Aku just bayar melalui maybank2u sahaja.

Terima kasih mak, terima kasih akak pembuat kek :)

Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Akhirnya kek pun siap. Mak pun pelik dari mana datang kek yang tertulis ‘I love my mom’ ini. Lepas itu saya yang berada di Puchong ini pun call mak, "tu hadiah untuk mak.. Jangan risau sudah bayar just ambil kek tu". Kali ini mak pula check mate tak terkata apa-apa. Terharu.

Yes! aku menang. Lepas aku suprisedkan mak, seriously hati aku tenang. Berapa sangatlah nilai sebiji kek  jika di bandingkan dengan pengorbanan mak melahirkan dan membesarkan?

Senarai rasmi pemain setiap pasukan ke Piala Dunia 2014

Skuad tuan rumah Brazil

Goalkeepers: Julio Cesar (Toronto FC), Jefferson (Botafogo), Victor (Atletico Mineiro)

Defenders: Dani Alves (Barcelona), Maicon (Roma), David Luiz (Chelsea), Thiago Silva (PSG), Dante (Bayern Munich), Marcelo (Real Madrid), Henrique (Napoli), Maxwell(PSG).

Midfielders: Oscar (Chelsea), Fernandinho (Man City), Willian (Chelsea), Paulinho (Spurs), Ramires (Chelsea), Luis Gustavo (Wolfsburg), Hernanes (Inter Milan).

Fowards: Bernard (Shakhtar Donetsk), Neymar (Barcelona), Fred (Fluminense), Hulk (Zenit St Petersburg), Jo (Atletico Mineiro).


Klik gambar untuk paparan lebih jelas (Skuad Belanda)


Klik gambar untuk paparan lebih jelas (Skuad Itali)



Klik gambar untuk paparan lebih jelas (Skuad Argentina)

Klik gambar untuk paparan lebih jelas (Skuad Ivory Coast)

SENARAI LAIN
--> JEPUN
--> KOREA

Berdasarkan senarai nama pemain dikeluarkan oleh pasukan masing-masing, ada beberapa kejutan telah berlaku. Terdapat beberapa nama-nama besar yang tidak di panggil untuk menyertai skuad ke Brazil pada kali ini. Antara nama-nama besar tersebut termasuklah:

- Ronaldiho (Brazil)
- Robinho (Brazil)
- Kaka (Brazil)
- John Terry (England)
- Rio ferdinand (England)
- Asley Cole (England)
- Chamberlain (England)
- Isco (Spain)
- Soldado (Spain)
- Benteke (Belgium)
- Samir Nasri (Perancis)
- Eric Abidal (Perancis)
- Frank Ribery (Perancis)
- Carlos Tevez (Argentina)
- El-Shaarawy (Itali)
- Francisco Tooti (Itali)
- Falcao (Colombia)

P/s: Halaman ini akan di update dari semasa ke semasa mengikut perkembangan setiap pasukan. Harap maklum. Kami akan cuba menyajikan yang terbaik untuk anda. :)

Tuesday, May 13, 2014

Ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki

Di bawah ini merupakan sembilan ciri wanita idaman kaum adam menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Wanita-wanita di luar sana bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai panduan untuk menjadi wanita first class seterusnya menjadi idaman setiap lelaki. Ciri-ciri wanita idaman adalah seperti berikut:

Gambar hiasan

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:

- Bersopan satun.
- Sentiasa memaniskan wajah.
- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.
- Menutup aurat.
- Tidak terlalu cemburu.
- Menghormati orang lain.

*****

Wanita-wanita di luar sana take noted.. :D

Thursday, May 8, 2014

Pengikut Ustaz Azhar Idrus bodoh?

Terlebih dahulu saya memohon maaf jika tajuk perkongsian ini agak keterlaluan. Saya tidak berniat untuk menyinggung hati mana-mana pihak namun saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya menerbitkan artikel ini buat renungan kita bersama. Saya tak tahu macam mana nak memulakan bicara dan saya cuba untuk bercakap mengenai isu ini dengan cara lembut dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Maafkan saya.

Ustaz Azhar Idrus (icon remaja masa kini)

Saya mulakan dengan satu petikan akhbar berbahasa melayu di bawah ini. 
HULU TERENGGANU: Buat pertama kali di negeri sendiri, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di gelanggang futsal setelah tidak dibenarkan berbuat demikian di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, malam tadi.

Difahamkan, beliau telah menyampaikan kuliah dua bulan sekali di masjid itu sejak dua tahun lalu tidak pernah dihalang sebelum ini.

Walaupun diadakan dalam gelanggang futsal, namun tidak menjejaskan kehadiran muslimin dan muslimat termasuk anak-anak muda untuk mendengar kuliah daripada ustaz idola mereka.

Menurut sumber, jumlah para hadirin untuk mendengar kuliah semakin bertambah sehingga pihak masjid menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selesa.

Pertama kali saya membaca berita ini saya cukup tersentuh. Timbul persoalan dalam benak saya, mengapa perlu larangan dibuat untuk sesuatu perkara yang baik? Saya tertanya-tanya berikutan larangan tersebut. ya, mungkin saya tidak mengetahui hal sebenar tetapi tindakan menghalang beliau merupakan sesuatu yang tak masuk akal bagi saya.

Pengumuman larangan ceramah yang 6 mei lepas.

Berikutan isu ini saya berfikir apa fungsi masjid sebenarnya? Dalam buku 'The Role of the Mosque' tulisan Sheikh Omar Bakri Muhammad pun ada menyatakan masjid perlu memainkan banyak peranan penting dalam masyarakat muslim apatah lagi hal-hal berkaitan agama. Betulkan saya kalau saya tersilap.

Mungkin disebabkan sedikit percanggahan kita terhadap beliau membuatkan kita bertindak sedemikian. Apa salah Ustaz Azhar Idrus? Sekali lagi saya mengatakan saya bukanlah orang yang tinggi ilmu agama tetapi sedarkah kita siapa kita dibandingkan beliau? Ilmu kita sampai tahap mana jika dibandingkan dengan ilmu mereka? Layakkah kita? Kalau pun kita tak suka, kita kena sedar mereka ini merupakan golongan ulama dan golongan ulama ini adalah pewaris para nabi.

Rasanya cukuplah dulu luahan ikhlas saya berkaitan isu ini. Kalau saya ulas panjang lagi mungkin inilah kali terakhir anda membaca blog saya. Malas nak ulas panjang, video sayu di bawah ini saya kirimkan sebagai penutup artikel kali ini.. Assalamualaikum.

Sayu tengok video ini

Pautan I, Pautan II

Wednesday, May 7, 2014

Banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat

Sejak kebelakangan ini bisnes printing di Teratak Aniq Bukhary semakin mendapat tempat terutamanya daripada rakan-rakan. Syukur alhamdulillah kepada sang pemberi rezeki atas rezeki yang diberikan.

Beberapa hari ini ada sahaja yang bertanyakan tentang t-shirt printing. Ada yang tanya kemudian tempah dan ada juga sekadar bertanya. Tak kisah at least orang tahu kehadiran Teratak Aniq Bukhary dalam dunia printing t-shirt. Alhamdulillah. Bagi mereka yang masih belum mengetahui secara detail berkaitan perniagaan Teratak Aniq Bukhary, anda bolehlah rujuk sini [Teratak printing Aniq Bukhary]. T-shirt kelab, persatuan, kelas, hari keluarga, jersi dan baju kolej semuanya kami sailang.

T-shirt tumpuan pelanggan kebelakangan ini.

Bersesuaian dengan itu pada bulan mei ini, kami mengajak anda untuk bersama-sama kami berkongsi rezeki yang Allah s.w.t berikan ini. Kami memberi ruang dan peluang kepada anda untuk menjadi sebahagian daripada kami. Apa peranan anda?

Kami berikan anda satu tugas mudah dengan hanya menjadi promoter sahaja. Anda promote dan anda akan menerima komisyen jika ada mana-mana pelanggan bersetuju deal dengan Teratak Aniq Bukhary. Kalau anda berjaya mendapatkan costumer yang confirm nak tempah t-shirt, komisyen sehingga mencecah Rm50 kami berikan untuk anda.

Dalam erti kata lain, kerja anda hanya promote dan CONFIRMKAN costumer untuk tempah. Itu sahaja. Selepas pelanggan bersetuju dengan quotation kami dan proses printing dijalankan, maka anda layak menerima komisyen tersebut. Bayaran untuk tempahan lain dan senarai adalah seperti di bawah:

50-99 helai = Rm50
40-49 helai = Rm40
30-39 helai = Rm30
20-29 helai = Rm20
10-19 helai = Rm10

Kami memberi kebebasan kepada anda untuk promote dengan apa cara sekalipun. Bagi memudahkan anda, kami galakkan anda kongsikan di laman sosial peribadi anda seperti facebook, twiter, dan lain lain.

Sebarang pertanyaan atau pun kalau masih tak faham, bolehlah berhubung terus dengan kami melalui link ini Teratak kami. Banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat. Apa salahnya rezeki ini kita kongsi bersama :)

Saturday, May 3, 2014

Fotografi interaksi manusia dan haiwan yang sangat unik (4 gambar)

"Fotografi yang amat unik dengan interaksi manusia dan haiwan sangat akrab bagai ada satu pertalian yang tak dapat dipisahkan". Begitulah yang dikatakan oleh Azhafizah dalam laman blognya yang pernah aku baca sebelum ini. Setuju? Ya, sebagai seorang photographer aku sangat bersetuju. Lihat sahaja gambar di bawah ini:

Comel tak saya posing? nak tengok :)

Eh, benda apa plak nie? :)

Ehem.. Tangkap gambar apa tu bro? :)

Benda nie ke photographer selalu bangga-banggakan tu.. emm

Nampak tak interaksi antara dua makhluk Allah ini. Sangat-sangat indah dan natural kan? Kadang-kadang aku terfikir, lebih baik aku jadikan haiwan-haiwan ini sebagai model assignment aku tak pening kepala otak. Keep smile.. (^_^)

Wednesday, April 30, 2014

Wordless Wednesday: Semoga panjang umur murah rezeki






Friday, April 25, 2014

Kata-kata dan pesanan tentang solat oleh 11 tokoh agama

Di bawah ini disenaraikan kata-kata atau pun pesanan tentang solat oleh 11 orang tokoh-tokoh agama. Sama-sama kita ambil pengajaran dan amalkan dalam kehidupan kita. Semoga bermanfaat..

Ustaz Azhar Idrus

1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekali pun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikan. - USTAZ KAZIM ELIAS

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga. "Jaga solat... In shaa Allah bahagia..." - USTAZ DON DANIYAL

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - DATUK ISMAIL KAMUS

5. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”. - AL-HABIB ALI ZAINAL

Ustaz Haslin Baharin

6. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat. - USTAZ HASLIN BAHARIN

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. - TG SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya". - SHEIKH ABDULLAH JAHAF

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - USTAZ DASUKI RANI

10. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - USTAZ PAHROL

11. Jangan cakap, "pergi solat kalau tak masuk api neraka!" Tapi cakap, "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama. In shaa Allah. - TG HARUN DIN

*****

Muhasabah diri kita. Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka-mereka yang menjaga solat. Amin Ya rabb..

Wednesday, April 23, 2014

Aspek penting yang harus diberi perhatian sebelum membuat kad bisnes

Kepentingan kad perniagaan tidak dapat disangkal lagi pada masa kini. Melalui hanya sekeping kad, ia sudah memadai untuk menyampaikan informasi tentang perniagaan yang kita jalankan. Namun ada beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian ketika hendak membuat kad bisnes. Mari kita lihat bagaimana ciri-ciri kad bisnes yang baik dan efektif:


1. Logo
Bisnes anda ada logo ke tak? Kalau tiada, sila buat. Logo bisnes akan diletakkan di kad bisnes sebagai suatu penjenamaan.. Pastikan reka bentuk logo bisnes itu bersesuaian juga untuk digunakan pada kepala surat (letterhead), sampul surat, inbois, resit dan segala cetakan lain..

2. Selogan atau tagline
Macam KFC selogan mereka ialah “Finger Lickin’ Good”.. Itu dulu.. Sekarang dah tukar ke “So good”.. Jadi selogan atau tagline bisnes anda kena diletak ke dalam kad bisnes supaya ia memberi gambaran awal tentang bisnes yang dijalankan..

3. Font
Saiz font harus tidak kurang dari 8.. Sebab jika kurang daripada tu, takut-takut sesetengah orang tak dapat baca.. Kena pula kalau pelanggan kita tu rabun dekat.. Kesian dia terkebil-kebil tengok kad bisnes kita..

4. Warna
Warna latar dan font pastikan kontra.. Kalau warna dah dekat sama, menyusahkan orang nak baca.. Orang yang tak rabun warna pon boleh ambil masa sejam nak faham apa kita tulis.. Kuantiti warna dalam kad bisnes sebaiknya tidak melebihi 5..

5. Material
Gunakan material yang berkualiti.. Jangan gunakan kad lembut yang mudah koyak atau terlipat di hujung.. Material baik yang paling popular adalah art card 260 gsm.. Material ni tak tebal tapi keras..

6. Offset vs Digital printing
Dari segi kualiti warna, offset memang lebih cantik daripada digital printing.. Kosnya pon lebih murah.. Material kad pon pelbagai.. Nak matt laminate boleh.. Spot UV boleh.. UV varnish boleh.. Eh semua boleh lah! Jadi buat jelah kad tu dengan offset printing..

7. Maklumat
Anda tak perlu letakkan status anda yang sudah berkahwin atau bujang di dalam kad bisnes.. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, nombor telefon, emel, alamat, laman web, laman sosial, servis dan produk yang ditawarkan.. Itu antara yang penting..

*****

Adaptasi daripada artikel yang pernah ditulis oleh umarvellous.com dalam laman blognya. Senarai tersebut merupakan sebahagian daripada aspek penting kad bisnes yang baik dan efektif. Pastikan anda semua memiliki aspek tersebut dalam kad bisnes masing-masing. Diharap melalui perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita terutamanya mereka yang bergelar usahawan.

Bagi yang masih belum mempunyai kad bisnes tu, saya sarankan cepat-cepatlah buat. Usahawan yang tidak mempunyai kad bisnes memang payah sebab saya sendiri pernah alami. Terpaksa keluarkan pen dengan kertas untuk memperkenalkan siapa dan apa bisnes yang kita buat. Memang leceh. Kalau ada kad bisnes kan senang sikit. Barulah nampak macho. Oppsss! :)

Monday, April 21, 2014

Senarai ranking 18 universiti terbaik di Malaysia 2014

Senarai ranking universiti terbaik di Malaysia bagi tahun 2014 telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik 2014 ini telah disusun mengikut kajian yang dikeluarkan dengan terperinci oleh QS ASIA Top University Ranking.

Ranking 18 universiti terbaik di Malaysia 2014

Universiti Malaya (UM) telah disenaraikan oleh QS University Rankings sebagai IPT terbaik di Malaysia dengan meraih tempat ke 33 Universiti terbaik di Asia mengalahkan University Of Tsukuba. Di bawah ini merupakan senarai penuh ranking 18 universiti terbaik di Malaysia pada tahun 2014.

1) Universiti Malaya (UM)
2) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3) Universiti Sains Malaysia (USM)
4) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5) Universiti Putra Malaysia (UPM)
6) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8) Universiti Multimedia (MMU)
9) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
10) Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
11) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
12) Universiti Utara Malaysia (UUM)
13) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14) Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT)
15) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
17) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
18) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Petunjuk: Universiti awam, Universiti swasta

Senarai universiti terbaik di Malaysia 2014 ini dipilih berdasarkan beberapa faktor termasuklah sumbangan kertas projek (research), tahap kecermerlangan akademik, reputasi graduan-graduan yang dihasilkan yang sudah bekerjaya dan berdasarkan kemudahan fasiliti serta infrastruktur sesebuah universiti.

Universiti lain yang tidak tersenarai selepas UTAR bermakna universiti tersebut tidak termasuk dalam kalangan 300 universiti terbaik di asia. Tahniah buat universiti-universiti yang tersenarai termasuk Universiti Limkokwing tempat admin study itu.

Pautan 1, pautan 2

Sunday, April 20, 2014

Bagaimana blog boleh menghasilkan wang?

Menghasilkan wang melalui blog

Beberapa hari lepas ketika saya naik bas pergi ke kampus, baru sahaja hendak duduk tiba-tiba ada seorang member tanya, "Eh! macam mana kau dapat duit dari blog hah?". Saya tersenyum mendengar soalan itu dan secara spontan hati berkata, "ini mesti terbaca artikel tulisan sebelum ini, cek Nuffnang sampai rumah.

Baiklah, untuk menjawab soalan itu dengan lebih detail lagi di lembaran ini saya kongsikan bagaimana sesebuah blog yang dibina itu menghasilkan wang dan memberikan pulangan kepada pemilik blog tersebut. Ada beberapa cara untuk menghasilkan wang melalui blog antaranya:

1) Menjual produk sendiri
Seorang yang mempunyai blog bebas untuk meletakkan apa jenis iklan dalam blog miliknya. Ini merupakan salah satu cara menghasilkan wang melalui medium blog. Tidak kira bagaimana cara anda mempromosikan produk tersebut tetapi apa yang pasti kaedah ini semakin mendapat tempat dalam kalangan blogger itu sendiri. Pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan produk mahu pun perkhidmatan yang ditawarkan. Seperti saya, saya menggunakan blog saya ini untuk memperkenalkan produk t-shirt printing saya selain perkhidmatan fotografi bagi mereka yang memerlukan.

2) Menjadi agen jualan mempromosikan produk orang lain (affiliate)
Melalui blog juga, seseorang itu boleh menjadi agen jualan dengan mempromosikan produk orang lain di blog mereka. Seperti yang diterangkan oleh blogger Syuhada Baharuddin dalam laman blognya, kerja agen jualan atau pun affiliate ini simple sahaja. Caranya anda pilih satu produk untuk dipasarkan dan anda promosikan produk tersebut. Pemilik blog blog tersebut akan menerima komisyen daripada promosi yang dilakukan. Kebiasaannya produk yang dipromosikan melalui kaedah affiliate ini ialah produk ebook.

3) Memasang ruang iklan di blog
Apabila sesuatu blog itu sudah semakin dikenali, kebiasaannya blogger akan mencuba nasib untuk memasang ruang iklan di dalam blog masing-masing. Saiz ruang iklan yang kebiasaannya ditawarkan ialah 125x125 dan 728x90. Harga setiap ruang iklan itu bergantung pada pemilik blog namun harus diingat, harga ruang iklan hendaklah seiring dengan tafik blog tersebut. Jika blog tersebut mampu mencecah 1000 view sehari, harga rm10 berpatutan untuk ruang iklan 728x90 dan rm5 untuk ruang iklan 125x125. Bagi yang mendapat view kurang daripada 1000 view pun boleh tetapi amat sukar untuk anda menerima penyewa melainkan blogger tersebut mempunyai teknik-teknik tertentu yang luar biasa untuk menarik penyewa.

4) Meletakkan syarikat pengiklanan
Cara ini merupakan cara yang paling mendapat tumpuan blogger untuk mendapatkan wang. Kaedah ini sangat mudah kerana blogger hanya pasang iklan dan tunggu sahaja komisyen daripada syarikat-syarikat terbabit. Antara syarikat pengiklanan yang memberikan perkhidmatan ini temasuklah Nuffnang, Komli, Adverlets, Innity, H12, Genee dan banyak lagi. Blogger hanya pilih sahaja syarikat-syarikat tersebut bersesuaian dengan status dan kelayakan blog mereka.

4) Review produk atau perkhidmatan
Kaedah ini kebiasaannya dilakukan oleh blogger-blogger yang sudah berpengalaman. Hal ini kerana untuk review sesuatu produk atau pun perkhidmatan itu bukanlah satu kerja mudah. Kena ada cara-cara tertentu. Melalui kaedah review ini, blogger akan mempromosikan sesuatu produk/perkhidmatan dengan satu review menarik melalui entri tulisan mereka. Kebiasaannya blogger akan dibayar mahal untuk promosi melalui kaedah ini.

*****

Rasanya cukup setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini untuk yang tertanya-tanya bagaimana menghasilkan wang melalui blog. Bagi otai-otai blogger pula, jika ada ebarang penambahan untuk artikel kali ini, amatlah dialu-alukan. Saya budak baru belajar. :)

Friday, April 18, 2014

Kisah mengapa mendiang Karpal Singh tidak memakai serban (Turban)

Pernah sekali penulis terdengar pergaduhan di Parlimen melibatkan mendiang Karpal Singh ketika penulis masih wartawan dengan sebuah syarikat akhbar arus perdana.

Ketika itu hari pembentangan Bajet (tak ingat tahun mana) dan sebelum pembentangan dibuat, Karpal bangun mempersoalkan sesuatu berhubung aturan di Parlimen.

Seperti biasa… maka timbullah suara yang mendesak beliau agar duduk… diselang seli dengan pertukaran kata-kata kasar dari kedua belah pihak (kerajaan dan pembangkang).

Antara yang penulis masih ingat adalah seorang Ahli Parlimen menjerit… “Hoi bengali, duduklah”.

Lepas itu, ada pulak yang menyambung… “Ini bukan bengali… ini bengali murtad… serban tarak,” .

Bengali kalau di rantau Asia Selatan bukan merujuk kepada orang Sikh tetapi kepada orang Bangladesh… tapi tidak mengapa dengan pemahaman seperti itu… ia tidak berapa penting buat masa ini.

Mendiang Karpal Singh

Walaupun serban adalah tenet atau prinsip penting dalam agama Sikh, namun yang tidak memakainya bukan dikatakan murtad tetapi dikenali sebagai sahajdhari (berlajar dan menerima secara perlahan-lahan).

Seperti mendiang Karpal, beliau mengamalkan semua prinsip utama (5K) dan memakai serban pada waktu-waktu tertentu menjadikan beliau sebagai seorang sahajdhari.

Pemakai serban dan pengamal 4 lagi perkara wajib dikenali sebagai lelaki Khalsa.

Mengikut ajaran Sikh, tidak ada satu bulu pun di badan yang boleh dipotong atau dibuang. Penggunaan serban adalah bertujuan mengemaskan rambut panjang yang akan tumbuh selepas bertahun-tahun tidak dipotong.

Ok berbalik kepada tajuk rencana ini… mengapa Karpal Singh memilih untuk tidak mengenakan serban?

Jika mengikut wawancara beliau dengan sebuah akhbar berbahasa inggeris beberapa tahun lalu, Karpal berkata, beliau memakai serban secara tetap sehingga tahun 1970.

Wajah mendiang ketika memakai
serban di universiti Singapura

“Bagaimanapun, pada 1969 saya telah berada di kedai gunting rambut menunggu giliran saya untuk mengunting rambut saya yang panjang sebelum menoleh ke luar tingkap dan melihat ayah saya sedang menaiki basikal (lalu di hadapan kedai), saya terus gugup dan membatalkan hasrat.

“Tahun berikutnya saya berada di Alor Star dan ia sangat panas ketika itu yang merupakan musim menuai. Saya baru sahaja memulakan kerjaya sebagai peguam dan keperluan untuk membasuh dan mengikat rambut memakan masa yang amat lama. Saya berfikir bahawa sesuatu perlu dilakukan.

“Ia bukan mudah untuk mengambil tindakan seperti itu. Saya berseorangan dalam bilik saya, berjalan mundar-mandir memikirkan keputusan saya. Akhirnya, saya mengikat rambut saya, mengambil gunting dan memotong bahagian ekornya. Kemudian saya ke kedai gunting rambut dan tukang gunting mencantikan potongan saya,” katanya.

Sudah melakukannya satu benda kata beliau, untuk berhadapan dengan ibu bapanya satu lagi hal besar.

“Saya memakai kembali serban tetapi ibu saya perasan yang ia kelihatan lain dari belakang dan mula menangis. Dia menjerit ‘kamu telah memalukan kami’.

“Nasib baik ayah saya menarik saya ketepi dan berkata; : Sabar, orang perempuan memang suka membuat kecoh. Teruskan memakai serban untuk sedikit masa lagi sehingga mereka dapat menerima idea itu,” katanya.

Karpal seterusnya menambah, beliau memakai lagi serban untuk setahun sebelum menanggalkannya.

“Namun, pada majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan anak saya, saya tetap akan pakai,” katanya.

Jadi… kita dapat fahamlah mengapa Karpal tidak memakai serban… satu tindakan yang diambil atas desakan kerjaya yang pada mula tidak diterima keluarganya tetapi kemudian boleh.

*****

Dalam banyak-banyak tulisan mengenai mendiang Karpal Singh, penulisan ini antara yang paling saya suka. Cara penulis mengolah ayat sangat kemas dan teratur (teringin pula nak menulis macam penulis Mynewshub.my ini). Apa-apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

Thursday, April 17, 2014

10 amalan yang boleh mengubah kehidupan anda

1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya). Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:
“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci.


2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin). Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)
3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh). Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya.

Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)

4) Jaga solat dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha). Rasulullah SAW bersabda:
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter'miss' atau tertinggal walaupun sehari.

5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang). Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)
6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’). Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA:
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

7) Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda). Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT. Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.

Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.


9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati). Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya:
“Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata:
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT). Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:
“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
 *****

Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin

Monday, April 14, 2014

Alhamdulillah! Cek dari nuffnang untuk tahun ini

Alhamdulillah! setelah beberapa lama menanti, akhirnya cek daripada Nuffnang sampai juga. Boleh tahan jauh jugalah aku ambil cek Nuffnang ini yang menggunakan alamat abang dekat Sepang. Tak pasal-pasal pinjam kereta member selepas akak ipar bagi tahu ada surat untuk aku. Punyalah excited sebab aku dapat mengagak surat yang sampai ini mesti cek daripada Nuffnang.

Aku jika dibandingkan dengan shakiddo.com pakar Nuffnang itu memang amat jauh sekali. Mungkin ada melihat nilai ini begitu kecil tetapi bagi aku nilai ini sangat-sangat besar kerana inilah hasil titik peluh memerah idea untuk dipersembahkan kepada pengguna alam maya. Sekali lagi ucapan syukur kepada Allah swt atas rezeki ini.

Jumlah wang terkumpul semenjak bergelar blogger. Alhamdulillah

Apa nak buat dengan cek ini?

Pertama sekali, melalui cek ini aku akan membina satu website untuk production yang telah lama menjadi planning dengan member-member. Sebelum ini, hanya ada laman facebook, Antz Pictures Studioz untuk mempromosikan production dan itu masih belum mencukupi bagi aku. Orang cakap, kalau ada website, ia akan nampak lebih profesional selain menjadi rumah untuk mengumpulkan hasil-hasik karya production. Untuk mewujudkan website production ini, Rm30 akan dibelanjakan untuk satu domain baru.

Baki daripada bayar domain tu nak buat apa?

Ok, dalam perancangan sebelum ini melalui cek ini juga, kad bisnes yang baru akan dilancarkan. Menyedari betapa pentingnya kad bisnes ini jadi tindakan segera akan diambil (tak mahu tangguh-tangguh lagi). Pendek kata, cek daripada hasil Nuffnang ini semua dilaburkan untuk menjenamakan dan meng'upgrade'kan lagi bisnes yang sedia ada. Nampak gayanya memang tak dapatlah aku nak beli kasut futsal baru untuk bulan ini. Kesian.. kesian.. Bisnes diutamakan, kasut futsal diketepikan (slogan baru). Huhu  

Apa-apa pun, Semoga dengan kedatangan cek kali ini dapat membakar lagi semangat untuk terus menyumbangkan sesuatu kepada dunia blogging. Terima kasih atas support daripada pembaca-pembaca tidak kira pembaca setia mahu pun silent reader Teratak Aniq Bukhary ini. Tanpa pembaca, siapalah penulis.

Akhir kata daripada aku seperti biasa 'tegur bila aku salah, hulurkan tanganmu bila aku lemah'. Assalamualaikum sayang. :)