Aku, t-shirt printing dan kesibukan ini | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, April 10, 2014

Aku, t-shirt printing dan kesibukan ini

Kadang-kadang apabila sampai kepada satu tahap kesibukan yang melampau, diri ini rasa nak rehat juga macam orang lain. Aku student, aku seorang blogger  dan aku pengusaha t-shirt printing. Itu tidak termasuk lagi kerja part time dekat hostel Desaria Villa sebagai photographer event sabtu dan Ahad. Serius Aku penat.

Minggu ini pula aku terpaksa mencari model untuk photoshoot muslimah fesyen yang menjadi tema pilihan untuk assignment aku kali ini. Tetapi bayang-bayang untuk seorang menjadi model aku pun masih belum kelihatan. Biasalah fesyen muslimah memang susah nak dapat berbanding dengan fesyen seksi dan seksa. Aku sedih.

Aku masih mencari dan mencari..
Tapi aku terpaksa cari juga sebab tugasan inilah yang akan menentukan sama ada aku lepas untuk subjek fashion photography semester ini atau sebaliknya. Masih mencari dan aku berharap selepas aku menulis entri ini akan ada seorang gadis comel yang akan inbox aku dan mengatakan "Assalamualaikum Abang, saya nak tolong awak dan boleh menjadi model assignment awak". Waahhh, bahagianya hidup ini.

Aahhh! benda mustahil. Takkanlah ada yang nak menawarkan diri dan bersusah payah nak tolong aku. Pening kepala otak aku ini memikirkan. Sudah cukup cukup sudah. Kita lupakan sekejap pasal benda yang nampak mustahil itu.  Daripada aku terus bersedih dan menyerabutkan kepala, lebih baik aku bercerita pasal bisnes t-shirt printing aku.

Tahun ini telah masuk tahun ke-3 aku bergelar usahawan printing selepas tamat kursus pada 15 april 2012 [SINI]. Sejak dari itu, dengan kesungguhan dan minat yang mendalam, aku kuatkan semangat untuk serius dalam bidang ini.

Aku dan t-shirt printing.. 
Tempahan demi tempahan aku terima dari sekecil kecil tempahan sehinggalah ratusan tempahan. Kalau dua puluh atau tiga puluh helai tempahan t-shirt, aku akan settlekan dekat hostel sahaja tetapi apabila menjejak ratusan helai, maka aku akan hantar kedai dekat Beranang, Semenyih. Dekat sana pekerja mencukupi untuk print tshirt-tshirt yang banyak.

Di bawah ini saya sertakan gambar pengalaman sepanjang bergelar usahawan printing. Penuh suka dan duka, saksikanlah:

Bermula di sini
T-shirt pertama yang dihasilkan dan tak boleh dilupakan
Try dekat baju sendiri. :)
Permintaan daripada costumer Pantai Dalam
T-shirt yang akan dipenuhi oleh design-design costumer
T-shirt design terbaru kami. Berminat? pm kami. :)
Contoh t-shirt yang dah siap.
Kedai dekat Beranang untuk tempahan cecah ratusan helai.
T-shirt kelab, persatuan, rewang dll semua kami sailang :)

Rasanya cukup setakat ini dulu celoteh untuk kali ini. Sebelum itu, aku ambil kesempatan ini nak bagi tahu tentang page terbaru kami yang baru dilancarkan pada 19 mac lepas. Jangan lupa support ye --> TERATAK PRINTING ANIQ BUKHARY

Maklumat tempahan bolehlah hubungi:
☎ 014-5504453 (panggilan di luar waktu kelas)
✉ 014-5504453 (Mesej 24 jam)
✉ aniqbukhary@gmail.com
FB Teratak Aniq Bukhary


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

18 comments:

  1. student lagi dah ada business macam nie...bangga akak...harap aniq terus berjaya...kena jugak kan rehatkan badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas support kak.. tu la pasal kena juga rehat.. kekadang tu time blogwalking time tu jgk la print baju.. memang kena bertarung dengan masa kak... :(

      Delete
  2. Nk tlg jd model tu xlyak lah kot...nk tlg brniaga boleh?? ^_^

    ReplyDelete
  3. wahh...dah makin berkembang bisnes aniq ni... syukur lah! pandai aniq cari duit...hehe
    harapnya bakat tu dpt digunakan sebaik mgkin... moga berterus maju Aniq...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat punya pasal.. Terima kasih kak bg support :)

      Delete
  4. Wah..Aniq ini semakin mengancam bisnesnya... moga bertambah mencanak. Insya Allah....

    Jom layan entri terbaru:

    Aset Digunakan Pada MH370

    ReplyDelete
  5. Usahawan berjaya? Subhanallah, moga rezeki makin bertambah dari hari ke hari dengan izin Allah in shaa Allah :)
    Gudlak utk esaimen tuuuu~

    ReplyDelete
  6. cari model patung, kurang kontrovesi...semoga terus berjaya bisnis printing ni, insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Wahhh tabik spring dengan aniq sebab boleh manage masa aniq dengan baik. Dahla student pula tu.. Apapun, dont give up ye

    ReplyDelete
  8. wah..prayforMH370 pun kite ada buat..sama mcm tu..heheheh...sy pun bisnes printing juga aniq..

    ReplyDelete
  9. Wah, hebat betul bisnesnya! Semoga terus maju jaya

    ReplyDelete
  10. Aniq memang bijak bahagikan waktu kan. Tapi sekali sekala kena juga rehat. Semoga Aniq terus berjaya dalam biz ye :)

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah...ada lah tu awek yang akan jadi modelnya..pelajar kelas perempuan tu tak boleh ke?Hehe.. Emm bila lah nak buat tshirt cetak tulisan pondok kecil ni..nanti nak kena buatkan juga..apa-apa pun saya mesti contact bro..hehe

    ReplyDelete
  12. woww.. bisnes kencang tu Aniq, tahniah.. hee..

    ReplyDelete
  13. alhamdulilah semga maju bisness dan berjaya dalam pelajaran

    ReplyDelete
  14. perghhh rajin betul aniq ni.. :)

    ReplyDelete