Sampaikan salamku pada insan cekal ini | AKU PENGEMBARA

Friday, May 16, 2014

Sampaikan salamku pada insan cekal ini

Siapa insan cekal itu? Mereka ialah guru-guru yang pernah mendidik diri ini. Bacalah perkongsian ini dengan hati yang tenang dan tulus ikhlas. Ketahuilah insan-insan ini merupakan insan mulia di muka bumi kerana tanpa mereka kita tidak akan berdiri dimana kita berdiri sekarang ini. Namun berbeza pula dengan pandangan sesetengah masyarakat yang memandang sinis kerjaya seorang guru.

Gambar ihsan google, cikgu Fatin
Mesti ada dalam kalangan masyarakat yang mengatakan kerja cikgu ini senang, kerja sikit dan cuti banyak bukan? Tetapi tahukah kita profesion seorang guru ini tidak semudah yang kita sangkakan kerana kerja mereka mencakupi pelbagai aspek.

Masa budak sakit, cikgu jadi DOKTOR.
Masa ceramah, cikgu jadi MOTIVATOR.
Masa kutip yuran, cikgu jadi AKAUNTAN.
Masa aktiviti Kemahiran Hidup, cikgu jadi PETANI.
Masa pertandingan bola, cikgu jadi REFEREE.
Masa merentas desa, cikgu jadi POLIS TRAFIK.
Masa bertanding acara sukan, cikgu jadi JURULATIH.
Masa menghias kelas, cikgu jadi ERIC LEONG.
Masa persembahan hari guru, cikgu jadi KOMPOSER.
Masa budak muntah dalam kelas, cikgu jadi TUKANG CUCI.
Masa budak mencuri, cikgu jadi DETEKTIF.
Masa budak buat persembahan, cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Masa perkhemahan, cikgu jadi TENTERA.
Masa hari Guru, cikgu jadi PENYANYI.
Masa masuk waktu solat, cikgu jadi TOK IMAM.
Masa parents ambil lambat, cikgu jadi BABY SITTER.
Masa budak bergaduh, cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH.
Masa budak sakit, cikgu jadi PEMANDU AMBULANS.
Masa budak sedih, cikgu jadi PELAWAK.


Selamat hari guru. Jasamu tetap dikenang..

Selamat hari guru buat guru seluruh Malaysia terutamanya guru-guru yang pernah mendidik Rizan bin Abdul Ali a.k.a Aniq Bukhary selama ini. Tanpa anda tiadalah blog yang pernah terpilih sebagai pemenang ilmu blogspot ini. Tanpa anda juga tidak terwujud production Antz Pictures Studioz, dan tanpa anda perniagaan printing Teratak Aniq Bukhary tidak sehebat hari ini. Semuanya bermula dengan pengorbanan seorang guru yang tak pernah kenal erti penat dan lelah. TERIMA KASIH CIKGU! 

GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

11 comments:

  1. banyak sebenarnya jasa cikgu kepada kita.. selamat hari guru :)

    ReplyDelete
  2. betul aniq...kathy sokong...selamat hari guru buat mereka yang bergelar pendidik..

    ReplyDelete
  3. selamat hari guru.. betapa banyaknya jasa seorang guru..

    ReplyDelete
  4. Eric leong tu yang best ! betul le tu, mulut duk pok pek suruh budak hias kelas cantik2..hehe

    ReplyDelete
  5. betul2..bukan senang nak jd cikgu..

    ReplyDelete
  6. So true aniq..bnyak jasa cikgu.. Tp zaman dh berubah kan...huhu..bnyak sgt masalah sosial yg mlnda skrg ni..hurmm..klu ckgu tgur..ckgu yg kena..kalo dlu..mak ayah siap pesan lg kat ckgu kalau anak.nakal,rotan la.

    ReplyDelete
  7. Jasa guru2 kita lebih kurang jasa Ibu bapa..
    pengorbanan mrk tak ternilai...
    Selamat hari guru buat semua guru2 di Malaysia..:)

    ReplyDelete
  8. Kaannn. Dulu kecik2 nakal sangat. Ponteng kelas laa, xseap keje skolah laa. Cikgu, im soorrryyyy. Sekarang bila dah besar, rasa nak pusing balik waktu tu. Nak buat yg terbaik. Tapi, mustahil. Skrg ni laa masa nya utk bt yang terbaik. Selagi ada masa dan waktu. Selamat hari Guru buat semua guru2. jasamu dikenang sampai hujung waktuku. Ummi ayah juga, thanks sbb always xjemu ajar dan didik diri ni, thanks coz for being mine. :')

    ReplyDelete
  9. besar betul jasa dan pengorbanan guru ni sebenarnya..

    ReplyDelete
  10. cikgu juga umpama parents kita kat sekolah..huhu..apa2 hal ja kalau nampak ja kita bersedih dia sudi luangkan masa n ambil berat ttg kita.. :)

    ReplyDelete
  11. Yup..tu la..cikgu ni serba serbi profesion dia...terima kasih cikgu sebab ajarkan saya yang banyak pe'el nya ni..hehe

    ReplyDelete