Menghasilkan wang melalui blog |
Baiklah, untuk menjawab soalan itu dengan lebih detail lagi di lembaran ini saya kongsikan bagaimana sesebuah blog yang dibina itu menghasilkan wang dan memberikan pulangan kepada pemilik blog tersebut. Ada beberapa cara untuk menghasilkan wang melalui blog antaranya:
1) Menjual produk sendiri
Seorang yang mempunyai blog bebas untuk meletakkan apa jenis iklan dalam blog miliknya. Ini merupakan salah satu cara menghasilkan wang melalui medium blog. Tidak kira bagaimana cara anda mempromosikan produk tersebut tetapi apa yang pasti kaedah ini semakin mendapat tempat dalam kalangan blogger itu sendiri. Pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan produk mahu pun perkhidmatan yang ditawarkan. Seperti saya, saya menggunakan blog saya ini untuk memperkenalkan produk t-shirt printing saya selain perkhidmatan fotografi bagi mereka yang memerlukan.
2) Menjadi agen jualan mempromosikan produk orang lain (affiliate)
Melalui blog juga, seseorang itu boleh menjadi agen jualan dengan mempromosikan produk orang lain di blog mereka. Seperti yang diterangkan oleh blogger Syuhada Baharuddin dalam laman blognya, kerja agen jualan atau pun affiliate ini simple sahaja. Caranya anda pilih satu produk untuk dipasarkan dan anda promosikan produk tersebut. Pemilik blog blog tersebut akan menerima komisyen daripada promosi yang dilakukan. Kebiasaannya produk yang dipromosikan melalui kaedah affiliate ini ialah produk ebook.
3) Memasang ruang iklan di blog
Apabila sesuatu blog itu sudah semakin dikenali, kebiasaannya blogger akan mencuba nasib untuk memasang ruang iklan di dalam blog masing-masing. Saiz ruang iklan yang kebiasaannya ditawarkan ialah 125x125 dan 728x90. Harga setiap ruang iklan itu bergantung pada pemilik blog namun harus diingat, harga ruang iklan hendaklah seiring dengan tafik blog tersebut. Jika blog tersebut mampu mencecah 1000 view sehari, harga rm10 berpatutan untuk ruang iklan 728x90 dan rm5 untuk ruang iklan 125x125. Bagi yang mendapat view kurang daripada 1000 view pun boleh tetapi amat sukar untuk anda menerima penyewa melainkan blogger tersebut mempunyai teknik-teknik tertentu yang luar biasa untuk menarik penyewa.
4) Meletakkan syarikat pengiklanan
Cara ini merupakan cara yang paling mendapat tumpuan blogger untuk mendapatkan wang. Kaedah ini sangat mudah kerana blogger hanya pasang iklan dan tunggu sahaja komisyen daripada syarikat-syarikat terbabit. Antara syarikat pengiklanan yang memberikan perkhidmatan ini temasuklah Nuffnang, Komli, Adverlets, Innity, H12, Genee dan banyak lagi. Blogger hanya pilih sahaja syarikat-syarikat tersebut bersesuaian dengan status dan kelayakan blog mereka.
4) Review produk atau perkhidmatan
Kaedah ini kebiasaannya dilakukan oleh blogger-blogger yang sudah berpengalaman. Hal ini kerana untuk review sesuatu produk atau pun perkhidmatan itu bukanlah satu kerja mudah. Kena ada cara-cara tertentu. Melalui kaedah review ini, blogger akan mempromosikan sesuatu produk/perkhidmatan dengan satu review menarik melalui entri tulisan mereka. Kebiasaannya blogger akan dibayar mahal untuk promosi melalui kaedah ini.
*****
Rasanya cukup setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini untuk yang tertanya-tanya bagaimana menghasilkan wang melalui blog. Bagi otai-otai blogger pula, jika ada ebarang penambahan untuk artikel kali ini, amatlah dialu-alukan. Saya budak baru belajar. :)
Nice ideas.. Hihi. Mmg berniat nak cari duit skrg XD
ReplyDeletePendedahan tip terbaik. Tq Aniq.
ReplyDeletethanks Aniq, satu perkongsian yang bagus..
ReplyDeleteseronoknya kalau boleh dapat duit sedikit dari blog... tapi memang kena ada cara dia kan... bila lah blog saya boleh menghasilkan duit hahahaha.. :D
ReplyDeleteTips yg menarik.. t kasih atas perkongsian Aniq.. :)
ReplyDeleteika tension je rasa letak iklan nuffnang...sebab cash out payment smpi sekarang dh 4 bulan xdapat2 lagi duitnya T_T
ReplyDeleterasa macam nak buang iklan tu..haha...lgpn ika blogging biasa2 je...xd rasa lg nk jdkan sebagai sumber pndapatan....sampingan2 tu boleh laa kan aniq :)
hehe..terima kasih diatas kredit ni ye Aniq..apapun, perkongsian ini sgt bermanfaat. :)
ReplyDeleteSetakat ni, saya jadi agen affiliate aje..yang lain-lain tu belum cuba lagi..hehe..terbaik lah bro..
ReplyDelete