Banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Wednesday, May 7, 2014

Banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat

Sejak kebelakangan ini bisnes printing di Teratak Aniq Bukhary semakin mendapat tempat terutamanya daripada rakan-rakan. Syukur alhamdulillah kepada sang pemberi rezeki atas rezeki yang diberikan.

Beberapa hari ini ada sahaja yang bertanyakan tentang t-shirt printing. Ada yang tanya kemudian tempah dan ada juga sekadar bertanya. Tak kisah at least orang tahu kehadiran Teratak Aniq Bukhary dalam dunia printing t-shirt. Alhamdulillah. Bagi mereka yang masih belum mengetahui secara detail berkaitan perniagaan Teratak Aniq Bukhary, anda bolehlah rujuk sini [Teratak printing Aniq Bukhary]. T-shirt kelab, persatuan, kelas, hari keluarga, jersi dan baju kolej semuanya kami sailang.

T-shirt tumpuan pelanggan kebelakangan ini.

Bersesuaian dengan itu pada bulan mei ini, kami mengajak anda untuk bersama-sama kami berkongsi rezeki yang Allah s.w.t berikan ini. Kami memberi ruang dan peluang kepada anda untuk menjadi sebahagian daripada kami. Apa peranan anda?

Kami berikan anda satu tugas mudah dengan hanya menjadi promoter sahaja. Anda promote dan anda akan menerima komisyen jika ada mana-mana pelanggan bersetuju deal dengan Teratak Aniq Bukhary. Kalau anda berjaya mendapatkan costumer yang confirm nak tempah t-shirt, komisyen sehingga mencecah Rm50 kami berikan untuk anda.

Dalam erti kata lain, kerja anda hanya promote dan CONFIRMKAN costumer untuk tempah. Itu sahaja. Selepas pelanggan bersetuju dengan quotation kami dan proses printing dijalankan, maka anda layak menerima komisyen tersebut. Bayaran untuk tempahan lain dan senarai adalah seperti di bawah:

50-99 helai = Rm50
40-49 helai = Rm40
30-39 helai = Rm30
20-29 helai = Rm20
10-19 helai = Rm10

Kami memberi kebebasan kepada anda untuk promote dengan apa cara sekalipun. Bagi memudahkan anda, kami galakkan anda kongsikan di laman sosial peribadi anda seperti facebook, twiter, dan lain lain.

Sebarang pertanyaan atau pun kalau masih tak faham, bolehlah berhubung terus dengan kami melalui link ini Teratak kami. Banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat. Apa salahnya rezeki ini kita kongsi bersama :)


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

13 comments:

  1. WAH..bro diman kau buat printing ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami beroperasi di Pulau Meranti, Puchong.. Ada masa nanti datang laa.. boleh sembang2 pasal printing. Huhu :D

      Delete
    2. ehex..abang ipar aku sini d sulaman kk ada kedai printing,,ngeee..jauh bro sana kL.

      Delete
  2. Menarik :)

    http://stanzaku.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Bagus juga aniq ni...sama2 berkongsi rezeki... boleh sama2 tambah pendapatan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl kak.. xkan rugi pun kalau kita kongsikan sedikit rezki yang Allah bagi nie.. Rezki Allah kan maha luas... :)

      Delete
  4. alhamdulillah aniq atas rezeki tu kan...sama laa dengan ika..makin tak putus orang order dengan nutrition's cafe...alhamdulillah....
    praktikkan bersedekah ya aniq sedikit daripada hasil perniagaan..insyaAllah..berkat dan bertambah murah rezeki :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat :)

      Delete
  5. tahniah tahniah..oooo kat P.Meranti yer dekat jer laaa ehehe nnti singgah :)

    ReplyDelete
  6. wah rezeki melimpah ruah nampaknya aniq...semoga berjaya dgn bisnes yg diceburi...

    ReplyDelete
  7. SEPERTI MENANAM satu biji dapat berbuah banyak biji tuh

    ReplyDelete
  8. Wahhh menarik ni..tawaran hebat..saya nak tempah gak baju ni..cuma tak dan modal lagi...

    ReplyDelete