Pengikut Ustaz Azhar Idrus bodoh? | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, May 8, 2014

Pengikut Ustaz Azhar Idrus bodoh?

Terlebih dahulu saya memohon maaf jika tajuk perkongsian ini agak keterlaluan. Saya tidak berniat untuk menyinggung hati mana-mana pihak namun saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya menerbitkan artikel ini buat renungan kita bersama. Saya tak tahu macam mana nak memulakan bicara dan saya cuba untuk bercakap mengenai isu ini dengan cara lembut dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Maafkan saya.

Ustaz Azhar Idrus (icon remaja masa kini)

Saya mulakan dengan satu petikan akhbar berbahasa melayu di bawah ini. 
HULU TERENGGANU: Buat pertama kali di negeri sendiri, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di gelanggang futsal setelah tidak dibenarkan berbuat demikian di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, malam tadi.

Difahamkan, beliau telah menyampaikan kuliah dua bulan sekali di masjid itu sejak dua tahun lalu tidak pernah dihalang sebelum ini.

Walaupun diadakan dalam gelanggang futsal, namun tidak menjejaskan kehadiran muslimin dan muslimat termasuk anak-anak muda untuk mendengar kuliah daripada ustaz idola mereka.

Menurut sumber, jumlah para hadirin untuk mendengar kuliah semakin bertambah sehingga pihak masjid menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selesa.

Pertama kali saya membaca berita ini saya cukup tersentuh. Timbul persoalan dalam benak saya, mengapa perlu larangan dibuat untuk sesuatu perkara yang baik? Saya tertanya-tanya berikutan larangan tersebut. ya, mungkin saya tidak mengetahui hal sebenar tetapi tindakan menghalang beliau merupakan sesuatu yang tak masuk akal bagi saya.

Pengumuman larangan ceramah yang 6 mei lepas.

Berikutan isu ini saya berfikir apa fungsi masjid sebenarnya? Dalam buku 'The Role of the Mosque' tulisan Sheikh Omar Bakri Muhammad pun ada menyatakan masjid perlu memainkan banyak peranan penting dalam masyarakat muslim apatah lagi hal-hal berkaitan agama. Betulkan saya kalau saya tersilap.

Mungkin disebabkan sedikit percanggahan kita terhadap beliau membuatkan kita bertindak sedemikian. Apa salah Ustaz Azhar Idrus? Sekali lagi saya mengatakan saya bukanlah orang yang tinggi ilmu agama tetapi sedarkah kita siapa kita dibandingkan beliau? Ilmu kita sampai tahap mana jika dibandingkan dengan ilmu mereka? Layakkah kita? Kalau pun kita tak suka, kita kena sedar mereka ini merupakan golongan ulama dan golongan ulama ini adalah pewaris para nabi.

Rasanya cukuplah dulu luahan ikhlas saya berkaitan isu ini. Kalau saya ulas panjang lagi mungkin inilah kali terakhir anda membaca blog saya. Malas nak ulas panjang, video sayu di bawah ini saya kirimkan sebagai penutup artikel kali ini.. Assalamualaikum.

Sayu tengok video ini

Pautan I, Pautan II

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

14 comments:

  1. Ya Allah! teruknya smpai mcm tu skali.. apa salah UAI smpai larangan mengadakan kuliah di masjid...isk! mmg tak patut lah...agak-agak lah bah! klu pun berbeza pandangan politik, jangan campur aduk dlm hal mencari ilmu akhirat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl kak.. Bukan takat larang kuliah malah sampai ada yg cakap pengikut UAI nie bodoh macam dalam video tu. :(

      Delete
  2. semakin lama ulamak ditinggalkan...semakin lama umarak dilalaikan...

    ReplyDelete
  3. pelik kan aniq...kenapa laa susah sangat nak terima kebaikan, malah dicaci dan dihalang pula...kalau buat jahat kenapa tak caci tak halang?? i wonder =..="

    ReplyDelete
  4. ermmmmmmm..kenapa nak halang kalau orng nak buat benda baik plak

    ReplyDelete
  5. Ini semua berlaku atas dasar politik. Pasti ada balasannya.

    ReplyDelete
  6. Kadang manusia jatuh di tahap melampau. Harapnya ada penjelasan dari pihak masjid.

    ReplyDelete
  7. sebabnya tidak diberitahu pula yer, larangan untuk tarikh tu je atau sampai bila-bila bro. kalau selamanya nampak macam tak kena je larangan tu...

    ReplyDelete
  8. Anonymous09 May, 2014

    tak tau la nak komen benda begini..akhir zaman..

    ReplyDelete
  9. ga begitu mengerti masalahnya

    ReplyDelete
  10. Dah kena step down pun MBnya

    ReplyDelete
  11. Bila dah nafsu melebihkan segala-gala...manusia akhir zaman...

    ReplyDelete