Aspek penting yang harus diberi perhatian sebelum membuat kad bisnes | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Wednesday, April 23, 2014

Aspek penting yang harus diberi perhatian sebelum membuat kad bisnes

Kepentingan kad perniagaan tidak dapat disangkal lagi pada masa kini. Melalui hanya sekeping kad, ia sudah memadai untuk menyampaikan informasi tentang perniagaan yang kita jalankan. Namun ada beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian ketika hendak membuat kad bisnes. Mari kita lihat bagaimana ciri-ciri kad bisnes yang baik dan efektif:


1. Logo
Bisnes anda ada logo ke tak? Kalau tiada, sila buat. Logo bisnes akan diletakkan di kad bisnes sebagai suatu penjenamaan.. Pastikan reka bentuk logo bisnes itu bersesuaian juga untuk digunakan pada kepala surat (letterhead), sampul surat, inbois, resit dan segala cetakan lain..

2. Selogan atau tagline
Macam KFC selogan mereka ialah “Finger Lickin’ Good”.. Itu dulu.. Sekarang dah tukar ke “So good”.. Jadi selogan atau tagline bisnes anda kena diletak ke dalam kad bisnes supaya ia memberi gambaran awal tentang bisnes yang dijalankan..

3. Font
Saiz font harus tidak kurang dari 8.. Sebab jika kurang daripada tu, takut-takut sesetengah orang tak dapat baca.. Kena pula kalau pelanggan kita tu rabun dekat.. Kesian dia terkebil-kebil tengok kad bisnes kita..

4. Warna
Warna latar dan font pastikan kontra.. Kalau warna dah dekat sama, menyusahkan orang nak baca.. Orang yang tak rabun warna pon boleh ambil masa sejam nak faham apa kita tulis.. Kuantiti warna dalam kad bisnes sebaiknya tidak melebihi 5..

5. Material
Gunakan material yang berkualiti.. Jangan gunakan kad lembut yang mudah koyak atau terlipat di hujung.. Material baik yang paling popular adalah art card 260 gsm.. Material ni tak tebal tapi keras..

6. Offset vs Digital printing
Dari segi kualiti warna, offset memang lebih cantik daripada digital printing.. Kosnya pon lebih murah.. Material kad pon pelbagai.. Nak matt laminate boleh.. Spot UV boleh.. UV varnish boleh.. Eh semua boleh lah! Jadi buat jelah kad tu dengan offset printing..

7. Maklumat
Anda tak perlu letakkan status anda yang sudah berkahwin atau bujang di dalam kad bisnes.. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, nombor telefon, emel, alamat, laman web, laman sosial, servis dan produk yang ditawarkan.. Itu antara yang penting..

*****

Adaptasi daripada artikel yang pernah ditulis oleh umarvellous.com dalam laman blognya. Senarai tersebut merupakan sebahagian daripada aspek penting kad bisnes yang baik dan efektif. Pastikan anda semua memiliki aspek tersebut dalam kad bisnes masing-masing. Diharap melalui perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita terutamanya mereka yang bergelar usahawan.

Bagi yang masih belum mempunyai kad bisnes tu, saya sarankan cepat-cepatlah buat. Usahawan yang tidak mempunyai kad bisnes memang payah sebab saya sendiri pernah alami. Terpaksa keluarkan pen dengan kertas untuk memperkenalkan siapa dan apa bisnes yang kita buat. Memang leceh. Kalau ada kad bisnes kan senang sikit. Barulah nampak macho. Oppsss! :)

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

5 comments:

  1. good sharing Aniq. bisnes card mmg sangat penting bila berbisnes.

    ReplyDelete
  2. hehehe sy pernah buat kad ttp lepas tu langsung buang saja sebab xpakai aau mungkin y sendiri yang tak reti nak gun pakai. ssekali terpikir juga apa pentingnya kad nih?good sharing bro :)

    ReplyDelete
  3. Memang penting Kad Bisnes ni kan Aniq... berguna utk para pelanggan kita.. mana tau kak mo buat juga nti... carik aniq jak...hehehe

    ReplyDelete
  4. Emm kalau saya buat sendiri, bab warna tu memang fail..kalau orang kreatif cantik jer dia buatkan..hehe

    ReplyDelete