Tiga soalan yang dijawab dengan satu penampar | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Friday, May 31, 2013

Tiga soalan yang dijawab dengan satu penampar

Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke sebuah kampung untuk mencabar penduduk-penduduk di situ. Maka berkumpullah penduduk-penduduk kampung di sebuah tempat yang lapang bagi mendengar cabaran pemuda itu.

"Ada sesiapa di antara kalian yang boleh menjawab soalan-soalan berkaitan dengan keagamaan? Setakat ini tiada seorang pun mampu menjawabnya mahupun Professor dan orang yang pintar. Sekiranya anda berani dengan cabaran saya, sila tampil ke hadapan". Ajuk pemuda itu.

Sesiapa pun tidak berani menyahut cabaran sehingga terdapat seorang Imam tampil ke hadapan bagi menyahut cabaran tersebut.

Pemuda : Kamu siapa dan mampukah kamu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hanyalah hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya dengan adanya izin Ilahi.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1. Kalau memang Tuhan itu wujud,tunjukkan wujud tuhan kepada saya?
2. Apakah yang anda tahu tentang takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

(Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras)

-Gambar hiasan-

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas ketiga-tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukkan kepada saya dimana wujudnya sakit itu!

Pemuda : Tidak mungkin saya dapat tunjukkan.

Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir jawapan saya bagi pertanyaan anda yang kedua.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat daripada apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Allah menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

~SEKIAN~

Aku pengembara : Saya kongsikan kisah ini selepas ditanya oleh seorang rakan yang study dekat London sana. Maaruf nama dia. Dia mention nama Aniq Bukhary dalam FB. Bagi saya, kalau orang dah mention nama tu, bermakna ada sesuatu yang penting ingin disampaikan. Sebenarnya saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab persoalan ini (Belum khatam) ^^. Lihat di bawah:



Kisah teladan ini saya titipkan (sekurang-kurangnya dapat menjawab serba sedikit pertanyaan itu). Untuk lebih kepastian lagi bolehlah rujuk kepada orang-orang yang lebih arif berkaitan hal agama nie. Bab-bab agama nie saya tak berani ulas panjang sebab Saya bukanlah ahlinya. Kalau bab-bab fotografi, boleh laa.. ^^ Apa-apa pun thankz kepada anda yang sudi baca sampai habis perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat. ^^
Pautan

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

9 comments:

  1. perkongsian yang bermanfaat aniq.. memang terbaik jawapan imam tu.. :D

    ReplyDelete
  2. aku suka sgt kisah ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Anonymous31 May, 2013

    terbaik perkongsian aniq ni..

    ReplyDelete
  4. suka dgn kisah ini.. jwpn y bijak :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous01 June, 2013

    Posting ni -_- Saya ada simpan dalam email yang dapat dari kawan2

    -Jawapan yang ringkas dengan satu jawapan-

    ReplyDelete
  6. saya nak share ni boleh tak?

    baru nak belajar berblogging...

    selalu jadi silent reader je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... xde masalah. Ilmu itu hak milik kita bersama... :)

      Delete
  7. saya doakan imam itu (kalau ada) untuk masuk syurga amin

    ReplyDelete