Kapten Zaharie Ahmad Shah |
Siapa sebenarnya Kapten Zaharie ini masih ada lagi yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan juruterbang yang cukup disegani dalam kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS), berdasarkan kemahiran, kepakaran dan serta pengalaman luas yang beliau dimiliki.
Juruterbang yang telah mencatatkan 18,365 jam penerbangan itu juga mempunyai sebuah sistem simulator penerbangan Boeing 777 di kediaman beliau. Sistem simulator penerbangan itu dipasang oleh beliau sendiri dan siap pada November 2012 menggunakan perkakasan FSX dan FS9 pada enam skrin monitor.
Sistem simulasi itu turut dilengkapi dua kad grafik terkini jenis Asus 7970 serta beberapa perkakasan canggih yang lain. Minat anak kelahiran Pulau Pinang yang juga bekas pelajar Penang Free School itu turut mencakupi pesawat kawalan jauh dan beliau memiliki model Bell 222 dan jenis Cataline PBY.
Menyertai MAS pada 1981, Zaharie juga merupakan pemeriksa bertauliah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Selain Boeing 777, beliau pernah menerbangkan pesawat Fokker 50, Boeing 737 dan Airbus 300.
Disifatkan sebagai seorang yang mesra, peramah, ceria, gemar bergurau serta aktif dalam komuniti kejiranan, Zaharie juga mempunyai kebolehan memasak. Antaranya kari ikan, cendawan brokoli dan sambal tauhu malah beliau seringkali menghantar sendiri masakan seperti spaghetti dan bihun goreng untuk kenduri di kawasan perumahannya. [Sumber]
Juruterbang Zaharie Ahmad Shah dari kaca mata sahabat baik beliau, Kapten Norudin Abd Majid. Saksikan video dibawah:
#Let'sPrayForMH370
moga semuanya selamat
ReplyDeleteAmin Ya rabb... :(
Deletesedih sgt baca kisah pesawat MH370 ni..
ReplyDeleteTu la pasal.. Apapun, kita doakan semoga semua selamat dan kembali kepangkuan kita.. #Let"sPrayForMH370
DeleteMemang hebat Kapten Zaharie Ahmad Shah. Mudahan beliau, krew dan semua penumpang selamat.
ReplyDeleteameen...itu yg kita semua harapkan...
Deletejangan tuduh siapa2 dahulu sebelum ada bukti kuat
ReplyDeletemoga2 asbab pengalaman beliau, mh370 selamat mendarat di mana2 tempat...ameen
ReplyDeleteAamiin... semoga selamat semuanya ya Allah... aamiin..
ReplyDeletetabik spring kat dia bruhh. i dunno why some of ppl keep tuduh him yang bukan bukan. haihh. keep praying for Kapten and the others in mh370 =D
ReplyDeletemoga semua fitnah yg dilemparkan adalah tak benar..sy yakin!
ReplyDeletedoakan semoga semuanya dalam keadaan yang selamat..
ReplyDeletemoga kebenaran tersingkap... #prayforMH370
ReplyDeletesiap ada simulator kat rumah tu.. hebat!
ReplyDeletesemoga mh370 segera pulang :(
ReplyDeletehope the aircraft will be found soon =(
ReplyDeleteBeliau memng hebat..semoga beliau dn penumpang yg lain selamat semuanya..
ReplyDeleteamin! pray for MH370..smpai skg tiada lg berita sahih!
ReplyDeleteKiranya kapten ni aset terbsar negara la ni kan..hehe
ReplyDelete