Zizan Raja Lawak
Dah baca? Begitulah serba sedikit pandangan yang dilontarkan dengan tegas dan beraninya. Monopoli arus perdana kini telah menenggelamkan sebelah pihak sehingga boleh dikatakan tiada ruang sedikit pun untuk bernafas. Saya sendiri pun agak terkejut juga membaca statement ini petang tadi.
Namun ada sedikit persoalan mengenai status yang sekali pandang seolah-olah ditulis oleh Zizan ini. Sebagai orang yang sentiasa mengikuti perkembangan Zizan Raja Lawak di dalam facebook, timbul keraguan mengenai kesahihan statement ini. Setahu saya Zizan yang saya kenal sangat berbeza kerana Zizan tidak akan mengeluarkan statement yang agak kasar sedikit bunyinya seperti di atas. Satu lagi persoalan, fan page Zizan Raja Lawak seingat saya ada lebih kurang dalam dua juta lebih like dan gambar profile pun berbeza.
Siapa sebenarnya pemilik status ini, anda bolehlah cari dekat facebook dan taiplah nama yang tertera di atas.
Pendapat anda pula bagaimana? Semoga statement yang menggunakan nama Zizan ini tidak mengubah pemikiran anda. Saya yakin, pengundi abad 21 ini sudah matang dan tahu menilai yang mana benar ataupun sebaliknya. Cuma pesanan admin di sini, buatlah pemilihan yang bijak dan saksama kerana undi anda bakal menjadi penentu masa depan negara lima tahun mendatang. Pilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat dan bukannya pemimpin yang hanya pandai bermain kata-kata sahaja.
Rasanya cukup setakat ini sahaja yang saya nak sampaikan. Semakin panjang ulasan, nanti semakin panas dan bertambah hangat plak keadaan. Apa yang penting, sama-sama kita nantikan keputusannya nanti. :)
Sedikit info mungkin boleh membuka mata anda hasil perkongsian sahabat saya:
---> SENDA GURAU PILIHAN RAYA
~SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI~
ehe boleh pakai juga.tp itu lah logiknya kalau kerajaan yg pegang semua media.itu dh jadi haknya utk gunakan semua saluran.nak marah sgt pon xboleh.
ReplyDeleteapa kata sy cadngkan pmbnkang create saluran tv utk dorang saja,buat la tv13 ke tv15 ker..tayang je kat tv,itu lbh baik kot sbb nk harapkan saluran yg ada sekrang sah-sah la sebelah kerajaan.
tp agak2 kerajaan nk bagi lesen tak?ehehe :)
ini kalilahh
ReplyDelete