Hakikat sebenar pengundi dibuktikan melalui satu kod rahsia handphone | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Saturday, May 4, 2013

Hakikat sebenar pengundi dibuktikan melalui satu kod rahsia handphone

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya hari pengundian yang dinantikan bakal tiba kurang 24 jam dari sekarang. Situasi kini semakin sengit dan menerusi pemerhatian saya, kerajaan dan barisan pembangkang mempunyai peluang 50-50 untuk menang pilihan raya kali ini (sukar dijangka).

Walaupun apa dan siapa yang kita pilih, kita sebenarnya sayangkan negara kita malaysia. Bersempena dengan mood pilihan raya ini, saya mengajak anda melihat kod rahsia yang kali terakhir kita cuba ketika isu Lahad Datu hari tu [Sini]. Kod rahsia dibawah boleh anda simpan dan kalau ada yang nak send kod tersebut kepada rakan-rakan, tidak menjadi halangan. :)

Tanpa melengahkan masa, kita terus cuba kod ini:

1) Ambil handphone anda

2) pergi ke "write message"

3) tukar 'abc' kpd "abc yg bergaris" atau aktifkan dictionary/kamus english.

4) tutup skrin handphone guna tangan anda.

5) tekan nombor rahsia di bawah ini dengan betul:

4
056
8306 2529 74210


6) sekarang buka tangan dan baca..

Dapat jawapan? tahniah diucapkan bagi mereka yang dapat jawapan dengan tepat. Perkataan itulah sebenarnya yang saya yakin tersemat dalam hati pengundi-pengundi negara ini walaupun berbeza fahaman politik. Disebalik pergaduhan kecil selama ini, apa yang boleh saya katakan kita semua sebenarnya sayangkan negara Malaysia ini. Sekali lagi tahniah diucapkan bagi yang mendapat jawapan tepat! :D

Sebelum itu, saya mohon agar penulisan kali ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak ataupun mana-mana individu ok (Berpolitik biar bersih brader) ^^.  Baiklah, di bawah ini saya selitkan 2 gambar yang berjaya mencuri perhatian saya sepanjang perang pilihan raya umum yang ke-13 ini. Lihat di bawah:

Lukisan penuh makna. Walau pilihan berbeza, kita tetap saudara.. Sayang Malaysia!

Alangkah indahnya jika gambar di atas berlaku pada dunia realiti dengan tiada lagi politik kotor dan kafir mengkafir antara kita.. Sayang Malaysia, sayang pemimpin kita! :D

~SELAMAT MENGUNDI~

Off topic: Lain-lain kod. Just klik link kod di bawah..
Kod 1 (Mesej romantik)
Kod 2 (Mesej selamat pagi)

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

12 comments:

  1. jujur ea aniq..yang pasal lahad datu tu kita tak cuba buat balik..ahaha..sbb dlu kan tak dapat..sedih.. ni buat balik xdapat jga..huhu..nnt buat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x dapat, biasanya step 3 tu yg salah buat.. pastikan kamus english aktif / t9..

      kalau x dapat jg.. bg tau dkt chatbox... :)

      Delete
  2. Replies
    1. Wee all must unite... Terbaekk @Abdul Hafiz! :)

      Delete
  3. wahhh banyaknyaa kod rahsiaaaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba try test kod2 tu.. Tapi jangan bg tau org.. Rahsia.. Huhu

      Delete
  4. undi itu adalah rahsia.... xD

    ReplyDelete
  5. Anonymous04 May, 2013

    gambar kat bawah tu terbaik...tq sharing this info..

    ReplyDelete
  6. Selamat Mengundi kakak abang sekalian.:)

    ReplyDelete