Perkara yang membuatkan 'best' tengok bola | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Wednesday, May 29, 2013

Perkara yang membuatkan 'best' tengok bola

Masih dalam mood game Pahang VS JDT malam tadi.. ^^

Cukuplah dengan kisah semalam..

Aku nak tanya korang:(just fikir positif)
Kenapa korang suka sangat tengok bola sampai sanggup tunggu walaupun jam 3 pagi?
Tentu ada antara korang yg akan jawab:
“Suka tengok skill diorang”
“Sebab david beckham hendsome!”
“Sebab diorang main penuh strategy”
Dan lain-lain..

Hakikatnya, walau apapun jawapan korang…sebenarnya tengok bola adalah best kerana permainan itu ada peraturannya…dan semua pemain bermain mengikut peraturan...dan korang faham sangat dengan peraturan itu…

(siapa yg tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat tangan - dan pergi tidur!!!)

Kerana itu dalam mana2 perlawanan bola sepak mesti ada pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan..lagi,untuk membantu pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk memastikan para pemain bermain dalam peraturan yg di tetapkan…

Malahan jika korang nampak pemain2 buat silap dan pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menujukan santau kepada pengadil yg tak nampak kesalahan para pemain..Dan lagi, jika pengadil bagi hukuman yg tidak setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!!!

Apatah lagi jika ada mana2 pemain yg telah di 'beli'..ohh,,lagi tak best!!!Walaupun begitu korang masih mengikut nafsu yg mana jika pasukan korang buat salah biarlah pengadil tak nampak atau pengadil bagi hukuman yg ringan sajer..tetapi mengikut nafsu korang juga sekiranya pihak lawan buat salah dan silap, korang jerit2 depan kaca TV bagitahu kat pengadil dan korang amat berharap agar pasukan lawan yg korang tak suka itu di hukum dengan hukuman yg berat!!!kad merah!!!!

13 tahun yg lalu, aku juga suka bermain bola sepak…jam 6 petang aku akan turun bermain kat padang hujung kampong, tapi permainan itu sungguh bosan dan bahaya kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan(boleh bermain lagi walaupun sudah masuk halam surau..), tiada kad kuning untuk kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yg berdekatan..apatah lagi kad merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali tersepak genster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang…selepas mendapat kecederaan lebih kurang..aku give-up..aku bosan bermain tanpa peraturan…permainan bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yg main, oleh sebab aku bukan samseng atau alim...aku bermain permainan yg lebih selamat seperti bermain congkak, jongkat jongkit, batu seremban dan main bola di PS1..he he he, sungguh seronok bermain kerana ada peraturan..!!!

Andaikan korang bangun jam 3 pagi dan tengok bola..yg takde peraturan, takde pengadil…bola tercampak kat penonton pun masih boleh teruskan prmainan..ada gaduh-gaduh..darah di sini sana, penonton pun masuk sama, takde jersey,,ada yg berkain pelikat cap gajah duduk....best tak?!!!Huh!! Aku pun akan tutup TV mana mana game yg takde peraturan atau pengadil tak ikut peraturan…memang tak best…!!!!

Oleh yg demikian, hidup dalam dunia ini akan jadi best bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut peraturan…

Dengan syarat,
KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU.. SEKIAN...

Thankz to Abang kereta mayat


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

14 comments:

  1. kita pernah tengok sekali ja game bola..masa tu Selangor vs Perak kot..haha.. itu ja rajin tgk..tapi tak ada la fokus..huhu..

    tapi tabik la kat orang yg sanggup berjaga pagi2 tu..kalau me dah tidur..hoho

    ReplyDelete
  2. akak tak berapa minat sangat bola sepak ni.. hihi..

    ReplyDelete
  3. Anonymous29 May, 2013

    hehehehe...

    ReplyDelete
  4. aku kaki bola! nanti nak test la hantar santau kpd pengadil haha! :p

    ReplyDelete
  5. x minat sgt ...hehhehe xD minat tau keputusan akhir je.. kah8 :)) bosan rasanya tgk bola.. --,

    ReplyDelete
  6. sy suka jg main bola.dulu pernah juga ada team bola,pernah lawan pkns,proton & sebagainya...memang menang byk kali.ttp sebab masalah pemain lama2 terus 'hilang' team tu...sayang.kalau tak mesti dh jadik team yg bagus skrng.dulu sy main sayap kiri kkdang tukar kanan.
    trfikir jg nak tubuhkan kembali team tu, tp umur pon dh lanjut.mesti semput kalau tak faktor umur kompem ade balik team tu.nama team?ehehe rahsia :p

    ReplyDelete
  7. Betul tu aniq...xkira dlm apa saja perkara...mmg kna ada rules dan batas2nya.... bersederhana dlm smua pkara ...

    ReplyDelete
  8. suka sgt2 tgk bola..dah biasa drp kecik sbb dlm fmly akak,akak sorg pempuan.dh semua suka bola akak pun lama2 jd suka...x sbr nak tgk jdt vs pahang sabtu nie..jgnla jd mcm aritu,pnt tgggu..

    ReplyDelete
  9. layan skit2 blh la..:)

    ReplyDelete
  10. hehehee betul, setujuu :) teringat pulak zaman maen bola & futsal dulu :)
    and tengok game bola kt mamak/rumah ramai2, pastu if de pe2 emosi masing2 jerit2, hehehe..klaka.. comel laa entry kali ni :)
    ohh anyways godek2 tepi2 ni td, rupenye adee link kite kt bloglist yee, thank youuu sangat, heheeee :) alhamdulillah terpilih yee. thanks youu! :)

    ReplyDelete
  11. macam-macam kisah kan...but sbg org pahang rasa malu plk sbb kisah ni jd perhatian umum...

    **kuantan penuh sesak dgn manusia pd hari tu...jalan jem teruk n dah rasa mcm duk kl plk...

    ReplyDelete
  12. Anonymous30 May, 2013

    suka sangat tengok perlawanan bola sepak. sebab ss sorang anak perempuan. dan 1,1 nya yang minat bola. geng dengan ayah. hahaha.. suka tengok bola, sambil tnya nama pemain dengan ayah. ayah pun layankan. tapi skrg, tengok bola dgn tunang, kena bebel sebab ss suka bertanya. hahaha (dia xleh jadi macam ayah, pengulas nama pemain yang terbaik)

    tapi tak pernah masuk stadium bola lagi. hahaha ayah tak izinkan. stadium hoki pernah lah masuk. :D

    ReplyDelete
  13. erm! memang mengejutkan insiden di Pahang tu.. akak tgk di berita..isk! dah macm kes di oversea lah plak.. mmg tak patut berlaku di negara kita yg sememang nya terkenal dgn keamanan..

    ReplyDelete