Apa yang anda tidak ketahui mengenai gwiyomi @ kiyomi | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, April 18, 2013

Apa yang anda tidak ketahui mengenai gwiyomi @ kiyomi


Semenjak dua menjak ini, laman sosial tidak henti-henti memaparkan berkenaan video tarian comel gwiyomi yang semakin popular sekarang ini. Melihat reaksi masyarakat di beberapa laman sosial mengenai fenomena ini, saya tidak menolak jika tarian gwiyomi ini akan terus menjadi satu fenomena baru selepas fenomena gangnam style.

Untuk pengetahuan, lagu gwiyomi atau kiyomi ini adalah lagu single k-pop seorang penyanyi indie Korea Selatan bernama Hari [Lihat sini]. Album gwiyomi song ini telah dikeluarkan pada 18 Februari 2013 yang lalu menurut kumpulan Gwiyomi Player yang ditubuhkan pada Oktober 2012. Tarian lagu ini telah diilhamkan oleh rapper k-pop terkenal Jung Il Hoon yang dipanggil gwiyomi player dalam rancangan  BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme internet popular pada oktober 2012. Maksud gwiyomi/kiyomi ini sebenarnya adalah ‘seorang yang comel’ atau ‘arnab yang comel’.

Tarian comel gwiyomi ini mempunyai gerak tarian yang tersendiri dan untuk pengetahuan, video parodi gwiyomi telah dimuat naik dilaman youtube lebih dari 10,000 video. Dasyat! Tarian gwiyomi ini telah menular dengan cepatnya di beberapa buah negara asia merangkumi Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan tidak ketinggalan juga negara kita Malaysia.

Baiklah, di bawah ini saya selitkan satu video parodi comel wanita bertudung yang dengar khabarnya ditujukan khas buat suaminya. Sejauh mana kebenaran cerita tersebut, belum dapat dipastikan lagi. Tetapi jika melihat kepada cincin dijari manisnya, kisah yang saya dengar itu, ada benarnya. Wallu'alam..

 
Dah tengok? Sekali tengok nampak macam kelakar, tetapi dua kali tengok, boleh plak
 buat admin blog nie hilang stress kejap. Hoho.. Gwiyomi.. gwiyomi.. :)

 
Di atas tadi merupakan gwiyomi versi comel dan yang nie plak merupakan gwiyomi versi terlebih comel. Video yang macam ini la yang menambahkan lagi stress admin malam-malam ni.. Hahaha 

AMARAN: Tarian ini hanya boleh dibuat dihadapan adik-adik anda dan dihadapan suami (bagi mereka yang sudah berkahwin). Aksi ini jangan sesekali dibuat dihadapan pakwe atau dihadapan orang yang bukan muhrim seperti yang pernah Shah Rukh Khan pesan kepada kita sebelum ini [KLIK SINI]. Hehe :)




TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

14 comments:

  1. video no 2 tu yg xtahan tu.giler habis la..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan?? Haha. kalau x salah yg buat tu org filipina..

      Delete
  2. baru semalam tgk..ahaha..
    sekali tgk ok..2 3 kali tgk bosan.. ^^
    video no 2 tu boleh tahan comel jga la..ahaha

    ReplyDelete
  3. Kalo girl yg buat memang comel, kalo boy yg buat pon ade yang comey.. tp not that kind of boy la kn haha bertatu bagai macam tu.. Jambu xpela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. pompuan memang comel..
      tapi kan nurul,
      kalau lelaki yg buat
      rasa nak muntah pun ada.. :)

      Delete
  4. Hahaha I pun stress tetiba tengok video yang terlebih comel tu :p

    ReplyDelete
  5. Haha...virus Gyiyomi menular !

    ReplyDelete
  6. tu dia pengaruh gwiyomi..comel dan terlebih comel..hehe

    ReplyDelete
  7. Sukaaaa sis maria elena buat..so cool

    ReplyDelete
  8. comel je akak tengok.. :D

    ReplyDelete
  9. aku penah tgk yg versi kucing je.. -_-"

    versi asal yg mn ek? :o

    ReplyDelete
  10. stres aku tgk yg kedua 2..haha

    ReplyDelete
  11. cooooomel tuu sumandak kan..

    ReplyDelete