Berharap dapat bertemu Cik Na tukang urut (3 gambar) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, April 9, 2013

Berharap dapat bertemu Cik Na tukang urut (3 gambar)

Seperti biasa, aku akan teruskan pengembaraan ini. Tetapi pengembaraan kali ini berbeza daripada pengembaraan yang sudah kerana aku tidak berseorangan. Aku ditemani oleh seorang rakan serta kertas assignment black and white photography yang perlu diselesaikan dengan segera. Kali ini Pantai Morib menjadi sasaran setelah Bukit Broga terpaksa cancel last-last minute disebabkan beberapa faktor.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Pantai Morib, hujan pula turun dengan lebatnya. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi ke Sepang (rumah abang) terlebih dahulu untuk mengambil peralatan printing t-shirt yang tertinggal di sana. Hujan seakan tidak memberi sedikit pun ruang untuk kami meneruskan perjalanan maklumlah aku hanya menunggang sebuah motor yang tak beratap.

Beg besar dah bawa, hujan plak.

Melihat keadaan itu, aku, abang dan seorang rakan itu pun membuat sedikit meeting berkenaan perjalanan kami dan keputusan pun dibuat. Abang memutuskan supaya kami bermalam di Sepang dan meneruskan perjalanan pada hari esok. Aku akur. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Hari yang dinanti pun telah tiba dan pagi ahad pun muncul jua. Selepas solat subuh, kami pun memulakan perjalanan dan pada saat itu jugalah aku mendapat idea untuk singgah sekejap di Gold Coast Pantai Bagan Lalang yang pernah saya tulis sebelum ini [KLIK SINI]. Di situlah aku cuba untuk settlekan semua assignment takut kalau-kalau tak sempat pergi ke Pantai Morib.

Antara gambar yang sempat shoot.

Akhirnya sampai di Gold Coast. Selepas melihat jam ditangan telah menunjukkan pukul sembilan pagi, kami pun bersiap untuk meneruskan pengembaraan. Kali ini sesuatu yang buruk telah berlaku, motor wave kesayaangan pula mengalami masalah tayar bocor. Fuh! aku menggaru kepala yang tak gatal. Pegawai keselamatan yang berada di situ menjadi sasaran pertanyaan bengkel berdekatan dan jawapan terbaik dari ladang aku terima. "Kat sini tiada bengkel, korang kena pegi pekan lebih kurang sepuluh kilometer". Dengan senyuman aku menjawab "Thanks uncle" dan berlalu dengan motor pancit itu.

Setelah beberapa minit perjalanan, aku mengambil keputusan untuk singgah bertanyakan kepada seorang penjual kuih yang berada di tepi jalan itu. Belum sempat aku berkata apa-apa, wanita cute itu pun berkata,

"Motor pancit ke?"
"Hehe.. ye la.. bengkel motor jauh lagi ke?"
"dekat simpang depan tu ada..." Jawanya.
"Jalan kaki agak-agak berapa lama?"
"Hehe.. kalau jalan kaki, berpeluh juga la.." jawabnya sambil tertawa kecil mungkin geli hati mendengar soalan bodohku.

Aku dan seorang member itu tiada pilihan. Apa yang ada dalam kepala time tu, bawa motor sampai terjumpa bengkel walaupun tak tahu selok belok jalan dekat situ. Beberapa ketika selepas itu, tanpa diduga datang seorang mak cik yang berpewatakan ganas menawarkan diri untuk menunjukkan tempat untuk betulkan tayar. "Aik! biar betul mak cik ni.." Risau pula aku tiba-tiba pula mak cik tu offer.

"Seorang ikut mak cik dan seorang lagi bawa motor yang pancit tu". katanya.
 
Member aku pun tanpa berfikir panjang menunjukkan isyarat supaya aku yang ikut dengan mak cik yang tidak dikenali sementara dia membawa motor yang pancit bagi mengurangkan bebanan berat. Kami tiada pilihan.

"Tak menyusahkankah?" Tanya ku.
"Takde la, cepat naik". Arah mak cik itu sementara diekori rakan dibelakang yang menunggang motor pancit.

Pada awalnya aku beranggapan mak cik tu ganas orangnya dan ternyata anggapanku silap. Dalam perjalanan aku sempat bertanyakan tempat tinggal mak cik tu dan jawapan panjang diberikan. Mak cik tu bagitahu dia bekerja di airport, ada lima orang anak, tiga orang dah bekeja, dua orang masih belajar dan banyak lagi maklumat yang diberikan sehinggakan tiada ruang untuk aku bercakap. Selepas beberapa ketika itu, kami pun sampai di bengkel motor yang dimaksudkan namun sekali lagi malang menimpa apabila kedai tersebut pula tutup. Terlupa pula aku rupanya hari tersebut merupakan hari ahad.

Melihat keadaan itu, tiba-tiba mak cik itu pun berkata,
"Anak ni asal mana?"
"Saya asal Sabah, study dekat Cyberjaya, duduk dekat Puchong". Jawabku detail.
"Oh Puchong.. jauh tu nak..." takkan nak balik dengan tayar pancit?"
"Tak pe la mak cik.. nanti saya ikhtihar.." Jawabku yang tidak mahu menyusahkan mak cik itu lagi.

Mak cik itu merenung aku dalam-dalam lantas berkata, "Jom kita pergi kedai sebelah masjid sana. Kat sana ada bengkel motor.. Mudah-mudahan lah buka nak.. mak cik kesian tengok kau dengan kawan kau tu.. Puchong bukannya dekat". Melihat kesungguhan mak cik tu membantu, perasaanku menjadi bercampur baur. Serba salah, terharu dan malu pun ada dengan wanita yang umur dalam lingkungan 40-an itu. Aku sendiri tidak menyangka keprihatinan mak cik itu sampai ke tahap ini.

Tidak lama selepas itu, kami pun sampai di tempat yang dimaksudkan. Alhamdulillah, ada juga kedai cina yang buka hari ahad nie. Hatiku lega. Beberapa ketika lepas itu pula muncul kelibat rakan aku yang dari tadi mengekori dari belakang. Kami pun mengucapkan terima kasih yang tak berbelah bagi kepada mak cik tersebut. Tak sangka pula ada lagi manusia yang berhati mulia seperti mak cik itu.

Alhamdulillah jumpa juga bengkel nie.

"Terima kasih mak cik, tak tahu lagi nak kata apa.." kawanku bersuara.
"Tak apa.. Berapa harga tukar tayar tu?" Tanya mak cik tu.
"Maybe dalam sepuluh ringgit je mak cik.. " Jawab ku ringkas.
"Oh, ada duit tak nie?" Soal mak cik tu on the sport.
"Ada mak cik.." Jawab ku dengan penuh yakin disebabkan malu yang tak terkata dengan mak cik tu. Dalam hati takkanlah yang nie pun mak cik nak bayar. Malu tahap dewa dowh!
"Oklah. Apa-apa hal, nanti contact mak cik ataupun kalau nak kerja dekat airport. Kat dalam tu banyak kerja. Nie ambil nombor mak cik. Cik Na Urut.. selain kerja kat airport, mak cik juga tukang urut.
"terima kasih banyak tau mak cik," Sekali lagi rakan baik ku mengucapkan terima kasih atas budi baik Cik Na Urut itu..
"Ok, hati-hati dalam perjalanan". Sambil berlalu pergi dengan motor maroonnya....

Mulianya hati Cik Na ini.. Aku berharap, satu hari nanti aku akan dapat bertemu dengannya lagi. Jasamu tetap ku kenang..

~SEKIAN~



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

7 comments:

  1. banyak juga dugaan aniq nampaknya..alhamdulillah ada lagi manusia yg prihatin mcm cik na.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. Bukan senang nak jumpa orang yg bik hati zaman sekarang nie.. satu dalam sejuta..

      Delete
  2. owhhh bagusnya.dalam dugaan tu ade juga hikmahnya.setahu sy kat sana mmg ssah nak cari kedai motor selain kat pekan je.sy pon selalu jg ke sane lepak2 kat bagan tu.walaupun xlah cantik sgt tp boleh la sikit2 nk rehat2 kan minda.tp kalau xsilap kt kg nelayan sebelah chalet tu pun mgkin ada kedai motor, kalau xsilap la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah bro nak cari kedai motor kat sana..
      pekan pun boleh tahan jauh juga..
      Apa pun, satu pengalaman berharga yang saya dapat.. hehe

      Delete
  3. dugaan mematangkan kita ..n bagi pengalaman.. ^^ ada juga manusia yg ada ihsan lagi kan even sekarang negara dah semcam tk selamat.. moga Allah berkati dan murahkan rezeki aunty tu..amin. :)

    ReplyDelete
  4. Cik na tukang urut?..

    ReplyDelete