Koleksi kata-kata untuk sahabat (Part 1) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Wednesday, April 24, 2013

Koleksi kata-kata untuk sahabat (Part 1)

Jika satu hari aku pergi
tanpa ucap SELAMAT TINGGAL
Jangan sesekali bersedih..
Pegang dan ingat sampai mati
Bahawa aku tak pernah menyesal
mempunyai sahabat baik sepertimu..

Persahabatan adalah ANUGERAH..
Membuat kita TERTAWA, MENANGIS,
MENERIMA, MEMBERI,
Dan yang paling penting
Membuat kita MENGHARGAI HIDUP INI..

Bila sahabat kata SUKA, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab anda TEMAN yang layak diCINTAi, 
bila sahabat CEMBURU, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab anda teman yang BAIK bila jalinkan perSAHABATan, 
bila sahabat kata RINDU, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab dia RINDU teman sebaik anda.. 
ini bermakna saya berhak kata saya SUKA pada awak, 
CEMBURU bila awak ketepikan saya, 
RINDU bila awak lupakan saya.. 
inilah hebatnya jalinan PERSAHABATAN..

Mengenali seseorang itu mampu memberi sejuta  rasa 
gembira, sedih, rindu, benci dan sayang, 
tapi sedarkah kita, mengenali seseorang itu 
sebenarnya satu ANUGERAH.. 
biarpun hadirnya Cuma seketika dan sekadar teman sementara.. 
bersyukurlah dengan kehadirannya kerana 
melaluinya kita dapat mengenal erti PERSAHABATAN..

Teman sejati seperti bintang2
Yang tak selalu kelihatan
Tetapi selalu di ingatan..

Aku memiliki sepasang mata, 
tp tdk dapat selalu melihatmu..
Aku memiliki sepasang tangan, 
tp tdk dapat selalu melindungimu..
Tapi aku memiliki sebuah hati, 
yang selalu berdoa untukmu..

~SAHABAT SELAMANYA~ 

Aku pengembara: Dipetik daripada mesej-mesej yang pernah member-member saya sent kepada saya. Mesej-mesej ini kemudian saya ubah sedikit mengikut kemahiran sastera kurniaan Allah ini agar sampai kepada pembaca (itu pun kalau sampai la^^). Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua dan pesanan saya, sayangilah sahabat anda kerana sahabat yang baik akan berkekalan selamanya. Nantikan kata-kata seterusnya. :)



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

5 comments:

  1. suka yang ke 3 .. makan dalam kalau bg kat sapa2..huhu

    ReplyDelete
  2. best3.. akak nak bagi 1 pada kawan akak la.. :D

    ReplyDelete
  3. Teman sejati seperti bintang2
    Yang tak selalu kelihatan
    Tetapi selalu di ingatan..

    suka...hehehe..usu ambil yg ni k..bg ngn kwn..hehe :)

    ReplyDelete
  4. Sahabat yang mahu menutup ke aibkan kita selayaknya dipanggil saudara.
    Dan sahabat seperti ini memang susah dicari.

    ReplyDelete