Perlukah wanita berpenampilan seksi? | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, August 7, 2012

Perlukah wanita berpenampilan seksi?

Saat seorang wanita cantik dan seksi muncul dalam satu majlis, biasanya sang lelaki akan terus bereaksi.  confirm mesti punya la. Ada yang just tengok tanpa komen ape-ape, ada yang bersiul nakal, ada juga yang bernyanyi dan yang lebih berani ada yang mendekati dan mintak nombor fon. manelah tau nasib pompuan seksi tu gi layan kan?
kalau dah macam tu.. perlukah seorang perempuan berpenampilan SEKSI?

Untuk merungkai persoalan ini, Aku pengembara tertarik dengan satu kajian yang dilakukan oleh seorang rakan blogger yang turut mengambil berat hal ini. Blogger wanita tersebut membuat kajian dengan bertanyakan soalan-soalan berkaitan pandangan lelaki tentang perempuan cantik serta seksi dan ternyata respon yang diberikan agak mengejutkan. Lihat jawapan di bawah:


JAWAPAN 1:
"Lelaki mana wey yang tak suka tengok pompuan cantik dan seksi? cuba ko bagitau aku??. But, aku suka tengok cam tu je. kalau nak ajak kawen? upsss. Nanti dulu. kena pilih-pilih gak. nak kena tengok agama, keturunan, kekayaan..bla..bla.."


JAWAPAN 2
"Aku suka tengok pompuan yang pakai mini skirt. paha putih gebu. Perghhh! tapi kalau nak dijadikan isteri. tak mungkin. aku tak nak isteri aku pegi tayang kat khalayak ramai kecantikan dan keseksian dia tu. itu semua hanya untuk aku sorang je"


JAWAPAN 3
"Pompuan seksi memang mengujakan mata lelaki. tetapi kalau nak pilih calon isteri, aku lebih suka pompuan yang memiliki peribadi seorang muslimah sejati. " (Sini)

Amacam.. menarik tak hasil kajian tersebut?


Soalnya sekarang, lelaki nak pompuan yang cam mana untuk  dijadikan isteri?

Persoalan ini mengingatkan Aku pengembara dengan kata-kata seorang rakan semasa kemasukan pelajar baru yang lalu. Time tu Aku pengembara diberi tugas untuk membacakan doa dalam majlis tersebut sekaligus Aku pengembara la antara orang yang terawal dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar baru. Selepas sahaja majlis itu, seorang rakan bertanya kepada Aku pengembara, "Amacam tadi, ramai student pompuan tak?." Dengan nada bergurau Aku pengembara cakap, "Opkoz la ramaiii..  Ada yang cute, ada juga yang seksi. Terpulang la nak pilih mana." jawapan Aku pengembara itu disambut dengan gelak tawa kami berdua. Kemudian dia cakap, Wei! Walaupun aku macam nie, tapi kalau nak cari isteri pun, biar yang bertudung. Sejuk sikit mata nie memandang. Yang tu kalau nak jadikan spear part boleh la. Hahaha.. "

Ada betulnya juga apa yang member Aku pengembara tu cakap. Itulah naluri seorang lelaki, walau macam mana pun jahatnya lelaki itu, apabila mencari isteri seterusnya menjadi pasangan hidup, mereka akan memilih pompuan yang sopan santun dan beragama. At least pakai tudung la. Sebagai seorang lelaki, Aku pengembara sendiri akui hakikat itu. Aku pengembara pun kalau nak cari pasangan hidup, first sekali biar yang beragama. Tak cantik pun tak apa, boleh tutup lampu. Hahaha (macam kenal je ayat nie). Tak champion masak pun tak apa, at least pandai masak nasi n goreng-goreng sikit dah la (yang lain boleh belajar together-gether lepas kawin^^). Apa yang penting, bagi aku cukup la jika dia sanggup berubah bersama-sama aku ke arah yang lebih baik serta sanggup menegurku bila aku lalai daripada tanggungjawab. OPPSSS, TERLEBIH SUDAH! ^_^ (mata comel)



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

2 comments:

  1. so kesimpulannya gadis2 di luar sana kena lah pandai jaga penampilan. :)

    ReplyDelete
  2. Betul 2.. kesian la ngn lelaki. hehe

    ReplyDelete