Gempak! Desaria Villa Puchong runtuh (11 photo) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Monday, April 23, 2012

Gempak! Desaria Villa Puchong runtuh (11 photo)

Satu kejadian yang menggemparkan semua apabila bangunan Desaria Villa Condominium yang terletak di Puchong, Selangor runtuh baru-baru ini. Bangunan yang menempatkan lebih kurang seribu orang pelajar Universiti Limkokwing itu runtuh dan mengalami kerosakan teruk. Mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pada waktu kejadian semua pelajar sempat menyelamatkan diri masing-masing. Saya sempat meninjau tempat kejadian dengan beberapa rakan yang lain dan hasilnya beberapa foto mengerikan ini saya snap untuk tatapan anda.


*Desaria villa condominium sebelum kejadian

*Pandangan dari tepi Desaria villa sebelum berlakunya tragedi malang itu

*Desaria Villa yang tersergam indah tempat kediaman pelajar Limkokwing

*Angle yang menarik

*Plaza Desaria Villa

*Inilah gambar Desaria Villa selepas kejadian yang sempat diambil

 *Desaria Villa selepas kejadian

 *Desaria Villa selepas kejadian

 *Kesan kerosakan yang merisaukan ramai pihak

 
*Pandangan dari atas kerosakan yang berlaku

Aku pengembara: Tujuan asal gambar ini didedahkan sebenarnya adalah untuk menunjukkan kemahiran dalam penggunaan kamera DSLR. Saya cuba mempraktikkan fungsi auto dan manual focus yang terdapat dalam kamera setelah membuat research dalam beberapa hari nie dan hasil yang saya perolehi cukup menarik. Saya dapati terdapat tiga cara untuk mendapatkan hasil seperti di atas dengan cara yang mudah bagi orang-orang yang malas seperti saya. Haha.. Tapi kalau ada cara lain pun dialu-alukan untuk kongsi bersama dan kalau ada kekurangan boleh la tambah dan komen apa yang patut. Hal ini kerana kemahiran dalam fotografi merupakan satu benda yang subjektif dan tak cukup rasanya untuk saya terangkan pada entry kali ini. Apa-apa pun, bagi mereka yang teringin untuk melihat kerosakan tersebut di hadapan mata, boleh la datang terus ke bilik study yang ada tv besar kat Desaria tu. Kesan kerosakan tu masih ada lagi dan tidak terusik sikit pun... :)



TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

3 comments:

  1. wah ada gaye gamba2 ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Just nak hiburkan hati n tingkatkan kemahiran menggunakan fungsi kamera.. hehe. Apepon thankz komen2 anda..

    ReplyDelete