Misteri makhluk berkaki satu di blog B Desariavilla | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, December 20, 2012

Misteri makhluk berkaki satu di blog B Desariavilla


Gambar misteri ini merupakan antara ribuan gambar yang masih lagi tersimpan rapi dalam memori DSLR Aku pengembara. Gambar yang bertarikh 3 april 2012 ini pada awalnya Aku pengembara istilahkan sebagai gambar 'sampah' dengan composition serta angle yang langsung tidak menarik. Namun gambar sampah itulah yang telah menggemparkan student Limkokwing dengan kehadiran makhluk berkaki satu. Gambar ini di'snap' secara kebetulan oleh Aku pengembara sendiri yang pada awalnya sekadar untuk menunjukkan kepada seorang member contoh element framming dalam fotografi. Secara spontan Aku pengembara pun menghalakan lensa kamera ke arah seorang wanita cantik yang sedang berjalan lenggang-lenggok menaiki tangga. Apa yang mengejutkan apabila sahaja gambar terpapar pada skrin kamera, kelihatan seorang wanita berkaki satu sedang mengekori seorang lelaki yang sedang membawa beg plastik (gambar di atas). Seram. Untuk megetahui kisah ini dengan lebih detail, bolehlah bertanya terus kepada rakan Aku pengembara, ABDUL HAFIZ yang kebetulan bersama saya melihat secara live kejadian yang penuh mendebarkan itu. I have no answer for this question..

Hal-hal demikian sememangnya biasa berlaku di mana-mana tempat termasuklah Desaria Villa, tempat kediaman student Limkokwing ini. Sebelum ini pun pernah berlaku satu kejadian bunuh diri terjun bangunan di bangunan blok B. Cukup tragis. Time tu Aku pengembara belum lagi tinggal di Desaria Villa nie. Nak bukti kisah tu boleh la klik sini ---> SINI.

Tak cukup dengan itu ada satu lagi kisah yang Aku alami sendiri sepanjang menetap di Desaria Villa tercinta ini. Kejadian nie berlaku pada tahun lepas time subuh, seperti biasa rutin harian apabila sahaja jam menunjukkan pukul 6 pagi, Aku dengan mood baru bangun tidur melangkah malas turun menuju ke surau. Rumahku tingkat 10, surau plak bawah sekali dekat dengan swimming pool. Fuh! menguji tahap kemalasan..hehe. Pagi tu beza dengan pagi-pagi yang lain. Suasana di luar koridor gelap. Tidak tahu siapa yang tutup lampu time-time begini. Dalam kesamaran cahaya bulan, Aku kuatkan langkah menuju ke arah lif yang berada di hujung bangunan dekat dengan bilik tempat sampah. Apabila sahaja pintu lif terbuka, Aku pun masuk namun yang menghairankan lampu dalam lif pun buat hal. berkelip-kelip lambat plak hidup. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Aku pun mula syak sesuatu. Jantungku mula berdebar-debar. Mata yang tadinya stim automatik segar. bulu roma plak meremang tak tentu pasal. Perjalanan lif dari tingkat sepuluh ke bawah begitu lama ku rasakan. Apabila sahaja pintu lif terbuka, Aku pun cepat-cepat keluar dengan harapan semua perasaan itu akan hilang.

Ingatkan ia sudah berakhir, namun ketika melalui lorong sunyi menuju ke surau, dalam suasana samar-samar Aku terlihat satu lembaga dengan rakus menggigit tengkuk seseorang. Aku tercengang. Jantungku berdegup kencang bagaikan sebuah gelanggang kuda. "Salamun ala sulaiman fil alamin" itu sahaja yang mampu Aku ucapkan seperti yang pernah diajar oleh seorang ustaz kepada ku apabila berhadapan situasi seperti itu. Aku tiada pilihan. Aku tarik nafas panjang-panjang dan kuatkan semangat meluru ke hadapan. Dalam jarak lebih kurang lima meter bentuk lembaga itu jelas kelihatan. Shit! rupa-rupanya sepasang kekasih sedang berasmara. Tak guna punya foriegner. Suspen Aku. Setelah menyedari kehadiran ku, adegan gigit-menggigit itu terhenti di situ. Aku yang lengkap berkain sarung itu pun berlalu sambil diperhatikan oleh mereka. Lemahnya iman. Hanya mampu melihat situasi itu di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.

Selain itu, ada satu lg kisah yang Aku pernah dengar dari senior-senior time baru masuk semester satu dulu. Tak tahu la kisah nie betul ke tak tapi yang pasti kisah nie heboh diperkatakan time tu. (kalau senior nie tipu, maknanya Aku pun tipu la). Senior tu cakap, ada seorang wanita penjual minyak wangi yang kerap kali berlegar-legar disekitar Desaria Villa condominium tersebut. Tiap hari tanpa rasa jemu dia menyapa student untuk menjual minyak wangi tersebut tapi yang anehnya tiada siapa pun yang mengenali wanita itu. Dikatakan wanita itu akan datang apabila menjelang malam dan menghilang apabila sahaja azan subuh berkumandang.. Wallahu alam...





TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

1 comment: