Entri yang mendapat sambutan di blog Denaihati (2012-2014) | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, April 6, 2014

Entri yang mendapat sambutan di blog Denaihati (2012-2014)

Selepas membaca hasil tulisan pemilik blog Denaihati daripada tahun 2012 sehingga 2014, satu ayat yang boleh saya ungkapkan, "saya merupakan orang yang paling malang kerana baru mengenali blog beliau". Secara peribadi saya tidak begitu rapat dengan beliau, namun melalui tulisan-tulisan dalam blog beliau, saya mendapati beliau mempunyai satu keunikan yang tidak dimiliki mana-mana blogger lain. Blog yang lengkap mengisi pelbagai aspek merangkumi tips blogging, politik, agama, sukan dan isu semasa.

Saya pernah berjumpa dengan pemilik blog Denaihati ini semasa Perhimpunan blogrrr dekat The Mines hari tu. Itu pun tak sempat nak tegur. Time tu, beliau sedang rancak berbual projek juta-juta dengan Bro Framestone. Tak naklah kacau. Oppsss! Gurau. :)

Ok, cukup dengan intro yang panjang tu, sekarang jom kita lihat 5 entri Denaihati yang mendapat share terbanyak.

Hidupkan untuk memberi sebagai trade mark.. :)

1) Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia (9.4k Share)
Entri yang ditulis pada bulan puasa lepas ini telah mendapat tumpuan pembaca dengan lebih 9000 share dilaman sosial. Entri ini bukan sahaja memudahkan pembaca untuk mengetahui waktu imsak dan berbuka, malah ada juga diselitkan niat puasa dan berbuka yang sangat diperlukan ketika masuk sahaja bulan ramadhan. Cukup menarik.

2) Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia (4.8k share)
Ini lagi satu artikel di bulan ramadahan yang berjaya mendapat tumpuan pembaca. Dalam entri kali ini beliau menyenaraikan 45 buffet ramadhan hotel dan restoran di Malaysia lengkap dengan detail harga. Melalui entri ini saya mendapat satu inspirasi walau bulan ramadhan pun blog masih boleh mendapat trafik yang baik walaupun ada sesetengah yang menagatakan masuk sahaja bulan ramadhan pembaca akan berkurang. Ambil satu tajuk dan pelbagaikan entri dan sampaikan apa yang diperlukan pembaca pada bulan ramadhan.

3) Semak Saman AES Online (3.9k Share)
Entri ini pula entri yang memudahkan pengunjung menyemak surat cinta saman AES bak kata Denaihati dalam entri tersebut. Enti yang mendapat share 3.9k ini semenagnya entri yang menjadi carian kepada mereka yang mendapat surat saman AES. Kebanyakan entri-entri semakan sebegini memang menarik perhatian pembaca kerana sangat diperlukan.

4) Aqiqah Ramadan di Kemboja (3.0k Share)
Entri yang bertarikh 9 julai 2013 ini telah mendapat share sebanyak 3.0k share. Sesuatu yang cukup mengkagumkan. Entri ini menceritakan pakej Aqiqah Ramadan dengan harga yang murah dan sangat berpatutan. Selain itu ia dapat menyedarkan kita sebagai umat Islam betapa pentingnya ibadah akikah ini.

5) Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal (1.7k Share)
Entri ini pula merupakan entri serius yang disertakan dengan satu video yang cukup menyentuh dan patut diberi perhatian. Agak panas apabila kita membincangkan isu ini secara terbuka. Apa-apa pun, saya tak nak mengulas panjang mengenainya dan anda rujuklah sendiri video tersebut dan anda akan mendapat jawapan kenapa kita sering berdoa dan tidak diterima oleh yang Esa. Perhatikan apa yang diperkatakan ustaz Don dalam video tersebut pada minit 2.42.

***

Begitulah sedikit perkongsian 5 artikel dalam blog Denaihati yang mendapat sebaran terbanyak. Dalam banyak-banyak entri dalam blog tersebut, saya sebenarnya tertarik pada satu artikel yang tulis oleh beliau iaitu mengenai Orang tabligh. Entri yang menceritakan pandangan peribadi beliau mengenai pergerakan jemaah tabligh ini. Entri ini juga turut mendapat sebaran antara yang terbanyak dengan 1.6k. Syabas Denaihati!

Suka ulasan dalam entri ini.

Menerusi tulisan-tulisan beliau, banyak benda yang saya sependapat tetapi satu sahaja yang bercanggah. Beliau peminat tegar Arsenal dan saya peminat setia Manchester United yang semakin mantap tu. Huhu (pujuk hati).

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

19 comments:

  1. Tahniah.. hasil dari entri y berkualiti

    ReplyDelete
  2. Cantik review post kepada blog Denaihati ni... memang terbaik... :D
    Bila la saya boleh tulis artikel macam ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan biasa2 je tu.. Ayat pun banyak yg terabur.. hehe

      Delete
  3. salam singgah dik.

    ReplyDelete
  4. Hehehe, Tau dah ttg blog tuuu. Tapi yg kelakarnya statement lasssst skali. Pujuk hati. Heheh

    ReplyDelete
  5. Best baca blog DH tu.. Simple tapi unik kan.. :)

    ReplyDelete
  6. wah... postingannya sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Tu lah..seronok kan kalau dapat berkawan rapat dengan taun DH ni..hehe..tak apa bro..next time leh jumpa dan sembang projek juta2 gak dengan tuan DH..hehe

    ReplyDelete
  8. Jarang singgah ke sana tapi Denai hati mmng punya nama besar yg disegani oleh blogger di rantau asia tenggara.

    ReplyDelete
  9. selamat atas karyanya ya, lanjutkan :)

    ReplyDelete
  10. Nyata...denaihati.com mmg power dlm media sharing..byk yg nk kena belajar lg

    Slmt berjaya bro!

    ReplyDelete
  11. penulisan dia memang baik untuk dibaca. teruskan denaihati

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...:)

    Lama sy tak singgah sini. Fyi, ada org yg lebih malang lg, sy x pernah tau pun kewujudan blog dh. kesiannya sy. lepas ni nak try baca la pulak.

    thanks for the info.

    ReplyDelete
  13. blog Denaihati memang diminati ramai..antara blog yang lengkap dengan pelbagai informasi :)

    ReplyDelete
  14. wahhhh! mmg best plak blog Denai Hati ni kan Aniq.. banyak nya yg share tulisan beliau..insyaAllah Aniq pun boleh nti....hehe

    ReplyDelete
  15. wah sangat menarik ulasannya... salam kenal ya

    ReplyDelete