Tangan ibu tangan ajaib, sentuhan ibu sentuhan kasih | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, April 13, 2014

Tangan ibu tangan ajaib, sentuhan ibu sentuhan kasih

Kasih seorang ibu :'(

Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi,
Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata,
Ketika kita mandi, tangan ibu yang membersihkan,
Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur,
Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu jugalah yang
membelai sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

Namun, ketika ibu sudah tua..

Ibu kelaparan, di mana tangan kita yang menyuapi.
Dengan tangan gemetar ibu menyuap
sendiri diiringi linangan air mata.
Ibu sakit, dimana tangan kita yang diharapkan
dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Sampai satu waktu.. ketika ibu telah pergi..

Ketika jenazah ibu hendak dimandikan,
di mana tangan kita yang ibu harapkan
untuk memandikan ibu buat kali terakhir.
Di mana, di mana dan dimanakah? :'(


Buat mereka yang telah kehilangan ibu.. Al-fatihah :'(

Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih membawa ke Syurga Firdausi.
Salam sayang buat ibu saya dan salam sayang buat ibu-ibu semua... Assalamualaikum

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

12 comments:

  1. tiada tandingan kasih seorang ibu... ibu tiada ganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Acik... skg nie tengah mood rindu kat mak nie.. uhuwawa :(

      Delete
  2. Sape yg tak sayang emak kan.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa x sayang mak kan.. Tp kita kalau dah buzy dengan urusan masing2, kekadang lupa kat mak... :(

      Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang menyayangi dan menghargai mak... Amin

      Delete
  3. hukhuk...betul tu aniq...ermmmmmm..saya sayang ibu saya

    ReplyDelete
  4. Betul2..

    ReplyDelete
  5. Kasih ibu membawa ke syurga.. mmg teramat besar jasa & pengorbanan ibu.. Saya sayang ibu saya..

    ReplyDelete
  6. Aiiiisehhh..teringat mak kat kampung pulak..huhu

    ReplyDelete
  7. aduhhh...sayang mamak sllu..moga ibu2 kita sentiasa dlm lindungan Allah.. jasa mrk tak kan terbalas bah...:(

    ReplyDelete
  8. sayang mak..

    ReplyDelete